"My Worst Enemy is My Memory"
*****
"puan kita dah sampai.."
Aku buka kelopak mataku perlahan.
Aku pandang rumah yang tersergam indah di depan mataku.
"terima kasih ya Nani, nanti kita jumpa selepas cuti saya habis okey?" aku lemparkan senyuman pada nya.
"okey puan, semua rindu puan, rindu nak selesai kan kes dengan puan."
Aku ketawa mendengar kata-kata nya itu. "yala tu, saya baru dapat cuti seminggu dah rindu? kalau saya dah tak ada nanti macam mana lah?"
"ish puan ni. Tak baik tau kata macam tu, selagi saya ada, puan selamat. Kalau boleh saya nak saya yang pergi dulu sebelum puan.."
Ayat Hanani itu membuatkan aku mengerutkan dahi. "Nani, kenapa awak kata macam tu?" soalku kurang senang.
Dia sengih je..
"dah la puan. Saya kena kembali ke pejabat sekarang ni, dah nak pukul 6."
Aku angguk kan sahaja. Segera aku buka pintu dan keluar dari kereta nya. Selepas aku keluar, dia pun berlalu.
Aku buka kunci pagar lalu masuk ke dalam rumah. Agak seram aku tinggal sorang-sorang di sini.
Agak nya aku perlu cari rumah baru lah. Tak mungkin aku dapat duduk dalam rumah ini sorang-sorang.
Aku mengeluh..
Kenapa?
Satu-satu orang yang aku sayang tinggalkan aku?
Pahit betul hati ku untuk menelan nya. Nak hadam lagi apakan pula?
"Kila.." aku teringatkan dia. Dia tinggalkan aku tanpa satu petunjuk pun yang membukti kan dia hidup atau tidak.
Cukup perit sekali.
Kini..
Ayu juga.. Wajah nya aku tak dapat tatap. Kenapa dia boleh hilang??
Hiba jadi nya..
"aku rindu korang..."
*****
"Hanani.."
Hanani yang sedang uruskan fail-fail penjenayah menoleh. Pandang si pemanggil..
"boleh tolong saya tak?" soal nya. Hanani pandang si pemanggil itu pelik.
"tolong apa? Kebetulan saya dah siapkan dah fail-fail ini. So, saya boleh tolong. Nak saya tolong apa?" soal Hanani.
"mari ikut saya.."
Hanani angguk lalu ikut si pemanggil. "err kita nak pergi mana??" soal Hanani.Si dia hanya senyum.
Bila lif terbuka dia melangkah keluar begitu juga dengan Hanani.
"saya dah jumpa siapa punya angkara atas kehilangan cik Ayu dan inspektor Syakila"
Hanani pandang dia terkejut. "apa? dah jumpa? siapa punya angkara?" soal nya teruja.
Teruja nak tahu siapa yang menyebabkan puan dia merana..
Kalau dapat tahu, dapat la dia bantu puan dia selesai kan masalah.
"betul nak tahu?"
Hanani angguk laju..
"kalau nak tahu, kena rahsia kan hal ini." kata si Dia sambil tersenyum makna.
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Short StoryKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...