tujuh

61 15 6
                                    

" awak siapa ? kenapa saya tak ingat awak ? kita pernah berjumpa ke ? " soalan ku bertubi tubi membuat dia sedikit terkejut .

" wow ! relax lah . Syed Zakwan ? takkan la awak tak ingat...Lelaki yang dikelilingi perempuan , especially you . " dugaan apa pulak ni ? lepas satu satu benda jadi . haritu Hani Nabila memberitahu dirinya adalah Nur Qalissa . Sekarang adalah Syed Zakwan . dia adalah bekas teman lelaki Nur Qalissa . kenapa menjadi bekas teman lelaki ? sebab aku la perampas nya . ya aku . aku aku dan aku .

" ohh , maaflah dah lama tinggalkan malaysia . sampai muka kau pun aku tak ingat " jawabku .

" kau makin cantik intan " tiba tiba dia bingkas bangun dari duduknya dan duduk disebelahku . pipi ku diusap olehnya . aku terkejut , aku terus menjauhkan diri darinya .

" kita bukan muhrim , syed . kau tak boleh sentuh aku sesuka hati ! " suaraku ditegaskan sedikit .

" sejak bila kau tak bagi sentuh kau ni ? dulu okay je . okay memang sekarang aku tak boleh sentuh kau macam dulu . tapi bila kita dah jadi suami isteri bukan setakat pipi kau aku boleh sentuh , lebih dari tu , sayang " kini dia memegang tangan ku dan tersenyum nakal . aku meronta ronta minta dilepas tapi dia degil !

" lepas la bodoh ! kalau mama kau nampak macam mana ?! " bentak ku .

" biarlah dia nampak , kita boleh cepat kahwin . biar dia tahu kita ni dah lama kenal ! " dia mendekat kan muka nya dengan muka ku . aku boleh mendengar dia bernafas ! Ya Allah tolong lah aku !

- time ni mama mama diorang tak dengar sebab luar rumah tu kat luar la . kat belakang tempat lepak lepak -

aku terus menendang tempat sensitif nya . dia mengaduh sakit . padan muka kau ! aku doakan 91 hari 91 malam tak surut surut sakitnya tu ! dasar jantan takguna !

" kurang ajar ! " dia sudah mengangkat tangan tanda ingin memukul aku tetapi ada gerangan yang menghalang dirinya daripada buat begitu .

" kau jangan berani nak angkat tangan dengan kakak aku . kalau sekarang dah macam ni masa kahwin macam mana ?! aku langsung tak restu kalau korang berdua kahwin ! " adam menolak bahu Syed membuatkan dia undur beberapa langkah . siapa siapa kahwini lah adik aku . baik nya !

aku menyorok di belakang Adam seperti anak kecil yang ketakutan . Syed hanya diamkan diri . dia taknak keruhkan keadaan . kalau mama dengar rosak lah kan plan dia ? tetapi hati aku tetap memilih Mukhlis Naufal .

☁☁☁☁

" nak pergi mana tu ? " mama sudah terjenguk muka apabila melihat aku ke hulu ke hilir mencari padanan baju , tudung dan kasut .

" nak pergi KL " jawabku ringkas

" aik nak buat apa ? ada apa kat sana ? kenapa baru bagitau mama ? " soalan mama bertubi tubi membuatkan aku tertawa kecil .

" hari ni Ustaz Mukhlis ada ceramah kat Masjid As Syakirin . " jawabku

" amboi nak jumpa buah hati dia la tu ! " katanya

" of course ma ! nak jumpa dengan bakal menantu mama la ! "

" tapi dee tak rasa ke dee pergi ke rumah Allah atas niat lain ? " mama bingkas bangun dari duduknya dan menuju ke arah aku .

" ya , tapi yang masa yang sama . dee nak berubah sikit demi sedikit . hari tu dee hanya pakai selendang untuk menutup sebahagian kepala di Masjid Negeri . Insya-Allah dee akan bertudung penuh . who's know ? "

" Alhamdulillah , kalau macam tu mama nak ikut boleh ? tak pernah la mama jumpa bakal menantu mama depan depan ! setakat tahu nama je , mana boleh ! " mama mencebik di hujung kata . mama mesti teruja bila melihat bakal menantu nya yang sangat padan dengan anak kesayangan dia ni ! auch

PILIHAN Where stories live. Discover now