tiga

54 17 3
                                    

☀☀☀☀☀

" minyak kereta sudah penuh ! "

" telekung mama yang dipinjam , selamat dilipat ! "

" air wudhuk sudah diambil dan muka pula disolek nipis . sekarang aku kena berjaga jaga supaya tidak terkentut hehehe "

" semoga masjid itu menjadi saksi pertemuan aku dan Mukhlis sekali lagi ! "

perjalanan dimulakan tepat tepat jam pukul 8 malam . aku menghidupkan enjin kereta dan pandu dengan selamat , tidak tergesa gesa .

aku bercadang untuk bertolak sebelum maghrib . selalu nya mama tidak membenarkan aku keluar pada waktu maghrib . sekiranya mahu keluar , kena tunggu lepas maghrib lah jawabnya kan ? tapi hari ni aku tiada pilihan kerana Mukhlis Naufal bakal berada di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Masjid Negeri . bukan setakat solat disana , bahkan menyampaikan sebuah kuliah agama di situ !

🌙🌙🌙🌙

aku melangkah kaki kanan ke dalam masjid . aku tercari cari akan ruangan saf untuk wanita . tapi aku tidak menjumpai nya . sebenarnya aku tidak pernah menjejaki masjid ini . masuk pun tak . apa tah lagi solat di sini . Solat pun aku selalu tinggal tapi tidak bermakna aku sudah lupa cara untuk solat .

aku naik ke tingkat atas . ya ! sudah jumpa . aku masuk ke ruangan solat . nampak nya imam sudah mula solat . aku masuk ke dakam saf dan aku meletakkan beg telekung ku di depan lalu aku menyarungkan telekung yang aku pinjam dari mama , sekali gus aku mengangkat takbir .

habis solat , aku mengikut imam berzikir dan berdoa ,  aku kekal duduk bersimpuh . Aku ternanti nanti akan bilakah waktunya Mukhlis akan memulakan ceramah di masjid ini . Dalam masa yang sama , aku terpaksa mengawal senyum seronok kerana tidak menyangka ada rezeki untuk bertemu dengan Mukhlis .

aku keluar dari ruangan saf . aku ingin mengambil angin di luar . aku berdiri  5 meter dari sekumpulan jemaah lelaki . aku membetulkan selendang ku yang menutup sebahagian daripada rambutku , aku mengangkat muka memandang ke hadapan . ketika itu  , jelas sekali jemaah lelaki tersebut sudah terpandang pandang ke arah ku . memandang apa ? aku ke ?

aku mula terkebil kebil sendiri apabila menyedari majoriti jemaah lelaki itu memandangku . renungan mereka seperti mahu membaham aku . heh mereka ni manusia ke binatang ?

aku buat tidak tahu sahaja . aku memandang ke arah langit . bintang bertaburan . sangat cantik !

" intan medina ? "

satu suara menyapa ku dari belakang . suara yang amat dikenali ! aku berpaling ke belakang . rupa rupanya Mukhlis berdiri di belakang ku sambil tersenyum manis .

" eh awak ! " aku menyapa dia dengan riang .

" apa awak buat kat sini ? " soalnya .

" oh tadi saya ada ' meeting ' dekat area Shah Alam ni . ' meeting ' pulak habis lambat . jadi saya ambil keputusan untuk berhenti solat di sini " maaf mukhlis aku terpaksa untuk menipu ! bukan selalu kan tipu sunat ?

" bukan , maksud saya apa awak berdiri kat sini ? kenapa tak masuk dalam ? lagipun saya nak masuk ke dalam dan membuat persiapan . " soalnya lagi .

PILIHAN Where stories live. Discover now