"Gino tolong siasat siapakah mereka dan kenapa dia inginkan Faris? Sebelum Mila bertindak, Mila inginkan keputusan" kata hati Mila.
"Tuanku, tuanku ada kat mana? Tuanku akan menghadapi masalah kalau tuanku berada di sana." balas Gino.
"Tak kisah lah! Beta nak tahu siapa mereka ni?!" balas Mila dengan geram.
"Baiklah patik akan mengesan mereka melalui mata tuanku" balas Gino.
Lalu Gino memejam matanya dan mengesan orang-orang yang tidak dikenali melalui mata Mila. Selepas selesai mengesan, Gino membuka matanya.
"Baiklah tuanku, tiga orang yang sedang berhadapan dengan tuanku adalah saudara-mara tuanku tapi diorang berpihak dengan kerajaan musuh tuanku" balas Gino.
"Jadi, mereka ni musuh beta lah?" Tanggapan Mila
"Ye tuanku, tetapi tuanku tidak dibenarkan membuat sebarang tindakan ke atas mereka. Kerana tuanku sedang sembunyikan identiti tuanku.Lebih baik diorang tidak tahu akan identiti tuanku supaya tiada perkara buruk yang akan berlaku. Patik takut mereka akan laporkan kepada ketua musuh tuanku akan kehadiran tuanku di bandar manusia." nasihat Gino.
"Hmm baiklah. Jadi ape yang beta patut lakukan untuk selamatkan Faris daripada diorang ni? Beta takut mereka sudah dapat menghidu darah Faris tu" kata Mila.
"hmmm...ah ! Patik tahu tuanku...." Gino memberi idea kepada Mila.
Selepas Mila selesai komunikasi menggunakan kuasa teleport dengan Gino, Mila mendekati Faris. Mila menarik lengan Faris. Faris terkejut lalu memandang ke arah Mila dan Mila juga memandang ke arah Faris.
"AAaaaaa sayaaaang~ jomlah pergi wayaaaang! Tayeee nak pergi hmph! hmph! hmph!" kata Mila kepada Faris.
Faris terkejut. Lalu Mila mula berbisik ke telinga Faris.
"Ikut je lah ape yang aku buat ni" bisik Mila.
"Ah..sorry sayang. Jom lah kita pergi" kata Faris secara kekok.
"Korang nak pergi mana? Korang ingat korang boleh lari dari kitaorang hah?" Kata lelaki itu sambil senyum sinis kepada Mila dan kawan-kawannya.
"Ish kau ni siapa hah?? Menyibuk jee aku sepak kan nanti" marah Mila.
"Aku siapa? Aku ni Vrace. Dan aku akan lepaskan korang kalau korang bagi budak lelaki ni kat kitaorang" kata Vrace.
"Excuse me? Kau siapa nak ambik dia? Jomlah Faris kita pergi tempat lain je lah" kata Mila.
"Sejak bile Mila mula banyak cakap ni??" bisik Aina kepada teman lelakinya Ahnid.
"Entah??" Ahnid keliru.
"Bawa Faris dan kawan-kawan dia beredar dari situ tuanku" kata Gino
Mila menarik tangan Faris dan secara perlahan-lahan beredar daripada situ. Tetapi lelaki yang bernama Vrace itu menahan tangan Faris.
"The boy stay" Vrace cuba untuk memukau Mila supaya Mila lepaskan tangan Faris dan beredar daripada situ.
"Not in your f***** dream!" balas Mila lalu memukul muka Vrace.
"TUANKU!! Sh*t" Gino Terkejut lalu meninggalkan rumahnya.
"Tak guna punya budak! Lila, Lixu bunuh diorang!" arahan Vrace kepada 2 orang gadis yang berada di sampingnya.
"Nyaaaa baiklah tuan!" balas Lila.
"Korang lari daripada sini!! Cepat!!" Mila menjerit.
"Aishh tuanku ni memang tak reti nak sabar!!" kata hati Gino sambil berlari mencari Mila dengan menggunakan kuasa pecutnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Vampire Queen
VampireMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...
