"Obsessions are essentially secondary to the depression, and usually clear up when the depression lifts. "
*****
"Sebuah kereta di temui di gaung berdekatan jalan ke lebuh raya besar pagi tadi. Mangsa yang di sahkan sebagai seorang anggota polis Kuala Lumpur telah maut apabila beberapa orang penduduk menemui nya.
Mangsa yang bernama Nur Juliana di sahkan di tembak di kepala dan lidah nya hilang di potong. Punca kejadian masih dalam siasatan."
Air mata Hanani menitis apabila melihat berita yang di siarkan di dalam TV yang di tonton nya tika ini.
Dia pandang beberapa orang anggota sepasukannya turut menonton berita tersebut.
Air mata yang menitis tadi di seka nya perlahan.
Julia tinggalkan dia.
"Hanani.."
Hanani mendongakkan wajah nya apabila di panggil. Wajah inspektor Ain menjamah matanya.
Aku hanya tersenyum melihat wajah nya yang agak sembam.
"mari ikut saya ke tapak kes.." kataku berhati-hati. Aku lihat Hanani hanya diam sebelum di angguk kan kepalanya.
Aku senyum kelat.
Aku faham dia sedih dengan berita kematian Julia, aku juga turut bersedih, namun apa yang perlu aku lakukan?
Kereta yang ada dalam gaung tersebut memang betul bernombor plat kereta Julia dan mayatnya juga di sahkan adalah mayat Julia.
Aku gelengkan kepalaku perlahan.
"puan, jom lah" tubuhku terhinjut sedikit apabila di tegur oleh Hanani sebegitu.
Aku pandang Hanani. Muka nya tiada riak. Muka yang tiada cerah. Muka yang kelihatan tidak bermaya.
Aku senyum hambar.
Bahu nya aku usap perlahan. "Nani bawa bersabar okey? semua ini dah ditakdirkan, mesti ada hikmah nya." kata ku kepada nya cuba beri semangat.
Aku lihat Hanani hanya diam dan meneruskan perjalananya mendahului aku.
Aku mengeluh.
Nampaknya,gadis itu betul-betul terkesan dengan semua yang berlaku ini.
Aku pejamkan mataku perlahan. Satu-satu orang yang aku sayang, orang yang aku rapat tinggalkan aku.
Rasa seperti apa yang inspektor Rihana cakap dulu betul. Adakah aku punca nya?
Siapa pula selepas ini?
Siapa dalang nya??
'aku polis,aku yakin aku akan siasat hal ini sehabis-habisnya.'
*****
"Ain." aku buka kan kedua mataku apabila ada seseorang memanggil namaku.
Aku lihat tubuh Haziq berada di hadapan ku.
Dia senyum.
Tapi senyuman nya tidak beberapa manis seperti selalu.
"awak penat eh?" katanya padaku. Aku hanya gelengkan kepalaku perlahan.
Kedudukan aku pada kerusi aku perbetulkan bagi selesa. Haziq juga turut melabuhkan punggung pada kerusi di sebelahku.
Aku baru lepas habis mesyuarat sebenarnya. Saja melepak dalam bilik mesyuarat ini seketika.
Tak sangka pula aku Haziq turut berada juga dalam bilik ini.
YOU ARE READING
OBSESION | Waiting The Day ✔
Short StoryKisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekara...