In the end :
Demons are like obedient dogs: they come when they are called******
Flashback
"inspektor Ain.. tunggu!! saya ada nak cakap sesuatu dengan awak!" aku yang sedang berjalan menuju ke arah kereta terhenti apabila di panggil sebegitu.
Aku pusing kan tubuh memandang gerangan yang memanggil namaku itu. Keningku terangkat sedikit.
"Hadi?" soalku pelik. Dia senyum pandang aku. Aku mengeluh sambil mengerling jam di pergelangan tangan kiri ku ini.
"fast." kata ku dingin sedikit. Aku bukan apa, jenis aku malas membuang masa untuk perkara yang entah apa-apa.
Aku lihat Hadi mengusap lehernya perlahan. "err saya..."
Aku pandang jam aku lama. Hadui, aku dah lewat nak lunch dengan Syakila ni.
"apa awak nak cakap sebenarnya ni Hadi? saya tak dek masa nak layan awak. Lagi baik awak cakap cepat sebelum saya pergi."
Hadi dah memerah muka memandang aku. Aku pandang dia pelik. "cepat lah cakap, awak nak ap-"
Belum sempat ayat aku habis, Hadi potong kata-kata ku dulu. "sudi tak awak keluar makan malam dengan saya malam ni?? saya nak confess perasaan saya pada awak.." dengan bersungguh-sungguh Hadi berkata.
Aku pandang dia tanpa perasaan. "ouh really? saya rasa tak perlu kot awak confess perasaan awak atau ajak saya pergi makan malam dengan awak sebab saya langsung tak minat semua ni. Saya tak minat makan malam dan saya juga tak minat berdua-duaan.. sorry."
Baru sahaja aku ingin berlalu beg sandang ku Hadi tarik membuatkan aku terhentikan langkah. Aku bersabar sekarang ni daripada memarahinya.
Aku toleh memandang nya. "ad-"
"kalau awak tak sudi makan malam berdua dengan saya, awak boleh ajak kawan awak teman.."
Haih, nampaknya budak ni still berusaha namun entah kenapa aku terasa nak tergelak. "huh, untuk pengetahuan awak penyiasat Hadi, saya ni orang nya tak minat dengan semua benda yang melibatkan lelaki. Awak lelaki kan?? jadi saya tak berminat.. Sorry, saya pergi dulu.. Assalamuaalaikum."
Lepas sahaja tutur ayat itu aku terus berlalu.
Hadi pula genggam tangannya kuat. Egonya rasa tercalar bila di reject sebegitu oleh ain.
"aku akan buat kau menyesal Ain sebab tolak aku."
Dan dari situ aku dapat tahu yang dia akan membalas dendam terhadap aku.
Kenapa baru aku sedar?
******
Aku buka kedua mata ku bila terasa silauan matahari. Rasa susah benar mata ku ingin buka. Bila kornea mata ku sudah dapat scan situasi depan mata menyebabkan aku tersentak.
Aku pandang sekeliling. Aku di mana? namun, bau yang kurang menyenangkan dalam tempat ini membuatkan aku terasa ingin muntah.
"a-aku.. aku dekat mana?" serak basah je suaraku di lontarkan. Mungkin kerana sudah lama tidak di berikan air. Aku pandang tubuhku yang di ikat di kerusi.
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Short StoryKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...