Ep.5 Blood Donate

362 24 6
                                    

"Tuanku, ade tetamu yang ingin berjumpa dengan tuanku" kata seorang butler.

"Bawa dia masuk" balas seseorang itu.

"Baiklah" kata butler sambil membuka pintu untuk tetamu masuk.

"Tuanku! Ampunkan patik tuanku! Lila dan Lixu sudah..." kata Vrace yang tak sanggup untuk menyambungkan perkataan tersebut.

"Ye, beta tahu mereka sudah tiada" balas seseorang itu.

"Tuanku, patik pasti ini bukan kerja manusia. Mana ade manusia pernah kalahkan kami tetapi sejak munculnya seorang gadis ni dia sangat lain" jelas Vrace.

"Boleh bagitahu lagi tentang 'gadis' tu?" tanya seseorang itu.

"Baiklah tuanku, ape yang patik tahu gadis itu sangat berani, yakin dan kuat. Ape yang lagi pelik bau darahnya sangat pelik. Macam tak sama dengan manusia yang lain" jelas Vrace.

"Baiklah Vrace, gadis itu di mana?" tanya seseorang itu.

"Eh kenapa tuanku tanya?" tanya Vrace.

"Rasanya sudah tiba masanya untuk beta turun ke tempat manusia dan pergi jumpa 'gadis' ni" kata seseorang itu.

"Baiklah tuanku!" kata Vrace sambil membuat senyuman smirk.

***

Di Rumah Mila dan Gino

"Ambrogino" panggil Mila.

"Ye tuanku, ade ape-ape yang patik boleh bantu?" tanya Gino.

"Kita sudah kesuntukan masa, beta perlukan darah RB tu. Kalau tidak musuh-musuh beta akan tahu identiti beta tidak lama lagi" kata Mila.

"Baiklah tuanku" balas Gino.

Keesokkannya harinya...

"Perhatian kepada semua pelajar hari ini ada pendermaan darah secara free! Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam menderma darah. Jika ade pelajar yang tidak menyertai, pelajar boleh pergi buat check up sebelum membuat derma. Nurse akam bagitahu kamu lulus atau tidak untuk menderma darah! Itu sahaja pada hari ini sekian, terima kasih" pengunguman daripada pengetua sekolah kepada semua pelajar.

"Haih kenapa tetiba pengetua nak buat kempen derma darah ni?" tanya Aina yang keliru akan situasi ini.

"Itulah kata dahlah aku takut jarum hurmm" balas Kirah yang tidak suka dengan idea menderma darah.

Mila hanya diam dan sengaja membaca buku semasa mereka sedang bercakap.

"Ini.. first time aku akan derma darah" kata Faris.

Mila melihat Faris seketika kerana terkejut dengan kata-kata Faris tersebut tetapi Mila sambung membaca buku semula.

"Wow! First time? Baguslah kau akan dapat pengalaman derma darah dan manalah tahu kau dapat tahu jenis darah kau" kata Ahnid sambil memegang bahu Faris.

"Hmm aku tak boleh Faris tahu jenis darah dia sebab dia memang darah RB. Aku kena buat sesuatu.." kata hati Mila.

Semasa berada di kempen derma darah, ramai pelajar yang ade di situ dan banyak botol-botol darah di situ membuatkan Mila kurang selesa. Mila terpaksa tahan dengan bau darah-darah manusia ni, nasiblah dia minum air teh yang disediakan oleh Gino pagi tadi, barulah dia tidak rase lapar untuk darah-darah di sini. Mila duduk daripada jauh dan memerhatikan pergerakan Faris, sementara itu Mila betul-betul duduk berhadapan dengan nurse yang akan membuat check up darah pelajar itu. Mila duduk berhadapan tapi jauh kerana untuk memukaukan orang kena lah tepat-tepat pandang mata mereka.

My Vampire QueenWhere stories live. Discover now