Ep. 14 Mira Secret

236 15 0
                                    

Lus keluar daripada bilik tersebut dan terserempak dengan Gino. Gino melihat Lus dengan riak muka yang terkejut dan kebingungan.

"Apa yang kamu sudah buat?!" Tanya Gino secara marah.

"Jangan risau aku tak ambik dia punya suci" balas Lus dengan selamba.

"Apa?!" Gino terkejut.

"Aku cuma hisap darah dia je dan aku dapat tahu dia bukanlah Mira yang sebenar. Dalam badan Mira tu ade orang lain bernama Cleo" balas Lus.

"Cleo??" tanya Gino.

"Yer aku ade kelebihan untuk membaca fikiran orang melalui darah diorang. Rupanya ade udang sebalik batu. Aku pernah kenal Mira daripada kecil lagi. Aku tahu perangai dia macam mana. Dia tak sama macam Mira yang aku kenal. Jadi mari kita pergi dan cari jalan penyelesaian untuk buang si Cleo tu dari badan Mira" kata Lus.

"Hmm kenapa patik patut percayakan tuan?" tanya Gino.

"Bagi darah kau sekarang" kata Lus.

"Eh buat apa??" Gino balas.

Lus hanya menjelingkan mata dan menarik tangan Gino dengan cepat. Lus mula menghisap darah Gino melalui tangan Gino. Selepas beberapa minit Lus melepaskan tangan Gino.

"Kau nak halau aku dan bagitahu pasal tadi dekat Mira kan?" kata Lus yang meneka fikiran Gino.

"Macam mana?? Memang betul ke kelebihan tuan macam tu?" kata Gino.

"Yer Gino. Kalau kau nak selamatkan Mira baik kau senyap dan jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Kita kena buat plan yang betul-betul supaya si Cleo tu takkan sangka semua ni" balas Lus.

"Jadi apa yang kita perlu buat?" Tanya Gino.

"Kita kena cari ahli sihir yang boleh buat roh Cleo keluar daripada badan Mira" kata Lus.

"Tapi bukan ke Cleazreen sahaja jadi ahli sihir di dalam negara kita ni? Siapa lagi yang jadi ahli sihir?" Tanya Gino.

"Kita tak boleh percayakan Cleazreen jadi kita kena cari ahli sihir yang lain. Aku tahu siapa tapi dia ambik masa dalam 2 hari nak datang sini" kata Lus.

"Siapakah dia tu?" tanya Gino.

"Kawan aku. Gino selama 2 hari itu tolong hati-hati dengan Mira yang fake tu. Aku takut si Cleo tu ade agenda dia sendiri kenapa dia masuk dalam badan Mira. Jadi jangan percaya sesiapa pon selama 2 hari ni okay" kata Lus.

"Oh.. okay" balas Gino.

"Aku pergi dulu" kata Lus.

"Okay" balas Gino.

"Siapa yang aku patut percaya sekarang? Haih Permaisuri Mila manalah tuanku sekarang??" kata hari Gino.

...

"Baiklah Royalties hari ni kita akan berjumpa dengan ketua Werewolves untuk berbincang secara rasional dengan diorang. Tetapi jika mereka bantah, jangan teragak-agak untuk bunuh diorang" kata Cleazreen

Semua Royalties bersemangat dan setuju kecuali Mila kerana Mila merasakan sesuatu yang tidak kena. Faris melihat muka Mila, Faris dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Marilah kita pergi sekarang" kata Cleazreen sambil menghulur tangan kepada Royalties.

Semua Royalties berkumpul dan membuat bulatan sambil memegang tangan antara satu sama lain termasuklah Cleazreen. Cleazreen tersenyum dan membacakan spell untuk pergi ke tempat tersebut dengan pantas. Mereka semua tiba di sebuah hutan yang bersalji.

....

" Gino, aku nak makan" kata Mira.

"Baiklah" kata Gino sambil mengeluar beg darah daripada peti sejuk.

My Vampire QueenWhere stories live. Discover now