" Alhamdulillah jumpa jugak selipar yang elok untuk Mukhlis pakai , kalau tak kena pakai terompah lah jawabnya . " mama membuat lawak dan meletakkan selipar di lantai . selipar itu muat muat sahaja untuk mukhlis . tidak terlalu besar . bersih dan tidak terlalu lusuh .
" okay jom kita gerak sekarang . boleh la kita makan ,minum dan beli kasut " Mukhlis nampaknya akur menurut tanpa banyak soal .
☁☁☁☁
" kita nak pergi mana dulu ni ? Mukhlis nak makan apa ? " mama jelas bersinar cerah wajahnya sebaik memasuki banggunan KLCC . biasa la mama kalau bab membeli belah ni nombor satu !
" kita pergi beli kasut dulu boleh tak ? " mukhlis meminta persetujuan . aku dan mama hanya mengangguk tanda setuju . kami terus masuk ke PARKSON
Mukhlis sangat mudah orang nya , memandang kiri ke kanan , dalam masa lima minit kasut gantian sudah dibeli dan dipakai . kalau aku , buat tawaf dulu kot
" yey ! kasut dah jumpa ! jom pergi makan ! " mama betul betul mengalahkan rasa gembira aku . kami terus mengorak langkah memasuki restoran makanan manis . Kami pergi ke Secret Recipe , bagi memesan kek dan makanan ringan .
" awak suka kek apa ? " aku bertanya kepada mukhlis untuk memesan .
" saya tak kisah , saya makan je " jawabnya .
tiba tiba telefon Mukhlis berdering . dia meminta diri dengan hormat untuk menjawab panggilan tersebut
☁☁☁☁
" saya ada terlepas apa apa ke ? " Mukhlis kembali duduk di meja . dan membetulakan posisi nya
" takde , siapa call awak ? " aku menyuap kek yang aku memesan tadi .
" Hani Nabila . saya ajak dia sekali untuk makan bersama kita " jawabnya .
sekajap . apa ? makan bersama ?
rosak . musnah . hancur ! sakitnya hatiku bila Mukhlis memberitahu perkara itu . Hani Nabila yang kini dibenci olehku akan memunculkan diri ?
nak taknak aku kena memaniskan muka , aku perlu terus senyum walaupun hati ni dah macam gunung berapi nak meletus !
" dee rasa lah kek ni , sedap ! " Mukhlis memesan sepotong Chocolate indulgence . dia menolak pinggan nya pada aku . kalau nak diikutkan , sekarang aku dah terkinja kinja kerana dapat berkongsi makanan bersama lelaki idaman !
tetapi , apabila Hani Nabila hendak datang menyibuk dan nak berkongsi kek ini pastinya aku rasa terseksa . kek yang sedap pun boleh rasa macam air longkang !
Tiba tiba Hani Nabila sudah mendekati meja , salam gadis itu disambut mesra oleh mama . Ya , mama tidak tahu apa yang berlaku antara kami berdua . mama juga tidak tahu yang Hani Nabila adalah pesaing jodohku . Pada ketika itu , aku hanya menggenggam kuat tanganku dibawah meja .
" eh , intan pun ada di sini ? " gadis itu turut menegurku dengan suara semanis gula . waktu itu , aku boleh nampak riak wajah nya yang tersenyum senyum kerana dapat menyibukkan diri antara aku dan Mukhlis .
geram weh geram ! kat mana mana mesti ada dia ! macam syaitan !
" ya saya ada disini , sambil sambil kami menunggu waktu solat maghrib , kami bertiga makan disini " aku menguatkan perkataan bertiga itu dan tersenyum yang penuh ' ejekan ' .
☁☁☁☁
aku pergi ke kaunter untuk membuat bayaran . disebelah ku Mukhlis .
" semua nya berapa ya ? " tanya ku kepada staff disitu
" semuanya RM67.90 " jawabnya
ketika itu aku sudah mengeluarkan dompet dari beg tangan ku tiba tiba Mukhlis laju menghulurkan sekeping RM100 ringgit .
" eh ? biar la saya yang bayar " aku memandang kilas ke arah Mukhlis . Mukhlis pula hanya membalas senyuman .
" takpe , bukan selalu kan ? " dia masih tersenyum .
" bagus nya suami akak ni hahahaha " tiba tiba staff itu bersuara . aku terkedu . what ?! dia ingat aku isteri Mukhlis ? kami berdua hanya diam tidak berkata apa apa . masing masing tergelak dengan apa yang dikatakan oleh staff disitu . yang dibelakang kami pula rasanya tengah tahan geram . ahaks !
☁☁☁☁
ting ! ting !⭐AGENDA YAHUDI⭐
anishodoh
; woi intan nak lepak rumah kaufazlynberuk
; haah dah lama bodoh tak
jumpa .; nak jadi apa kau ni ?
intancantik
ha datang lahsuzy nak ikut sekali ?
suzybele
; mahu mahu !; tapi i sampai lambat sikit
; nak pergi rumah nenek i
dulu .fazlynberuk
; ah ye la tu padahal nak jumpa
Theo kan ?intancantik
theo ? siapa ? kenap aku taktahu papedavid teo ke ? eh takkan lah
suzybele
; eh bukan lah ! nanti kita jumpa
i cerita okayy ?anishodoh
; ha pastu nanti time kitorang nak
cerita simpan sikit kau punya
bele
; menyampah tahu tak ?intancantik
dah diam !☁☁☁☁
kedengaran lonceng rumah ku ditekan . aku terus meluru ke arah pintu untuk membuka pintu untuk mereka . kami semua naik di atas . bilik aku . kalau dibawah takut kacau mama nak tengok TV . kami membuat keputusan untuk duduk di bilik sahaja .
" weh intan ! besar nya bilik kau ! " kata fazlyn sebelum dia melompat ke atas katil ku bersaiz queen .
" kau takde cerita ke dee ? " tanya anis sambil mata nya melihat lihat hiasan di dinding bilikku .
" ok patut la aku bagitahu yang aku ni minat ustaz Mukhlis tu ? " soalku .
" oh bagitahu je lah ! kau ni en cinta ni umpama kentut tahu tak . susah nak dilepaskan sebab malu kan ? tapi bila dah lepas tu peh lega ! bau kebahagiaan ! " aku berkerut kerut apabila anis berkata begitu .
" haah , dee baik kau cakap je " fazlyn yang tadi nya terbaring di atas katil ku kini sudah duduk .
" segan la " aku menggosok belakang tengkuk ku .
to be continue...!
sorry guys ! dah lama tak update . lately ni busy . tapi author cuba cari masa untuk buat hehehe
please jangan jadi silent readers okay ?! tinggalkan vote and comment . bye ! ♡
YOU ARE READING
PILIHAN
Teen Fiction[ON GOING] ' kalau dah jodoh , tak kemana ' aku bukan la yang dia impikan tapi aku cuba untuk jadi seperti yang dia impikan. kehidupan aku dan kehidupan dia sangat berbeza bagai langit dengan bumi bolehkah dia menerima aku sebagai teman sehidup se...