Aku Faris Izakwan. 16 tahun. Hanya orang biasa dan boleh dikatakan aku lah lelaki paling lemah dalam sekolah ni. Ramai yang mengata tentang aku. "Dia gay lah weyh" "Lembik" "Kau ni macam perempuan lah" "Takkan tumbukan macam tu pon nak sakit dah" "Kau ni memang tak guna, kau patut mati je senang" . Kata-kata tu selalu aku dengar di sekolah. Mereka selalu mengata belakang aku. Kadang2 aku terfikir kenapa aku lahir dalam badan yang lemah dan tak guna ni.
Tak kiralah berapa banyak kali aku bersenam, angkat berat ke aku tetap lemah. Aku dilahirkan untuk menjadi orang yang tak guna. Mungkin ini hanya alasan aku sebab aku takut kepada mereka. Dari kecil sampai sekarang, ada je yang nak menyusahkan hidup kau. Anggap aku ni macam permainan diorang. Dalam hidup aku tiada perkataan "kawan" dalam kamus aku. Aku tak percaya semua benda tu. Macamlah ada orang nak kawan dengan orang jenis macam aku ni.
Hari ni macam biasa. Aku pergi sekolah dan orang mengutuk aku Benda biasa. Orang tolak aku, benda biasa. Orang cari pasal dengan aku, benda biasa. Walaupon banyak diorang buat dekat aku , aku hanya boleh kata kat diri aku "Be strong". Aku kena tabah dan tahan semua dugaan ni. Walaupon aku ni lemah secara physical, jadi aku kena tabah dari dalam.
♤♤♤
"Haaa.... haaa aku dah lewat ni!" Kata Faris sambil berlari ke lorong.
"Weyh2 Faris Izakwan lah" kata seseorang.
"Buat tak tahu Faris buat tak tahu. Dah lewat dah ni" kata hati Faris.
"Oii!! Berani kau tak tahu je, kau nak mati ke haa?!" Kata lelaki itu sambil mencekik Faris di leher.
"Ha..Ha...Hazim ! To..Tolong lepas..k..kan ak...a..aku" Kata Faris yang ingin melepaskan dirinya dari kena cekik dengan Hazim.
Hazim melepaskan tangannya.
"Woii, tahan dia. Aku tak puas lagi nak buat dekat budak tak guna ni" kata Hazim yang menyuruh rakan2 dia untuk menahan Faris.
"Weyh tolonglah weyh. Aku nak pergi sekolah weyh. Aku dah lewat dah ni" Kata Faris.
"Tak sehingga aku PUAS!!" Kata Hazim lalu menumbuk perut Faris beberapa kali dan terus menumbuk muka Faris.
Tetiba seseorang datang ke arah mereka.
"Weyh Hazim.." kata rakan Hazim yang terkejut melihat orang yang datang ke arah mereka.
"Benda?!...." kata Hazim lalu memandang ke arah rakannya melihat.
Hazim terkejut kerana orang yang datang itu adalah seorang perempuan yang cantik.
"Hai~ awak buat apa kat sini? Tak bahaya ke sorang2 jalan kat sini? Nak abang teman?" Kata Hazim kepada perempuan itu.
"Move" kata perempuan itu sambil memberi pandangan yang tajam kepada Hazim.
"Alaa jangan malu2 meh abang teman" kata Hazim lalu ingin memegang tangan perempuan itu.
Perempuan itu melihat tangannya dipegang oleh Hazim. Perempuan tu melihat Hazim dengan tajam.
"Jangan sentuh aku manusia kotor!" kata perempuan itu lalu menarik tangan Hazim dan membaling Hazim sampai badan Hazim ke dinding.
Darah keluar dari mulut Hazim. Hazim mengarah rakan2 nya untuk tahan perempuan itu tetapi perempuan itu dengan pantas mencekik rakan2 Hazim ke dinding sehingga keluar sedikit darah di leher mereka. Perempuan itu lepaskan tangannya dari leher rakan2 Hazim. Rakan2 Hazim jatuh ke tanah dan mereka menarik nafas dan hembus beberapa kali. Perempuan itu lalu merasa darah2 rakan2 Hazim di tangannya. Lalu meludah balik.

YOU ARE READING
My Vampire Queen
VampirosMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...