Bab 7:Terkejut

220 21 0
                                    

"An obsession with control generally seems to reflect a fear of uncertainty. "

******    

"errr, Hadi..." aku panggil Hadi setelah lama berdiri di dalam bilik inspektor Muaz tadi.

"ahh, ya puan?" sahut nya. Aku genggam fail laporan di tangan ku kuat.

Entah kenapa aku rasa tak selesa begini.

Tambahan pula hati ku rasa tak sedap sedikit.

Kenapa ya?

"inspektor Muaz tak datang lagi ehh?" soal ku. Aku lihat Hadi terdiam sambil kerut kan dahi. "ispektor Muaz?" soalnya sedikit pelik.

Aku hanya angguk. "tak tahu lah puan. Hari ni, saya tak nampak lagi dia. Ambil Mc kot." jawab nya sambil ketuk-ketuk meja nya pakai pen.

Aku terdiam dan oh kan sahaja. "err, kalau macam tu, saya pergi dulu ehh." kata ku kepada nya seraya berlalu dari situ.

Laju sahaja langkah ku aturkan ke bilik kerja ku. Aku betul-betul rasa tak sedap hati sekarang ni.

Langkah ku terhenti apabila ada seseorang yang memanggil namaku.

"inspektor Ain!"

Aku toleh ke belakang. "ehh Ju? kenapa ni?" soalku pelik. Muka nya tampak cemas.

"ketua.."

Aku kerutkan dahi. "ketua?? kenapa dengan ketua?" soal ku pelik. "ada penguguman penting, ada kes baru, ada berita baru. Ketua panggil puan pergi bilik mesyuarat sekarang."

Aku anggukkan kepalaku kepada nya lalu langkah ku di tuju pada bilik mesyuarat.

*****

"kita ada kes baru yang lebih berat untuk di selesaikan. Saya harap kamu semua dapat selesaikan kes ini. Siasat sehabis-habis nya. Kali ini, dah masuk 2 orang anggota kita terbunuh secara misteri." kata-kata Ketua Yusuf itu sungguh serius sekali.

"dulu, kes inspektor Syakila yang hilangkan diri. Daripada apa yang berlaku ini, saya tahu, mesti si pembunuh itu ada kaitan dengan anggota kita, saya minta kamu semua berhati-hati dan untuk kes inspektor Muaz ini, saya telah hantar pasukan gerakkan khas untuk siasat dan jejak si pembunuh. Jika ada apa-apa dan sebarang bukti sila laporkan kepada saya ataupun pihak berkenaan. Saya harap kamu berjaya selesaikan kes ini."

Aku mengeluh...

"err tuan.." Haziq bersuara. "ada apa inspektor Haziq?"

"betul ke apa yang tuan kata kan tadi? jasad inspektor Muaz tak lengkap tanpa hati?" Sayup-sayup sahaja suara Haziq.

Aku anggukkan kepalaku juga.

Selagi tubuh itu tidak ada depan mata dan tiada kata putus dari pihak forensik, tiada satu berita pun  yang patut anggota mereka percaya.

"nampak begitu lah, pihak jabatan forensik pun dah putuskan bahawa tiada organ hati di dalam tubuh inspektor Muaz."

Semua yang mendengar penjelasan ketua mengeluh. Sungguh kejam sekali pembunuhan kali ini.

"ada apa-apa soalan lagi? Kalau tak ada, kita boleh bersurai." ketua Yusuff bangun lalu berjalan keluar dari ruangan mesyuarat ini. Beberapa anggota polis yang lain pun turut keluar.

Hanya tinggal beberapa orang sahaja dalam bilik mesyuarat ini.

"kejam sungguh pembunuhan inspektor Muaz kan puan?" soal Julia tiba-tiba. Aku pandang wajah gadis di hadapan ku ini lalu tersenyum sahaja.

OBSESION | Waiting The Day ✔ Where stories live. Discover now