"Obsession is the single most wasteful human activity, because with an obsession you keep coming back and back and back to the same question and never get an answer."
Norman Mailer
*****
"tolong laju sikit.. Kita dah jauh ke belakang, saya takut kita hilang jejak Hadi.." suara ku ternaik tinggi sikit.Bengang. Haziq pandu kalahkan siput. Slow nak mati..
"sabar la.. Awak kena faham, sekarang tengah sesak kan, sabar la sikit.
Aku mendengus geram. Aku tak faham, aku bengang dengan semua orang.
Macam mana tak bengang, tak geram, tak marah.. Aku tiba di rumah Hanani tadi, Aku jumpa 1 kertas yang di tinggalkan di hadapan rumah dia.
[flashback]
Kereta haziq berhenti betul-betul di hadapan rumah Hanani, segera sahaja aku keluar dan menapak ke rumah Hanani.
Perasaan aku rasa tak selesa.
Rasa macam ada sesuatu yang bakal berlaku. Namun belum sempat dia tekan loceng rumah, aku terkaku pandang lantai yang di pijak oleh ku sekarang ini.
Ada darah. Mataku melorot memandang punca darah itu berada namun mata nya terhenti pada satu tempat.
"Haziq!!" aku menjerit terkejut. Haziq yang baru sahaja keluar dari kereta itu segera berlari ke arah aku.
Tubuhku mengigil sambil memandang satu kertas di tangannya itu.
Haziq ambil kertas itu dari tanganku. Isi kertas tersebut di baca.
Datang ke banggunan lama berdekatan dengan Wisma, kau lambat sedikit, dia tak selamat. Aku tunggu..
Aku terkedu di sebelah Haziq. Aku terlewat untuk selamatkan Hanani ke?
"Ain! kita kena cepat. Nyawa Hanani dalam bahaya." Haziq menggoncang kan sisi tubuhku perlahan.
Aku ketap bibir.
"Hadi dah melampau." kataku perlahan namun masih di dengari oleh Haziq. Haziq mengeluh.
"saya minta maaf..." suara Haziq kedengaran kesal. Aku pandang Haziq pelik.
"kenapa?"
"saya langsung tak sangka yang hadi punca semua ini, saya tak pernah terfikir langsung,saya ingatkan dia dah berubah,tapi tak.. Dia makin menjadi-jadi. Saya kesal.."
Haziq mengeluh. Aku hanya diam.
"Ain, kita kena jumpa dia sekarang, entah apa dia akan buat pada Hanani tu, awak kena pujuk dia Ain. Hanya awak dapat pujuk dia.." rayu Haziq. Aku kelu lidah untuk membalas.
Aku hanya angguk lalu masuk ke dalam kereta.
Setibanya kami berdua di banggunan tersebut,aku pandang lama banggunan yang terbiar itu.
"saya rasa kita kena call rakan-rakan yang lain.." Haziq berbisik di sebelahku sambil memperbetulkan pistol di poket belakang nya itu.
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Storie breviKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...