Flasback
"Ain.. Sebelum awak masuk rumah. Saya ade benda nak beritahu awak ni." aku pandang Haziq yang bersuara kekok. Tanganku yang memegang pintu tak jadi nak keluar dan aku fokuskan pandangan pada dia.
Kening di angkatkan.
"hah ape dia? cakaplah."
"err.. saya harap awak tak marah eh." Haziq membalas sambil tangan kanannya menggosok perlahan belakang lehernya.
"belum cakap nak marah macam mana. Hah, lekas lah cakap."
"err.. saya cuma nak luah je ni. Saya tak kisah awak nak terima atau tak. Yang saya tahu, saya dah luahkan perasaan saya yang saya simpan. Apa -apa pun keputusannya. Saya harap hubungan persahabatan kita kekal begini."
Aku tak jawab. Just pasang telinga dan dengar sahaja. Jujur, jantungku berdegup laju menunggu kata-kata Haziq seterusnya.
"sa-saya.."
Haziq pandang aku.
"saya apa?"
Haziq telan liurnya kelat. "saya sukakan awak Ain." luah Haziq manakala aku dah membulatkan mata.
Terdiam mendengarkan kata-katanya itu. Baru sahaja aku ingin keluar, lenganku di pegang nya.
"Ain.. Please say something. Awak tak marah kan?" katanya walaupun aku sedar ada nada getar dalam nadanya itu.
"maaf Haziq. Sa-saya.. Saya tak boleh terima awak. Saya belum bersedia. Harap awak faham." kataku dan terus aku berlalu keluar dari kereta.
Haziq hanya tersenyum nipis.
"Mungkin, masa aku luahkan ini tak sesuai."
*****
Seorang perempuan duduk di birai katil sambil memerhati permandangan di luar.
Terimbau kembali di minda nya kenangan 5 tahun yang lalu.
Kenangan yang paling memberi kesan pada hidupnya hingga sekarang. Pintu bilik nya di ketuk. Muncul seorang wanita yang membawa sedulang air berserta makanan.
"Ain mari makan."
Perempuan bernama Ain itu hanya memandang kuyu. "tak nak." itu jawapannya.
Wanita itu duduk di sebelahnya. Dia mengusap kepala anaknya lembut. "Ain teringat perkara dulu eh? mama faham perasaan Ain, tapi mama nak Ain lupakan. Teruskan kehidupan Ain yang baharu ini. Mama kesian tengok keadaan Ain sekarang ini. Hadi pun sekarang dah takde, Ain berhak bahagia."
Ain hanya mendiamkan diri.
Air mata ain jatuh. "macam mana Ain nak bahagia ma? Ain tak berhak. Ain punca banyak nyawa orang tak bersalah terkorban. Tuhan takkan bagi Ain bahagia ma.." esakkan nya yang di tahan hampir 5 tahun itu di lepaskan juga. Sakitnya perasaan ini.
Sedaya upaya dalam masa 5 tahun ini dia nak lupakan kenangan lalu. Kenangan yang cukup perit dan menghitamkan sejarah hidupnya.
Sekarang pun dia sudah tidak mempunyai kerja. Dia berhenti kerja apabila dia menghidapi tekanan mental yang mendalam. Dan syukurlah sekarang dia sudah sembuh.
"tak baik Ain cakap macam tu. Ajal maut semua di tangan tuhan. Dah itu takdir mereka, dan dah tertulis, jadi kita tak boleh buat apa-apa."
Aku hanya mendiamkan diri. Tubuhku di tarik di dalam pelukkan mama.
"mama sentiasa doakan kebahagiaan Ain. Setiap manusia berhak merasa bahagia walaupun seketika. Mama sayang anak mama. Anak mama sayangkan mama kan?"
Aku mengangguk perlahan. "sabar sayang. Sayang ada mama."
Terima kasih mama.
******
Aku pandang kubur di hadapan ku ini. Nama pemilik kubur ini aku tatap sedih.
Akhirnya setelah 5 tahun aku mendiamkan diri, akhirnya hari ni aku melawat juga kubur ini.
Muhammad Haziq Naim bin Rusli
1994-2018Aku senyum. "Haziq terima kasih." air mataku bertakung. "saya tak berhak bahagia. Saya penyebab awak mati begitu."
"Awak..." aku menuduk apabila air mata ku jatuh. "saya minta maaf tolak cinta awak.. Saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak dulu." terhincut-hincut bahuku menahan esakkan.
"Saya sedih. Saya rasa bersalah. Saya sebabkan adik awak bunuh awak." Teresak aku.
"saya.. Saya rasa kehilangan. Saya tak tahu, perasaan apakah ini. Tapi.. Tsk, saya rasa sakit hik, saya rasa sakit untuk lepaskan awak pergi.."
"awak...." tanah itu aku usap perlahan.
"saya.. Saya sayangkan awak." akhirnya esakkan aku keluar. Kuat aku menagis di situ. "saya minta maaff..... hik, saya sayangkan awak.."
Kalau Haziq ada depan mata ku sekarang ni, aku janji aku akan hargai dia.
Tapi sayangnya jasad dia betul-betul dah tak ada di muka bumi ini. Dia tertanam jauh di bawah.
Aku lepaskan keluhan. Benar, melepaskan orang yang kita sayang itu susah. Aku lap air mataku.
"saya lepaskan awak pergi.. Tunggu saya dia sana tau. Semoga awak tenang di sana." Aku senyum.
Aku pandang langit.
Allah dah susun jalan hidup kita begitu sempurna. Semua aturan allah itu baik-baik.
Ya allah, aku redha jika ini adalah takdirmu. Berikan aku bahagia.
Aku mengharapkan kehidupan yang lebih baik selepas ini. Aku tarik nafas.
Sekarang mari kita buka buku baru. Kita mulakan semua nya yang baru.
Hidup kena teruskan. Sehingga tiba masa nya kita akan pergi juga menghadap illahi.
Aku menyesal kenal Hadi dan membuatkan Hadi obses terhadap aku. Dan aku menyesal kenal Haziq kerana sedikit sebanyak dia memberi kesan untuk hidup aku.
****
At some point, you have to realize that some people can stay in your heart but not in your life.
*****
Tamat~
End 5/10/2018 15:30 p.m
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Short StoryKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...