"Obsession is Young Man's game."
****
Aku buka kedua mataku perlahan. Kepalaku berdenyut-denyut laju, rasa macam dunia ku berpusing.
Aku cuba sesuai kan pandangan ku dengan cahaya yang terang. Dapat sahaja aku amati keadaan, perkara pertama yang menyapa pandangan ku adalah syiling bilik.
"urghh.."
Aku cuba untuk bangun namun kepalaku seperti berat dan badanku masih lemah.
"ehh puan! jangan bangun lagi! Keadaan puan belum pulih sepenuhnya." bahu ku di pegang kuat oleh Hanani sebelum tubuhku segera di baringkan semula oleh nya.
Aku hanya diam sahaja.
Aku pandang kelilingku. Cuma ada aku, dan juga Hanani sahaja.
"saya dekat mana?" soalku bersama suara yang masih serak basah lagi. Seperti nya dah lama aku tak teguk air?
"ouh, Puan ada dekat hospital. Dah sehari puan tak sedar kan diri" balas Hanani bersama senyuman. Aku terdiam.
Aku tak sedarkan diri?
"ehh seb-" ayat aku tak jadi di tutur kan apabila ada seseorang yang memotong kata-kata ku.
Suara itu bukan dari Hanani.
Tapi dari..
"dah. Awak tak perlu nak cakap or fikir apa-apa. Rest je. Awak tu hah, kerja keras sangat sampai tak ada masa nak rehat. Tengok sekarang ni diri awak.. Dah kena tahan hospital.."
Haziq?
Aku mencebik sahaja mendengar leteran dia tu. Dasar kuat membebel.
Cis..
"ni korang dua ni tak kerja ke? kenapa ada di sini?" soalku kepada mereka berdua.
"puan jangan risau. Kami tak ponteng kerja pon. Sekarang time lunch, jadi kitaorang datang la melawat puan. Ketua pun izinkan."
Aku hanya mampu oh kan sahaja dengan jawapan Hanani itu. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.
"Ayu macam mana?" soalku perlahan. Aku pandang sahaja dua orang insan yang berada di hadapan mataku ini.
Raut wajah mereka berdua berubah. Terutama sekali Hanani. Tangan Hanani aku pegang.
"Nani. apa dah jadi pada Ayu? jujur please.." aku cuba rayu kepadanya.
Aku dah faham perangai Hanani ni. Dia mudah gelabah dan senang cakap jujur.
"err.. Puan.. Err saya.."
"Hanani.. Awak boleh keluar sekarang. Biar saya yang slow talk dengan dia." Haziq memberikan arahan kepada Hanani. Hanani hanya mampu angguk sahaja.
Segera dia berlalu keluar dari ward ku ini. Aku pandang Haziq. Haziq turut memandangku sambil tangannya di seluk kan ke dalam poket seluar polisnya itu.
"Ayu kenapa?" soalku terus. Haziq lepaskan keluhan berat perlahan. Dia pandang sahaja wajah Ain itu.
"dia dah tak ada"
Terus terang tanpa berkias dia menjawab. Aku rasa macam dunia sekeliling ku berputar.
Tak pernah aku rasa....
Lemah macam ni..
Aku pandang haziq bersama mata yang berkaca-kaca. "Ayu dah... Pergi??" soalku perlahan.
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Short StoryKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...