" oh kau budak hingusan ni . kau nak apa ? kenapa kau selalu ada je kat mana mana ?! aku tak kacau kau lah . asal ? kau datang sini nak balas dendam ? so freaking childish " aku mendengus geram . aku cuba sabar dari first , second . aku sabar je aku sabar . ini , ini banyak ni !! daripada semalam ini lagi teruk ni !
" intan... intan dunia ni bukan hanya sebab kau . tiada orang kisah . orang lain pun ada hidup sendiri ! " gadis itu mencebik di hujung kata . tangan ku pula digenggam kuat bila bila masa je lebam muka dia ni .
" kenapa eh ? kenapa Mukhlis jugak yang kau nak dekat ? dalam ramai ramai lelaki dekat dunia ni , kenapa pilih Mukhlis juga untuk dijadikan Suami? dulu kau dah jadi perampas , jangan la kali ni pun kau nak jadi perampas?! jangan kacau bakal suami aku " dia nak aku mengalah ? intan medina takkan mengalah selagi dia tak dapat .
" kalau kau degil nak dekat dengan Mukhlis . aku takkan teragak agak bocorkan rahsia kau . so renung renungkanlah " Amaran itu menjadi kata kata terakhir oleh musuh nombor satuku . kini dia sudah berlalu pergi meninggalkan aku sendirian .
☁☁☁☁
aku kembali ke kafe tadi . nampaknya Mukhlis masih menungguku . haih aku ligat memikirkan kata kata Nur Qalissa tadi ataupun lebih dikenali sebagai Hani Nabila .
" em.. awak , saya rasa saya minta diri dulu . rasa tak sedap badan lah " kataku ke kepada Mukhlis . Mukhlis terus terbeliak matanya apabila aku berkata begitu . yang tadi nya duduk terus berdiri .
" awak tak sihat ke ? jom saya bawa awak pergi klinik . dari tadi saya tengok awak , muka awak pucat je . " Ajakan Mukhlis sungguh lembut ! membuatkan aku memang betul betul cair ! dia sangat mengambil berat !
" takpe takpe saya okay je " aku menolak tawaran nya dengan baik .
" mari lah saya takut apa apa terjadi dekat awak nanti . awak boleh drive sorang sorang ke ? kalau tak , saya boleh follow belakang . " ok sekarang memang dah cair teruk .
" Mukhlis , saya okay " aku melemparkan senyuman yang manis kepadanya . aku memandang ke arah nya , mukanya penuh kerisauan haihh . aku menarik tangan adik ku , dan aku berbisik pada dia .
" dik , sorry eh aku tinggal kau kat sini . balik nanti aku cerita apa jadi " aku bisik ke arah telinga nya . dia hanya mengangguk perlahan .
" Mukhlis , saya minta diri dulu ya ? Assalammualaikum " aku terus melangkah pergi meninggalkan mereka . Aku rasa aku tiada kekuatan langsung ! Aku menahan air mata daripada mengalir . Aku cuba untuk berubah yang lebih baik , tetapi kenapa mesti ada yang dengki ?
aku pulang ke rumah , aku terus menuju ke bilik dan mengurungkan diri . mama mengajak makan , aku tolak , aku taknak . aku kecewa dengan diri sendiri . aku menyesal . aku menyesal sangat sangat .
ting ! ting !
telefon ku berbunyi menandakan ada pesanan dari seseorang ! bibir ku automatik tersenyum hingga ke telinga !
❄❄❄❄❄❄❄❄
Mr.perfect ❤
Assalammualaikum deeawak dah pergi klinik ?
awak dah makan ubat ?
kalau awak dah makan . duduk rehat
sahaja ya ?itu je saya nak cakap Assalammualaikum .
❄❄❄❄❄❄❄❄❄
YOU ARE READING
PILIHAN
Teen Fiction[ON GOING] ' kalau dah jodoh , tak kemana ' aku bukan la yang dia impikan tapi aku cuba untuk jadi seperti yang dia impikan. kehidupan aku dan kehidupan dia sangat berbeza bagai langit dengan bumi bolehkah dia menerima aku sebagai teman sehidup se...