Bab 2

8K 185 2
                                    

AIR mata meleleh di juring mata Aira. Berkali-kali dia kesat, air jernih itu masih mengalir perlahan. Lelaki kacak yang ada di depannya kerut kening. Tak faham. Kenapalah dengan perempuan seorang ni? Nasib baiklah kau comel. Aku tak rasa nak luku. Tapi, rasa nak tenung lagi.

"Awak kenapa?" Zariq menyoal lembut. Tongkat dagu atas meja.

"Buruk sangat ke?" Gamaknya, Aira nak kutuk hasil kerja dia. Pelik. Tak cantik ke? Nampak elok aje.

"Ini? Awak kata saya?" Tawa Aira masih galak.

Lelaki itu angguk.

"Buruk?"

"Awak rasa, saya ke potret ni lagi cantik?" Potret itu diletak sebelah wajahnya.

"Tentulah..."

"Potret awak lukis ni, betul tak?" pancung Aira belum sudah Zariq bersuara.

Tapi, lelaki itu senyum.

"Kita, mana boleh lawan ciptaan Tuhan, Aira. Dah tentulah yang original depan saya ni lagi cantik," puji Zariq.

"Eleh..." Aira mencebik lebar. Air sirap di depan mata, terus disisip.

"Ini ke yang awak nak submit untuk projek tu?"

"Salah satunya." Zariq jongket sebelah kening. Inilah dia. Mulanya dia nak buat potret orang lain. Tapi, apa nak dikata, orang lain yang dia maksudkan itu telah buang dia jauh daripada hati dan hidupnya. Dengan cara yang begitu menyakitkan.

Bukan mudah untuk dia berdiri malah sampai kini, dia masih lagi diburu kepedihan itu. Gamaknya, hati tak reda. Malah ada masanya, dia hampir kecundang. Ini pun rasanya seperti dah tak mampu bertahan. Dia hanya paksa dirinya ketawa di depan Aira. Sebab tak mahu gadis setulus Aira kecewa dengan dia.

Wajah mendung Zariq memancing renungan mata bundar Aira. Senyuman yang tadi masih menyala, padam langsung. Aira pandang lukisan tersebut. Indah hasil tangan Zariq. Ia memang satu bakat semula jadi yang telah Tuhan ciptakan dengan penuh kasih sayang. Malah, Zariq sendiri begitu baik dan peramah. Ringan tulang. Biarpun berlainan fakulti, tapi perkenalan sejak sekolah menengah berlangsung hingga kini.

Cuma sekarang, Zariq sedikit berubah. Ataupun dah banyak berubah.

Ada masa, Aira nampak Zariq hanya buat-buat gembira. Kata Zariq, wajah itu yang akan jadi salah satu hiasan projek khasnya. Tapi kini... raut dia yang menjadi ganti.

"Awak okey?" Aira tahu itu soalan bodoh tapi apa lagi yang mampu dia tanya melainkan itu. Berharap Zariq okey.

Zariq anak yatim piatu. Dia tak pernah kenal keluarga Zariq. Tak tahu anak orang kaya atau sebaliknya. Pada dia, nilai hubungan dia dengan Zariq tak dapat diukur dengan keturunan dan harta. Zariq adalah lelaki istimewa dalam dirinya. Sejak dulu.

Senyuman Zariq masih tawar. Seperti yang Aira kata tadi, senyuman paksa. Lukisan itu digulung. Sempat Aira nampak signature ZRQ. Dia senyum. Pernah dia tanya kenapa setiap helaian buku Zariq ada huruf itu.

Kata Zariq, "Saya akan gunakan inisial ni sampai saya dikenali satu dunia..." Dan hari ini, seluruh kampus kenal Zariq. Biarpun baru tahun pertama.

Aira tongkat dagu. Dia renung mata Zariq yang nampak berkaca-kaca. Hati dia turut terasa pedih. Keikhlasan lelaki ini dibalas tuba.

"Kita ponteng kuliah nak tak?" bisik Aira tiba-tiba.

"Hah? Awak ni biar betul?" Aira yang selama ni skema, ajak ponteng kuliah. Macam tak percaya aje.

"Betul ni. Lagipun, satu kelas aje. Tak jejas apa. Melainkan awak tak berani..." Sengaja Aira nak hidupkan keceriaan dalam hati Zariq. Terus lelaki itu gelak.

OBJECTIONWhere stories live. Discover now