Bab 6:Muaz

211 19 3
                                    

"An obsession is a way for damaged people to damage themselves more."

-Mark Barrowcliffe-

*****

Aku pandang siling rumah ku lama..

Bosan.

Macam ni lah..

Tak tahu nak buat apa..

Nasib baik esok aku dah boleh kembali berkerja. Orang paling suka lah dapat cuti dan akhir-akhir cuti mesti rasa liat nak kembali kerja..

Tapi aku tidak..

Kalau dulu aku paling suka dapat cuti. Tapi sekarang tidak lagi. Aku lebih suka sibukkan diri dengan kerja berbanding dengan bercuti.

Kalau aku bercuti,apa aku nak buat? tengok sekarang ni? aku hanya mampu termenung jelah..

Kalau ada Kila dengan Ayu dapat lah aku pergi travel sekali dengan mereka.

Tapi kali ini tidak.

Aku nak travel dengan siapa? duit gaji aku yang banyak tu siapa yang nak habiskan?

Aku mengeluh.

Aku betul-betul rindu kan mereka berdua.

Kenapalah tuhan tak ambil nyawa aku sekali? baru adil.

Tak lah, aku rasa sakit kehilangan ni sorang-sorang.

Aku lap air mataku yang keluar sedikit di tubir mataku. Tak perasan pula aku.

Drtt drtt

Aku pandang telefon aku yang berbunyi. Aku capai. Tertera di situ nama inspektor Haziq.

Aku mengeluh.

Malas nak jawab.

Masih terasa dengan perbuatan dia yang dulu..

Aku biar je telefon tu berbunyi sambil mataku di pejamkan.

Cuba nak khayal kan diri dengan imaginasi aku. Namun aku berdecit halus apabila telefon ku berbunyi lagi sekali.

Aku pandang telefon ku.

Tertera nama yang lain pula?

Aku pelik.

Hanani?

Kenapa dia call aku tiba-tiba?

Tanpa rasa apa-apa aku jawab panggilan itu.

"hello Nani.."

"pakai telefon Hanani awak  jawab pula? pandai ehh mengelak dari saya?"

Aku kerut kan dahi dan dengar je kata-kata empunya suara. Kenal sangat suara tu.

Tak lain tak bukan semestinya inspektor Haziq.

Ceh..

"hiee.. Nak apa? tak dak kerja ehh sampai guna telefon Hanani bagai?" soalku acuh tak acuh..

Aku ingat kan ada benda penting yang Nani nak di beritahu sampai call bagai..

Rupanya...

Hampeh..

Si Haziq penyibuk ni yang perkena aku. Ceh..

"alah, saya call awak pakai telefon saya, tapi awak tak jawab, jadi saya guna je lah telefon Hanani. Bijak kan?"

Aku mencebik.

"kenapa call saya ni?" soalku. Aku dengar Haziq hanya berdehem seketika dari sana.

OBSESION | Waiting The Day ✔ Where stories live. Discover now