"Heheh aku dengar dia dah mati nyaa" kata perempuan itu.
"Haih dia dah gagal misi dia. Sekarang kita pulak kena ambil alih" mengeluh lelaki itu.
"Hihihi aku suka tempat ni. Banyak makanan hihihi. Jom kita mulakan?" kata perempuan yang memakai eyepatch tersebut sambil senyum sinis.
Lalu ketiga-tiga orang itu terjun bangunan.
●●●
Keesokan harinya...
"Kejadian yang mengerikan berlaku pada hari semalam. Semua orang yang berada di hospital Z itu semalam didapati dibunuh dan tiada yang terselamat dalam masa 1 jam. Polis dapati semua mayat mangsa2 di hospital Z itu tiada darah yang tinggal dalam badan. Kematian mereka adalah kerana tiada kesemua darah dalam badan. Polis masih lagi siasat tentang kejadian ni. Kepada semua orang tolong berhati-hati, terumatanya di area Hospital Z. Buat masa sekarang, rakyat diminta berhati-hati ketika keluar malam dan lebih baik tak payah keluar pada waktu malam" -TV/Berita.
"Tuanku, kerja macam ni bukan seperti kerja pembunuh serial yang gile. Ini bukan kerja manusia" kata Gino.
"Hmm" balas Mila seperti memahami situasi tersebut.
"Nampaknya ade spesies yang same macam kita di negara ni tuanku" kata Gino.
"Tapi kita tak pasti kalau pembunuh itu royalties ataupon spesies yang biasa ataupon yang terjangkit. Kita kena siasat semua ni" kata Mila.
"Munjunjung titah tuanku" balas Gino sambil menunduk dengan cara hormat.
"Gino... teh" kata Mila.
"Oh ya... lupa masa minum tuanku sekarang ni heheh" kata Gino lalu membuat teh untuk Mila.
Mila adalah vampire yang jenis Royalties. Royalties dapat minum 2 benda, iaitu darah dan teh yang istemewa. Vampire Royalties dapat minum kedua-duanya ataupon kalau yang jenis tak minat berminum darah mereka boleh pilih untuk berminun teh. Dan teh pula, mereka tak boleh minum teh mana2 je. Mereka kena minum teh daripada The Witch. Royalties dan Witch amat rapat pada zaman dahulu. Mereka tolong sesama sendiri. Royalties pernah tolong The Witch dan sebagai ganjaran mereka memberi ganjaran kepada Royalties, teh. Dan teh ini hanya Vampire Royaties sahaja dapat minum. Jikalau Royalties itu mahu berhenti ataupon tidak mahu berminum darah manusia, mereka boleh pilih teh sebagai ganti. Bagi vampire darah amat penting. Dan darah adalah sumber makanan vampire. Lebih banyak mereka minum darah manusia lebih berkuasa mereka. Tetapi kalau Vampire Royalties ni lain, mereka boleh kedua-dua nya, Darah dan Teh.
Jadi vampire seperti Mila ini amat istemewa dan berkuasa di Romania. Dan hanya vampire yang berdarah Royalties je yang layak memerintah Romania. Tetapi setiap yang memerintah negara adalah lelaki(raja). Tiada raja dan mereka tidak dapat memerintah. Situasi seperti Mila ini perlukan seorang Raja yang dapat memerintah Romania. Kerana tanpa Raja, Mila mungkin diturun pangkat ataupon dibuang dari ahli Royalties.
Di sekolah...
"Baiklah semua, balik lepas ni jangan nak lepak2 ataupon hang out kat luar, terus balik rumah. Korang dengarkan pasal pembunuh serial di hospital Z? Pastikan korang jangan jalan sorang2. Pastikan korang jalan dengan kawan ataupon mana2 orang asalkan korang tak keseorangan. Faham?" Kata guru tersebut
"Faaaham" balas semua orang dalam kelas.
Selepas guru tersebut keluar dari kelas, Aina datang mendekati Mila.

YOU ARE READING
My Vampire Queen
VampirosMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...