☀☀☀☀
selesai sudah waktu bekerja dan tamatlah tugasan menjaga penerbangan pergi balik ke australia . aku menyeret bagasi dengan lemah . sebenarnya ramai tidak tahu kerja pramugari dan pramugara sungguh memenatkan . sepanjang penerbangan kami perlu sentiasa berdiri dan menyediakan pelbagai keperluan untuk penumpang .
sebaik memasuki ruang LCCT ( tempat duduk banyak banyak tu ) . aku melambai buat kali terakhir ke arah anis , fazlyn dan suzy sebelum aku pulang ke rumah . sebelum pulang ke rumah aku memasuki ruangan rehat untuk pekerja Air Asia . aku mahu menukar baju uniform sebelum pulang ke rumah . itu sudah jadi kebiasaan buat ku . mungkin pekerja Air Asia yang lain selesa dengan uniform yang masih dipakai oleh mereka selama 7 jam . aku tak nak lah dipandang oleh lelaki lelaki gatal dan bersiul setiap kali pramugari lalu di depan mata .
sudah selesai menukar uniform , kemudian lirikan mataku memerhati lama rambut sendiri . memang ikutkan kelayakan , rambutku ini boleh dijadikan contoh testimoni kejayaan syampu jenama yang terkenal !
ya , aset kecantikanku adalah rambut dan tubuh badan yang sempurna seorang perempuan . dan itulah yang aku tayangkan, bebas dipandang oleh semua orang . Nampak sangat aku seorang hamba yang tida mahu mengikut perintah yang ditetapkan oleh pencipta . ianya menunjukkan aku terang terangan melanggar hukum Tuhan Yang Maha Esa .
aku mengeluh perlahan dan terduduk di kerusi bilik persalinan . meraup wajah sendiri , kerisauan mula bermain peranan . usia kini sudah 27 tahun , sampai bila aku nak langgar perintah Tuhan sendiri ? dalam hatiku meronta ronta mahu berubah ke arah kebaikan . tapi aku tiada kekuatan untuk berubah . kemahuan yang satu itu sering tersekat dengan pelbagai kebimbangan yang timbul dalam fikiran .
sekiranya aku bertudung.. tentu sekali aku tidak dapat meneruskan kerjaya ku sebagai seorang pramugari .
sekiranya aku bertudung..mampu ke aku terus kekal penampilan hingga akhir hayat nanti ?
begitu banyak persoalan !
hampir 15 minit termenung , akhirnya aku keluar dengan baju biasa iaitu seluar jeans dan blaus berwarna merah . longlai menarik bagasi kecil yang memuatkan segala baju yang dipakai semasa di australia .
aku merenung jam tangan yang berada di tangan kanan ku . mununjukkan sudah hampir pukul 2 petang . perutku pula sudah bermain peranan . rasa macam buat konsert rock kat dalam perut ni . aku menukar destinasi tujuan , bukan ke pintu keluar tetapi menuju ke restoran yang berdekatan dengan LCCT .
sudah sampai ke destinasi yang dituju , tetapi malangnya restoran tersebut penuh dengan pelanggan !
ok hampa semua bayangkan je la kedai ni ramai orang . susah sangat ke ? tak kan ok teruskan .
nak tak nak aku kena makan juga ! aku beratur di kaunter untuk memilih makanan untuk dimakan .
selesai staff disitu meletakkan makanan di atas dulang , aku tercari cari tempat untuk menikmati makanan tersebut .
takdir tidak menyebelahi , ada sebuah keluarga duduk di meja penjuru restoran itu sudah bangun tanda siap menikmati makanan . aku terus laju kan pergerakan ku menuju meja tersebut namun sebaik aku sampai ke meja itu , pada masa yang sama seorang lelaki berkopiah turut menghampiri meja tersebut . ok nak gaduh ke macam mana ni ?
YOU ARE READING
PILIHAN
Teen Fiction[ON GOING] ' kalau dah jodoh , tak kemana ' aku bukan la yang dia impikan tapi aku cuba untuk jadi seperti yang dia impikan. kehidupan aku dan kehidupan dia sangat berbeza bagai langit dengan bumi bolehkah dia menerima aku sebagai teman sehidup se...