Faris terasa kekeliruan membaca surat tersebut. Faris memegang dahinya sambil memikir ayat-ayat di dalam surat tersebut. Faris membaling surat tersebut di atas lantai dan terus masuk ke dalam biliknya untuk tidur. Keesokkan harinya, Faris melihat surat itu berada di atas lantai. Faris mengambil surat tersebut dan menyimpan surat tersebut di dalam begnya.
Seperti hari yang sebelumnya, Faris masih lagi mendiamkan diri dan mengelakkan diri daripada bertemu dengan Mila. Setelah selesai habis sekolah, Faris pergi tempat destinasi seperti yang ditulis di dalam surat tersebut. Sampai di cafe tersebut, Faris teragak-agak untuk membuka pintu cafe tersebut dan ingin pulang semula namun terhalang oleh beberapa pelanggan yang memarahinya menghalang laluan untuk memasuki cafe itu. Maka Faris mengambil keputusan untuk menghadap kebenaran tersebut. Faris memasuki cafe tersebut dan mencari orang yang menulis surat tersebut.
Faris ternampak seseorang yang berpakaian segala hitam. Orang itu mengangkat tangan kepada Faris bahawa dialah orang yang menulis surat tersebut. Tetapi Faris tidak mengetahui identiti orang tersebut kerana orang tersebut memakai hoodie dan mask yang gelap namun Faris melihat tubuh badan orang tersebut seperti lelaki kerana melihat badan orang tersebut sangat bersasa. Faris mengambil tempat duduk dan menghadap lelaki tersebut. Faris ingin melihat muka lelaki tersebut tetapi tidak nampak muka lelaki itu kerana tersembunyi dengan hoodie dan mask yang gelap.
"Kau buat pilihan yang tepat Izakwan" kata lelaki tersebut.
"Uhm siapa kau?" tanya Faris.
"Kau tak perlu tahu aku siapa. Yang penting kau akan tahu kebenaran tentang kisah silam kau" kata lelaki tersebut.
"Kenapa aku perlu tahu semua ni?" tanya Faris.
"Sebab musuh kau adalah orang yang paling rapat dengan kau" balas lelaki tersebut.
"Maksud kau?" tanya Faris.
"Kalau kau nak dengar kebenaran yang sebenar. Kau kena percaya dan hadap dengan semua ni. Adakah kau sudah bersedia?"tanya lelaki itu?
"Ye. Sejak aku jejak langkah kat sini aku dah lama bersedia" balas Faris.
"Baiklah. Aku nak tanya satu soalan. Kau percaya tak ade vampire?" tanya lelaki tersebut.
"Uhh itu kan mitos sahaja. Kenapa aku perlu percayakan vampire tu wujud je tak?" tanya Faris.
"Jadi kau tak percaya?" tanya lelaki tersebut.
Faris menganggukkan kepalanya. Lelaki itu mengeluh dan mengeluarkan pisau kecilnya dan menoreh tapak tangannya tersebut. Faris amat terkejut dengan perbuatan lelaki tersebut dan mengambil pisau daripada lelaki tersebut. Namun begitu, saat dia ingin mengambil pisau tersebut, dia melihat tangan lelaki itu kembali pulih dalam beberapa saat selepas ditoreh oelh pisau tadi. Faris menjadi keliru dalam kebingungan memikirkan apa yang sedang berlaku.
"Apaa? Macam mana??" Faris tertanya-tanya.
"Itu adalah bukti bahawa vampire wujud. Aku adalah vampire dan apa yang kau nampak tadi adalah kelebihan sebagai vampire. Semua vampire akan cepat sembuh dan pulihkan sendiri jika mereka cedera" kata lelaki itu.
"Uh okay? Kenapa aku perlu tahu pasal vampire?" tanya Faris.
"Sebab kisah silam kau berkaitan dengan vampire. Pada zaman dulu, mak kau pernah ade hubungan dengan adik lelaki kepada permaisuri vampire. Selepas beberapa bulan mak kau mengandungkan kau masa tu. Untuk rahsiakan kandungan kau tu mak kah pergi kahwin dengan manusia biasa. Untuk membuatkan semua orang percayakan yang kau tu anak kepada manusia biasa, mak kau pun bunuh vampire adik lelaki kepada permaisuri" kata lelaki.
"Jadi mak aku bunuh ayah kandung aku? Ayah kandung aku adalah vampire??" tanya Faris
"Ye. Selepas permaisuri vampire mengetahui kematian adiknya. Permaisuri siasat mengenai kes adiknya dan mendapat tahu mak kau yang bunuh adiknya permaisuri semakin mengamuk. Jadi permaisuri vampire tersebut tunggu saat kau lahir dan menyuruh pegawai-pegawainya dan askar-askarnya memburu keluarga kau. Permaisuri vampire seorang yang tidak berkemanusiaan. Dia menyembelih dan pancung kepala setiap orang yang rapat dengan mak kau. Walaupon mak dan ayah tiri kau berjaya keluar dari tempat itu. Mak kau hanya sempat letakkan kau depan rumah anak yatim jer. Selepas dia hantar kau, orang-orang permaisuri itu bunuh mak dan ayah tiri kau" jelas lelaki itu.
