" tapi kan awak , ibu awak tahu ke pasal ini ? " aku pun tertanya tanya. dia terus melamar aku untuk menjadi isteri kepadanya . tetapi ibunya setuju ke dapat menantu macam ni ?
" haihh dee dee , saya hidup sebatang kara je dee . mak ayah saya meninggal semasa saya berusia 15 tahun akibat kemalangan . saya tiada adik beradik . saya anak tunggal . mungkin waktu ini la yang paling sesuai untuk hadirkan orang baru dalam hidup saya , iaitu awak dee . " dia mengukir kan senyuman yang amat manis kepada ku . haih , mulut ini twrasa berat untuk berkata apa apa . aku terdiam seribu bahasa . ini ke Mukhlis selama ni ?
" kenapa awak diam je ni ? saya keluar dulu la mungkin keadaan awak tak berapa baik , saya bagi awak masa untuk bersiap dan tukar baju ya ? Assalammualaikum " Mukhlis bingkas bangun dari duduk nya di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil dan terus menuju ke pintu keluar bilik .
aku mengenakan badan ku dengan sepasang baju kurung cotton bercorak bunga . nasib baik la tadi mama bawa baju kurung . nampak la ayu sikit aku ni ahaks! dan selendang putih diletakkan di atas kepala . kali ni jambul tak terkeluar lagi !
aku terus menarik pintu bilik iaitu tanda tiba masanya untuk aku keluar dari hospital ini . kelihatan Mukhlis sedang duduk di kerusi yang berada di luar bilik sambil membaca al-quran menggunakan smartphone nya .
Ini la yang aku impikan selama ni ! yang dapat membimbing aku !
aku terus pergi ke arah dia dan menegurnya lembut..
" Assalammualaikum awak " menegurku lembut ala ala gadis melayu terakhir gitu .
" Waalaikumussalam.. " Mukhlis terus mengangkat muka dan terus memandang ku pelik . Pandangan yang penuh makna . sampai mata pun tak berkelip lah !
" hello ? Mukhlis , awak okey ke tak ni ? " aku melambai lambai tangan ku di depan mukanya.
" ye ye saya okay hahaha . awak nampak lain dan cantik " diakhir kata Mukhlis tertawa kecil . aku pun ikut bersama dan menafikan apa yang dikatakan oleh nya.
" jom la kita pergi kaunter tu . lepastu saya hantar awak balik ye ? " aku mengganguk perlahan tanda setuju kepada nya .
♤SKIP♤
kereta yang dipandu oleh Mukhlis Naufal telah sampai didepan rumah ku . aku membuka perbualan untuk memecahkan suasana yang sunyi .
" em Mukhlis , terima kasih hantar saya ni . awak dah banyak tolong saya . terima kasih banyak banyak " aku berkata dengan teratur agar nampak sopan dimatanya hihi .
" Dee, saya ikhlas buat semua ni . tidak mengapa , kalau awak perlukan pertolongan , awak call je saya ye ? saya selalu ada untuk awak " Mukhlis memandang ku tepat . pandangan yang penuh keikhlasan . Dia memang serious nak kahwin dengan aku ke ?!
" baiklah , saya minta diri dulu ya ? terima kasih sangat . Assalammualaikum "
" baik , jaga diri ya ? Waalaikummussalam.. "
aku keluar dari perut kereta yang dipandu oleh Mukhlis dan menuju ke pintu pagar rumah ku . Aku membukanya dan terus menuju ke pintu rumah dan mengetuknya .
pintu itu dibuka oleh adik kesayangan ku sendiri , Ya Adam .
" KAKAK AKU DAH BALIKKK !! " adam terus memeluk ku erat . haih kemain eh kau dik .
" ye kakak kau dah balik . macam mana Universiti baru ? " aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa .
" okey je kak ! sekejap , dengar dengar ada orang tu melamar kau ? ada juga nak dengan kau ni kak " dia memandang ku dengan pandangan yang penuh ejekan .
