prologue

122 21 6
                                    

☀☀☀

nama aku intan medina . rakan rakan rapat ku memanggil dengan nama yang lebih pendek iaitu intan ataupun dee .

aku terasa namaku terlalu 'kampung' buatku . tapi nak buat macam mana kan? mama dan ayah dah pilih kan nama yang baik untuk anak nya . mesti ada maksud nya juga kan?

secara fizikal nya , aku memang sempurna ! dari atas sampai bawah . rambutku ikal mayang , beralun lembut dan berkilat sekali ! muka pula bujur dengan dagu yang runcing . tidak perlu cucuk botoks , heh tak main la susuk ni kan ?  kulit ku semula jadi bertona putih kemerehan . aku tidak memakai sebarang skincare pun untuk memutihkan kulit muka ku ,  ini kerana kulit mukaku mewarisi kulit mamaku  iaitu Puan Astilah .

aku cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada . ayahku sering sibuk dengan kerja nya . terbang ke sana , ke sini , ke hati awak . eh hahahah . walaupun ayah sangat 'busy' dengan kerja nya , dia tetap menjalan kan tanggungjawab nya sebagai seorang ketua keluarga yang amanah dan bertanggungjawab ! dia tidak pernah lupa untuk memberi nafkah untuk anak dan isteri nya . alhamdulillah ayah tak kena penyakit miang seperti kawan kawan nya yang seumur dengannya ! wow ayah ku hebat hahaha .

bercerita tentang mama , mama seorang suri rumah sepanjang masa . mama tak perlu bekerja kerana ayah sudah sediakan sebuah banglo dua tingkat untuk nya . mama mempunyai pembantu rumah iaitu bibik susanti . selain itu mama juga mempunyai pemandu sendiri yang setia untuk menghantarnya ke mana sahaja . walaupun mama tidak bekerja , mama jarang berada di rumah kerana terlampau sibuk . jadual hariannya terlalu padat sendat ketat ! mengalahkan ayah !

itu tentang mama dan ayah . aku ? aku tidak mengikut langkah mama yang duduk sahaja dirumah dan ayah yang mengendalikan sebuah syarikat diluar negara . kini , aku bekerja sebagai seorang pramugari . dengan sifat fizikal yang ada , sangat mudah untuk mendapatkan kerja seperti itu . sekarang sudah 3 tahun aku terbang membelah langit biru . berstatus tinggi dan dipandang hormat oleh semua orang .

oh yeah , semua nya cukup sempurna buat ku ! keluarga yang hebat dan berduit setiap masa . rupa paras fizikal kurniaan Tuhan  yang tiada cacat cela .

lengkap . bertuah . sempurna

namun , tiada sesiapa mengisi ruang kosong dihati ku ini . hati sunyi dan sepi kerana usia sudah menginjak angka 27 tahun .

entah di mana salahnya . mengapa aku belum berumah tangga ? whyy whyy hello?  takde sapa nak aku ke ?

secara am nya , aku belum lagi bertentang mata dengan mana mana lelaki idaman yang mampu membuat perasaanku berbunga bunga . Kesimpulannya... aku masih belum berjumpa dengan Mr.perfect yang sesuai buatku ! dan pada usia 27 tahun ini , sepatutnya pencarian Mr.perfect harus dijalankan !

" Dee !! mama malu! macam mana kita nak hadap saudara mara kita nanti ? rasa tebal je muka ni bila dijemput hadir ke kenduri sepupu sepupu kamu ! "

yaa, isu jodoh dan pencarian Mr.perfect menjadi semakin genting . mama nak sangat aku berkahwin tetapi dengan siapa ?! pening kepala makin berdenyut apabila difikirkan .

" alaa mama , senang cakap je kita tak dapat pergi kenduri tu . kena pergi ke luar negara . see? pandai kan dee hahaha" kataku sambil tersenyum sinis memandang mama . mama pula hanya memandang ku geram . whatt? betul kan apa aku cakap . idea paling paling paling paling bernas ! tidak mahu berjumpa dengan sepupu punya pasal . kalau tak bertanya tentang status diriku sahaja !

so, sampai bila kan nak hidup menyendiri? tak pasal pasal aku dilabel 'anak dara tua' . noo wayy !!

so , pencarian Mr.perfect bermula !!

to be continue .

hahahahaha hello ! first time buat cerita melayu ni omg ! segala typo maafkan tuan hamba kayy

kita buat deal ok tak ? vote sampai 5 baru buat chap seterusnya okay en ?

ok bye

PILIHAN Where stories live. Discover now