Selepas habis sesi pembelajaran, Mila and the geng ingin pergi ke kantin untuk rehat di sana. Lus memerhatikan perbuatan Mila apabila Mila sedang bercakap dengan Aina dan Faris. Apabila Mila sedang menuju ke arah kantin, Mila dapat berasakan ade seseorang yang sedang memerhatikannya. Mila menoleh ke arah belakangnya dan melihat Lus memandang tepat ke arahnya. Ramai pelajar perempuan yang mendekati Lus pada masa itu tetapi Lus memandang tepat ke arah Mila sambil membuat senyuman smirk dan terus berlalu pergi dari tempat itu membuatkan pelajar-pelajar perempuan yang lain mengejarnya.
"Ade sesuatu yang tak kena. Gino tolong check pasal lelaki bernama Wylus Damon Valfredo" kata hati Mila.
"Baiklah tuanku. Ugh tuanku! Patik tak boleh access dia punya identiti. Seperti ade sesuatu yang menghalangnya" kata hati Gino.
"Ape?? Terhalang?? Tak mungkin semua orang ade identiti takkan dia tak ade?" tanya Mila.
"Maaf tuanku, tetapi patik betul-betul tak jumpa" balas Gino.
"Tak mengapa. Beta akan cari sendiri" kata hati Mila.
Semasa semua orang sedang makan makanan di kantin. Mila hanya berminum air teh yang dalam kuantiti yang sikit. Faris and the geng semua dah terbiasa melihat Mila tidak makan apa-apa semasa rehat di kantin kecuali minum air teh. Lus memerhati Mila daripada jauh dan Lus meletakkan jarinya di atas bibir apabila dia sedang berfikir.
Setelah habis masa rehat, semua pelajar pulang ke kelas untuk menyambung sesi pembelajaran. Semasa sedsng belajar di dalam kelas, Lus melihat Mila seketika dan terus berpaling ke arah guru apabila guru sedang bercakap. Mila berasa Lus sedang memerhatinya tetapi Mila tidak bercakap apa-apa sehinggalah sesi pembelajaran habis dan semua orang keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.
"Mila, jom balik" kata Faris.
"Faris baliklah dulu. Mila akan balik lambat sikit sebab nak sambung study jap" balas Mila.
Lus yang mendengar perbualan mereka hanya senyum sambil buat-buat kemaskan barang.
"Okaylah kalau macam tu Faris balik dulu yer. Bye!" kata Faris yang sedikit kecewa tetapi cuba menyembunyikan perasaannya dan melambai tangan ke arah Mila dan terus keluar dari kelas.
Selepas Faris keluar dari kelas, Lus baru sahaja ingin memulakan langkahnya tetapi Mila memanggilnya.
"Kenapa kau asyik tengok aku?" Tanya Mila secara berterus terang.
"Kalau aku bagitahu ade sebab, kau nak tahu ke?" balas Lus
"Yer" balas Mila secara ringkas.
Lus mula mendekati Mila secara perlahan-lahan. Mila tidak bergerak sebab dia tu Queen duh takkan dia nak bergerak sebab lelaki ni hahahah.
"Sebab kau ade sesuatu tu sepatutnya jadi milik aku" bisik Lus kepada Mila.
Mila sangat-sangat terkejut dengan kata-kata Lus. Seperti Lus mengetahui sesuatu tentangnya.
"Pemadam aku. Kau ambik tanpa sedar tadi" sambung Lus selepas melihat reaksi Mila sebentar tadi.
"Oh" Mila terus membuka begnya.
"Hahaha it's okay. Kau ambik lah pemadam tu. Aku ade banyak lagi kat rumah. Kenapa dengan muka kau ni macam kena tengok hantu je" kata Lus sambil ketawa.
Mila terasa bingung di situ.
"Eh Lus, kita pernah jumpa ke? Pernah kenal ke dulu? Kenapa kau asyik tengok aku?" Tanya Mila.
"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Tapi kalau kau nak tahu lebih pasal aku. Datanglah dekat party aku malam esok dekat rumah aku of course. Jangan risau aku jemput semua orang dah" balas Lus.
YOU ARE READING
My Vampire Queen
VampireMengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila Faris bertemu dengan gadis yang bernama "Mila" datang mencari darah yang jarang dijumpai. Siapa sangk...