"Mustahil...." kata Faris seleoas mendengar kebenaran tentang ibu bapanya.
"Kalau kau tak percaya itu atas kau. Tapi apa yang kau perlu tahu musuh kau tu sangat dekat dengan kau" kata lelaki itu.
"Siapa?" tanya Faris.
"Mila. Dia ada terlibat dengan kes tu" kata lelaki itu.
"Mila?! Dia vampire ke?" tanya Faris.
"Oh dia lebih daripada tu. Dia adalah permaisuri vampire di negeri dia" balas lelaki itu.
"APE?? Jadi dialah yang bunuh mak ayah aku??" Tanya Faris dengan perasaan yang marah.
"Kau rasa?" balas lelaki itu.
"Tak guna punya perempuan!! Kalau macam tu dia datang nak bunuh aku ker?!" tanya Faris.
"Oh tidak. Dia datang untuk ambil kau sebagai pasangan dan jadikan kau raja di negeri dia. Dia nak kahwin dengan kau sebab darah kau. Darah kau ni hybrid antara manusia dan vampire jadi darah kau sangat istimewa bagi dia. Itu sebab dia rapat dengan kau" jelas lelaki itu.
Selepas Faris mendengar penjelasan daripada lelaki itu, Faris pulang ke rumahnya. Faris pulang ke rumah dengan perasaan keliru, sedih, sakit hati, geram, marah, benci dan segala emosi tersebut bercampur membuatkan Faris megenggam tangannya sekuat hati.
"Aku akan buat hidup kau terseksa Mila! Aku takkan maafkan kau!" kata Faris sambil mengamuk di dalam rumahnya.
***
Di sekolah, Faris ternampak Mila baru sahaja keluar daripada tandas. Faris jalan menuju ke arah Mila dan menahan Mila daripada berjalan. Faris menahan Mila ke dinding menyebabkan Mila tidak boleh bergerak.
"Eh Faris! Apa yang awak buat ni??" Kata Mila sambil bergelut untuk keluar daripada Faris.
"Jumpa aku kat padang pukul 10.30. Aku ade sesuatu nak bagitahu" bisik Faris di telinga Mila dan lalu melepaskan Mila.
Mila melihat Faris berjalan beredar daripada tempat itu dan meninggalkan Mila keseorangan di sana.
"Kenapa aku rasa macam ade sesuatu tak kena dengan Faris?" kata hati Mila.
Pada pukul 10.30, Mila keluar daripada kelasnya dan menuju ke padang sekolah di mana Faris ingin bertemu dengannya. Mila melihat Faris sedang berdiri menunggu kehadiran Mila. Mila berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Faris.
"Faris?" Panggil Mila kepada Faris.
Faris menoleh badannya ke arah belakang dan menghadap Mila. Rasa macam deja vu pulak.
"Faris nak bagitahu ape?" tanya Mila.
Faris mula berjalan ke arah Mila dan merapatkan mukanya ke telinga Mila.
"Aku tahu kau ni ape. Kau ni vampire kan" bisik Faris di telinga Mila.
Mata Mila mula membesar dan terkejut mendengar kata-kata Faris.
"A..ap..ape.. ape yang awak cakap ni??" tanya Mila sambio buat-buat tak tahu.
Faris hanya membuat senyuman smirk.
"It's okay. Aku dah faham kenapa kau buat perbuatan tu dengan Lus. Sebab kau vampire kan. Tak mengapa Mila, aku maafkan kau" kata Faris sambil membetulkan lengan bajunya.
"Faris.." balas Mila.
"Yang penting kita bersama-sama kan? Faris tahu Mila datang sini nak kahwin dengan Faris. Faris sanggup kahwin dengan Mila. Kalau Mila nak" kata Faris.
"Ha? Faris macam mana Faris tahu??"
"Daripada mana Faris tahu itu tak penting asalkan Faris dapat terima yang Mila ni vampire kan? Jadi awak nak ke tak nak kahwin dengan saya?" tanya Faris.
TBC......
Apakah jawapan Mila? Adakah Mila akan terima atau tak? Apakah akan terjadi kepada Mila? Dan apakah perancangan Faris yang sebenarnya?
Saksikan lah episod yang seterusnya akan jadi lebih gempak, penuh dengan drama, aksi dan pelbagai lagi!
Jdi jgn lupa utk vote dan share MVQ!😘👇✨
ANDA SEDANG MEMBACA
My Vampire Queen
VampireMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...
