Bab 2:Mangsa

293 26 2
                                    

"Without Obsession, life is nothing."

****

T

epat pukul 1 pagi aku tiba di rumah. Pintu rumahku yang dikunci aku buka.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap dan suram itu perlahan. Jika sebelum ini bertiga.

Kini rumah ini hanya tinggal aku...

Seorang.

Sejak kes Syakila hilang tanpa khabar berita tu, sorang lagi housmate aku Ayu dapat tekanan. Dia kata Kila selalu muncul depan mata nya.

Aku pernah tenangkan dia dan beri nasihat namun nasihat tu hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Lepas tiga hari begitu tekanan dia kembali balik. Dia kata Kila selalu datang depan mata dia. Time dia makan, Kila duduk sebelah tengok dia makan.

Dia tidur pun dia kata lampu bilik dia Kila yang tutup. Tapi hakikat nya lampu bilik dia tak pernah tutup.

Aku pula sejak kes kehilangan Kila tu, kerja aku dekat pejabat tak beberapa terurus.

So, lately ni aku jarang balik rumah sebab ada kerja dan kes-kes yang perlu aku selesaikan.

Aku rehat kan tubuh ku di sofa. Pejam mata. Dan cuba relax kan diri.

Satu-satu masalah yang datang kepada ku tanpa henti.

Dengan kes dekat balai yang tak pernah habis. Aku tak faham, kenapa masalah dekat Malaysia ni tak pernah habis.

Aku mengeluh perlahan.

"ehh Ain, kau dah balik?"

Terkejut aku jadi nya bila di tegur begitu. Aku toleh kan kepala ku ke belakang.

"ehh Ayu?! macam mana kau ada dekat sini? bukan kau sepatutnya--" ayat aku tergantung apabila Ayu memotong.

"dekat hospital?" aku terdiam kaku. Angguk tak, geleng pon tak. Aku tak beri kan apa-apa balasan akan soalan nya itu..

Hati aku rasa tak sedap tiba-tiba. Jantung ku berdegup laju.

"aku lari dari sana. Kau nak tau satu cerita tak?" soal nya teruja sambil melabuhkan punggung nya di sebelah ku.

Aku telan liur dan cuba jarak kan sedikit jarak antara kami berdua. Aku rasa something wrong with her.

"a-apa dia?"

"kau nak tahu tak? pisau yang doktor-doktor tu guna ada faedah juga."

Aku kerut kan dahi. Pelik dengan kata-kata dia. "pi-pisau?"

Ayu angguk laju. "pisau yang mana?" soalku.

Dia sengih lebar bersama sedikit tepukan. Aku telan liur lihat keadaan dia begitu.

"kejap ehh. Ni hah pisau tu! nasib baik aku teringat nak bawak balik, kalau tak kau tak sempat la tengok haha." dia ketawa gembira sambil mengeluarkan sesuatu dari poket baju pesakit nya itu lalu tunjukkan kepadaku.

Mataku membulat dengan pertunjukkan nya itu. Aku tak terkejut dengan pisau itu cuma yang buat aku terkejut adalah...

Ada darah di situ?

Aku pandang Ayu terkejut. "mana kau dapat benda ni? kenapa ada darah kat situ?" soalku perlahan.

Mataku tak henti dari memandang wajahnya.

Dia ketawa. "hah! ni la yang aku nak cerita tu.. dia berkata sambil meletakkan pisau itu di atas pahaku.

Badan ku mengigil dengan kedudukan pisau itu. "aku tak suka lah duduk sana.. Orang dekat sana semua jahat-jahat. Diorang tu asyik memaksa aku buat yang itu lah, yang ni lah.. Aku mana suka di paksa macam tu, pastu aku curi pisau ni dekat satu nurse ni.."

OBSESION | Waiting The Day ✔ Where stories live. Discover now