Selepas Mila melihat Faris berjalan pergi daripada tempat itu. Lus masih lagi menghisap darah Mila, Mila memandang Faris dan memandang Lus. Mila menolak bahu Lus dengan sekuat hati sehingga Lus terlepas darinya. Gino yang berada di sana terbawa scarf yang dipesan oleh Mila beberapa minit yang lalu. Mila terus mengambil scarf tersebut dan membalut lehernya untuk menutup kesan gigit oleh Lus dan terus mengejar Faris. Lus melihat Mila dengan perasaan tidak puas hati.
"FARIS! FARIS! Tunggu please" kata Mila sambil mengejar Faris.
Faris hentikan langkahnya dan berpusing ke belakang untuk menghadap Mila tetapi hakikatnya dia tak nak menghadap muka Mila.
"Faris... saya boleh explain"kata Mila.
"Nak explain apa lagi?? Semuanya dah terjelas Mila. Apa yang Mila buat dengan Lus depan mata Faris tadi! " marah Faris.
"Faris..." balas Mila yang sedikit terkejut apabila Faris mula menengking Mila.
"Saya ni siapa Mila?? Mana janji awak?? Saya ingatkan bile awak terima saya, saya ingatkan awak suka kat saya jugak tetapi tak. Awak nak tengok saya sakit hati kan? Awak nak tengok saya koyak?? Well Mila awak berjaya" marah Faris.
"Faris please jangan macam ni-" merayu Mila yang mula terkeluar sedikit tangisan sambil menarik tangan Faris.
"Tolong jangan buang masa awak nak explain benda yang saya dah nampak. Jangan ganggu saya lagi" kata Faris sambil melepaskan tangan Mila tadi.
"Faaaaaarisssss!" Mila memanggil Faris sambil menangis tetapi Faris tidak endahkan Mila dan terus meninggalkan Mila keseorangan.
Mila melihat Faris berjalan pergi dan meninggalkannya keseorangan. Mila sudah tidak kuat dan merebahkan dirinya di atas lantai koridor tersebut. Mila menangis sekuat hati.
3 bulan yang lalu (selepas kejadian kematian Lila dan Lixu)
Gino yang sedang membaca surat khabar tersebut ternampak Mila yang sedang tergesa-gesa memakai kasut.
"Eh tuanku! Tuanku nak pergi mana?" tanya Gino.
"Oh Ambrogino! Uh beta nak pergi jumpa seseorang.." kata Mila sambil rasa gelisah.
"Hmmmmmmmmmmmmmmmm okay. Tuanku minta tolong boleh?" tanya Gino.
"Boleh. Ape dia?" balas Mila.
"Tolong beli macaron bile on the way nak balik nanti😚" kata Gino sambil membuat gaya yang malu-malu.
"Hahaha okay-okay" balas Mila.
Mila memasuki taxi tersebut dan melambai tangan kepada Gino. Gino juga membalas dengan melambai tangan kepada Mila. Setelah melihat kereta taxi Mila sudah berlalu pergi, Gino memasuki semula ke rumahnya dan menutup pintu rumahnya.
"Wangi betul perfume tuanku. Selama ni mana ade dia suka pakai. Ade udang sebalik batu ni" fikir Gino.
Mila pergi ke pergi ke perpustakaan untuk berjumpa dengan 'seseorang' itu. Mila memasuki ke dalam perpustakaan dan ternampak 'seseorang' itu sedang membaca buku. Mila tersenyum jahat kerana telah memikirkan sebuah idea. Mila datang daripada belakang 'seseorang' itu dan mengejutkan 'seseorang' itu.
"Eh Mila! Terkejut Faris" kata Faris sambil meletakkan tangannya ke atas dadanya kerana terkejut.
"Hehehe baca apa tu?" tanya Mila
Rupanya 'seseorang' yang Mila ingin berjumpa itu ialah Faris.
"Oh ni. Novel je ni tentang vampire. Nak tahu jugak kenapa novel ni popular so Faris bacalah sikit-sikit nak menghilangkan bosan sebab tunggu Mila lama sangat" balas Faris.
![](https://img.wattpad.com/cover/131609040-288-k62790.jpg)
YOU ARE READING
My Vampire Queen
VampireMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...