lima

59 17 2
                                    

" Waalaikummussalam ! eh ustaz Mukhlis belum balik lagi ? " diantara aku dengan Hani Nabila , dia sahaja dapat memulihkan keadaan . Memang Hani Nabila memang sangat pandai berlakon . siapa siapa nak buat drama tu ambil la dia sebagai pelakon . ha bagi watak low class sikit .

" memang saya hendak balik dan menuju ke kereta tapi saya nampak kamu berdua sedang berbual . tapi macam serious je . saya dapat tangkap perkataan chop chop tadi " Mukhlis memandangku tepat .

" er... " tergagap gagap aku mencari idea mahu menerangkan situasi ini . haih susah nya ! aku mengetap bibir kuat . bagaikan ada jongkong emas dalam mulut .

" sebenarnya saya dan intan medina ni baru berkenalan lepastu kami ingat nak makan kat satu restoran yang jual chicken chop , lamb chop . sebab tu la Ustaz dengar chop chop " Hani Nabila sempat untuk 'cover' situasi sekarang . aku menghembus nafas lega . fuhh

" kamu berdua nak pergi makan ke ? boleh saya ikut sekali ? "

" ustaz ikut sekali ? " soalku serentak dengan Hani Nabila .

" salah ke ? bertiga lebih elok kan ? " lihat dari reaksi wajah nya sangat bersungguh sungguh .

" tapi bukan malam ni kot ustaz . saya kena balik ke rumah sekarang juga . " aku cuba untuk mengelak dari pergi makan bersama Hani Nabila . tak nak aku kang dia letak racun dekat makanan aku mahu tak nya aku mati kat situ .

" la ye ke ... lain kali lah ye ? " Mukhlis ketawa kecil .

" saya minta diri dulu eh ? " aku memandang sekilas ke arah Mukhlis dan melemparkan senyuman yang amat manis . aku menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan masjid itu .

☁☁☁☁☁

☁ - benda ni maksud nya skip ya . maaf author banyak skip sebab nak cepat

sudah hampir 5 bulan aku dan Mukhlis berkenalan . kami pula semakin rapat . Mukhlis kerap menghantar pesanan menanyakan khabar . dia banyak membantu aku dalam pertukaran adikku ke Universiti Islam Antarabangsa


flashback

" jemput la masuk dee dan adik nya . maafla pejabat orang bujang memang macam ni bersepah hehehe " Mukhlis mempelawa kami masuk ke pejabat nya . bersepah apa? kemas ! buku buku tersusun rapi . memang boleh jadi suami ni ! aku dan adam duduk di kerusi yang disediakan di pejabat nya .

" terima kasih la Mukhlis sebab tolong saya dalam pertukaran adik saya masuk ke UIA ni . saya terhutang budi sangat ." aku melemparkan senyuman yang manis kepadanya .

" tidak mengapa la , apa salah nya tolong seorang kawan kan ? "di hujung kata dia ketawa kecil .

wait ,

kawan ?

kawan ?

kawan ?

ohh kawan ohh ok ok ok

" kakak .. " tiba tiba pinggangku dicuit . siapa lagi kalau adik aku ni kan

" oh lupa pula ni adik saya Adam Mikail . dia berminat untuk belajar di sini . senang sikit hati kami sekeluarga , lebih terjaga peribadinya , lebih bagus kawan kawannya " aku menunjuk ke arah adikku dan tersenyum manis , aku menyedari adikku membalas dengan senyuman hambar . terasa kot ? aku tahu sangat dia ni pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan . itu sebab sibuk mahu sambung belajar ke luar negara macam kakak nya .

PILIHAN Where stories live. Discover now