Ep. 15 The Lies Story

254 15 0
                                        

"Nampaknya ini adalah perangkap" kata Mila.

"Pe..pe.. PERANGKAP?" tanya Faris dengan terkejut.

"Kita akan mati ke?!" Tanya Faris lagi sekali dengan panic.

"Well depends. Vampire tak boleh kena gigitan werewolf sebab boleh menyebabkan vampire berkhayal dan mati" kata Mila.

Faris terkejut sehingga dia tidak boleh nak bercakap apa-apa.

Tetiba seorang lelaki yang berambut putih menghampiri mereka berdua. Mila cuba untuk melindungi Faris.

"Mari ikut kami" kata lelaki berambut putih itu sambil menghulurkan tangan.

Mila dan Faris terkejut tetapi mereka menerima tawaran daripada lelaki berambut putih tersebut. Mereka berdua mengikut lelaki berambut putih itu, apa yang lagi pelik 20 serigala yang ingin menyerang mereka tadi mengikut lelaki putih itu. Mila berasa hairan tetapi tetap mengikut lelaki berambut putih itu untuk bertahan daripada kena gigit dengan serigala.

Mereka tiba di sebuah hutan yang mempunyai tasik yang cantik. Permadangan hutan itu seperti dalam kisah dongeng. Lelaki berambut putih itu berhenti dihadapan sebuah gua di dalam hutan itu tersebut. 

"Sila tunggu sebentar. Jay dan Jina tolong bagi tetamu kita duduk" kata lelaki berambut putih itu kepada serigala bernama Jay dan Jina.

"Baik tuan" Kata Jay dan Jina.

"Mila, ape yang tengah berlaku sekarang ni?" bisik Faris di telinga Mila.

Mila hanya berdiam diri kerana dia sendiri pon tidak tahu apa yang berlaku sekarang.

Jay, werewolf yang disuruh oleh lelaki berambut putih itu membawa 2 buah kerusi yang diperbuat daripada pokok dan memberikan kerusi itu kepada Mila dan Faris.

"Sila duduk" kata Jay.

Manakala Jina pula, kembar werewolf kepada Jay itu membawa minuman teh kepada Mila dan Faris.

"Jemput minum" kata Jina.

Mila dan Faris melihat muka masing-masing kerana mereka terlalu keliru dengan keadaan sekarang. Baru sahaja tadi mereka hampir diserang oleh serigala tapi sekarang mereka dilayan dengan baik oleh serigala??

3 minit kemudian seseorang keluar daripada gua tersebut. Lelaki berambut putih itu keluar daripada gua itu pada mula-mula, selepas sahaja lelaki berambut putih itu keluar, seorang wanita berambut putih pula keluar dari gua itu. Wanita itu mempunyai rambut putih, kulit yang pucat dan mata yang bewarna biru. Wanita itu sememangnya seorang wanita yang cantik.

"Selamat datang ke dalam The Hidden Forest, di mana kami werewolf sahaja yang tinggal di sini" kata wanita tersebut.

"Ini adalah permaisuri kami Andrea Labonair daripada Cresent werewolf" kata lelaki berambut putih tersebut.

"Andrea?!" Mila terkejut.

***

"Baiklah semua orang mari kita berkumpul dalam bulatan" kata Cleazreen.

"Kenapa kitaorang kena berkumpul? Tak boleh ke kita serang selalu binatang-binatang tak guna tu?" tanya King Arthur.

"King Arthur, kita kena berkumpul dalam bulatan sebab patik ingin membuat menjampi mantera kepada kita semua supaya kita semua lagi berkuasa untuk menyerang mereka" terang Cleazreen.

"Kalau macam tu lagi bagus. Kita semua boleh bunuh diorang dengan sekelip mata" kata King Arthur.

Cleazreen senyum sinis. Raja-raja dan permaisuri vampire semua bersetuju untuk membuat bulatan dan memegang tangan antara satu sama lain. 

My Vampire QueenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang