Gino mengetuk pintu bilik Faris.
"Tuanku, tuanku dah siap?" tanya Gino.
"Uhm sekejap! Bagi Faris 3 minit boleh?" balas Faris sambil menjerit dari dalam bilik airnya.
"Baiklah tuanku. Patik akan beritahu permaisuri mengenai tuanku" kata Gino dan terus pergi beredar dari pintu bilik Faris.
Faris cuba mengambil sedikit air dan membasuh badannya yang mempunyai urat petir itu tetapi urat tersebut tidak tanggal. Faris menyerah kalah dan terus mencari bajunya serta memakai untuk meneruskan harinya sebagai raja di negara vampire. Pada pagi itu mereka berdua menikmati makanan sarapan pagi namun mereka berdua hanya senyap sepanjang sarapan pagi itu. Gino sekali lagi memerhati mereka berdua. Selepas sarapan pagi, mereka berdua harus pergi ke bandar negeri tersebut kerana rakyat Mila mengadakan majlis sambutan kepada Faris yang telah menjadi raja di negeri mereka. Sebelum mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Mila mengambil lengan Faris.
"Apa yang kau buat ni?" tanya Faris.
"Tengok dan belajar 'tuanku'.." balas Mila.
Mereka berdua berjalan keluar dari bilik hingga ke balkoni bilik tersebut di mana semua rakyat boleh melihat mereka berdua. Faris terkejut melihat ramai rakyat negeri itu menyokong dan menyambutnya manakala Mila pula sudah biasa dan melambaikan tangan kepada rakyatnya.
"Apa yang kau buat ni? Lambailah!" Mila bisik secara tegas kepada Faris.
Setelah mendengar bisikan Mila, Faris melambai tangan sambil memberi senyuman kepada rakyat-rakyatnya. Setelah selesai mengadakan majlis dengan rakyat mereka berdua seharusnya pergi menghadiri majlis sambutan dengan para-para raja dan menteri. Mila kan keturunan vampire royalties maka Mila mempunyai ramai kenalan royalties. Apabila mereka berdua memasuki ke dalam majlis itu, semua orang memandang ke arah mereka. Faris melihat sekeliling di dalam majlis itu. Faris tidak pernah merasakan perkara seperti ini. Ini pertama kali Faris melihat raja-raja yang lain dari seluruh negara tetapi Faris tidak pasti antara raja-raja atau para menteri ini vampire atau manusia.
Ramai para menteri dan raja-raja menyambut kehadiran mereka berdua. Tetiba ade seorang wartawan mahu menemu ramah mereka berdua.
"Bagaimana tuanku boleh jatuh cinta dengan seorang manusia?" tanya wartawan tersebut.
"Beta-" Mila baru sahaja ingin membalas tapi Faris tetiba memegang tangan Mila.
"Saya yang suka pada dia dulu. Mila banyak menolong saya semasa berada
di tempat saya" balas Faris sambil tersenyum.Mila memandang Faris dan memikir 'pandai pulak kau berlakon eh'.
Setelah selesai menghadiri majlis tersebut mereka berdua harus pergi ke pasar malam bersama-sama untuk menunjukkan kepada rakyat betapa mereka prihatin terhadap rakyat-rakya mereka. Tetiba Faris terasa tidak selesa. Ketika berjalan di pasar malam Faris terbau sesuatu iaitu darah. Darah-darah yang mengalir di dalam badan manusia-manusia yang ada pada malam itu. Tetiba Faris ternampak ada 3 orang lelaki menumbuk dan memukul seorang lelaki yang kurang upaya. Mila baru sahaja ingin menunjukkan Faris sebuah kedai yang popular tetapi Faris tiada di sisinya. Faris mendekati lelaki-lelaki tersebut.
"Oii! Ape yang korang buat ni?!" tengking Faris kepada 3 orang lelaki tersebut.
"Weyh tuanku lah! Lari bodoh!" kata salah seorang antara 3 orang lelaki tersebut.
Ketiga-tiga lelaki tersebut berlari setelah melihat Faris, raja di negeri itu dan terus mendekati lelaki yang dipukul itu. Faris ingin melihat keadaan lelaki itu.
"Pakcik, pakcik okay tak? Pakcik dengar tak saya?" tanya Faris.
Lelaki yang Faris memangil Pakcik tersebut tidak menjawab kerana lemah dan banyak darah yang terkeluar kerana dipukul kuat oleh 3 orang lelaki tadi. Setelah Faris ternampak darah yang mengalir keluar dari pakcik tersebut, Faris terbau dan taringnya mula terkeluar. Faris tidak tahan melihat darah-darah tersebut dan terus mengigit leher pakcik tersebut dan menghisap darah sekuat mungkin. Tetiba Mila datang dan menarik serta mencampak Faris ke dinding bangunan tersebut sehingga Faris pengsan, dengan sepantas kilat Mila menoreh tangannnya dan memberi darahnya kepada pakcik tersebut. Mila memberi darahnya supaya pakcik itu cepat sembuh luka-luka yang ada pada badan pakcik tersebut.
YOU ARE READING
My Vampire Queen
VampirMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...