" eh kau patut beruntung la kau tak langkah bendul . " kataku
" eh jap , kau dah setuju ke nak kahwin dengan dia ? "
" I said yes to him "
" GILAAAAA K DAH BAU NASI MINYAK " Adam pula yang teruja bila aku akan berkahwin . Macam macam la kau ni dik.
" Dah la akak naik atas dulu lah . malam nanti kita borak lagi , rindu kat adik akak sorang ni ! " aku mencubit pipi nya lalu terus berlari menuju ke tangga sebab aku tahu dia tak suka orang cubit pipi dia !
♤ SKIP ♤
" MASUK LAAA PINTU TAK KUNCI PUN !! " jeritku . kedengaran ada seseorang telah mengetuk pintu tu buat beberapa kali . tiba tiba pintu itu dibuka perlahan dan didatangi oleh Anis , Fazlyn dan Suzy
" Ya Allah ya tuhan ku ! dah lama nau aku tak jumpa kau dee ! " anis berlari pantas ke arah ku lalu memelukku dengan erat .
" eh tolong la lepas lepas ! korang ni kenapa tak cakap nak datang ? ni kenapa korang masuk je ? siapa buka kan pintu untuk korang ni ? " soalanku yang bertubi tubi membuatkan mereka tertawa kecil .
" haih dee dee , Adam adik kau tu ha tolong buka kan pintu kitorang bila kitorang sampai je kat depan pintu rumah kau . " Fazlyn mengeluh perlahan .
" hey , katanya ada orang tu melamar kau ? cincin mana cincin ? " kawan karibku yang berbangsa cina ini mengjongket jongket kening nya ke atas .
" ish kau ni sibuk kan ? datang sini semata mata nak tahu pasal tu la tu . " aku dah dapat mengagak yang mereka datang sini tiada niat lain . aku pantas menujukkan cincin yang berada di jari manis ku . sungguh cantik cincin itu . tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar . muat muat sahaja dengan jari ku yang kecil ini . kenapa aku pakai ? orang dah bagi takkan la taknak pakai kan ? hahaha lagipun mama telah bertuju dengan niat sebenar Mukhlis mendekati diriku adalah untuk menjadikan aku yang sah disisi nya .
" weh cantik gila cincin ni ! " kata anis dengan nada yang tidak puas hati
" untung la ada orang nak . aku masih menyendiri " fazlyn yang tidak putus putus berkata dirinya seorang yang 'loner' padahal dia sudah berpunya iaitu Zarith namanya . mereka sudah 5 bulan berkenalan .
" lyn , berhenti berlakon please . menyampah ok ! " suzy berkata dengan dialek cinanya . tapi memang betul pun . menyampah . cuba bersyukur ada orang nak ! ramai lagi perempuan yang di luar sana inginkan pasangan !
" so, bila nak langsungnya ? " kata anis
" entah kitorang tak decide lagi . korang rasa bila ? "
" ESOKKKKKK " jerit mereka bertiga serentak
" kepala hotak kau la esok . nak kahwin kat mana kalau esok? " soal ku
" golok la "
" dah la pergi mati " aku berkata sambil membuat muka hambar.
to be continue..
hai assalammualaikum buat apa tu ? Salam ramadhan al mubarak guys. puasa puasa ni kawal la nafsu anda semua ya ? minta maaf la sebab update lambat takde sapa nak sumbang kan idea adu ok la jangan jadi silent readers k . selamat berpuasa ☁️
YOU ARE READING
PILIHAN
Teen Fiction[ON GOING] ' kalau dah jodoh , tak kemana ' aku bukan la yang dia impikan tapi aku cuba untuk jadi seperti yang dia impikan. kehidupan aku dan kehidupan dia sangat berbeza bagai langit dengan bumi bolehkah dia menerima aku sebagai teman sehidup se...