aku segera pulang ke rumah . aku menghempaskan badan ku di atas katil ku bersaiz queen .
hari sungguh memenatkan ! tapi tidak mengapa , aku sudah jumpa Mr.perfect yang dicari selama ni ! ahaks .
kad bisnes mukhlis yang diberikan kepada ku , aku keluarkan dari beg tangan ku . butiran kad bisnes itu aku ulang . seakan akan aku mahu menghafal semua yang dicetak diatas kad itu .
Muhammad Mukhlis Naufal bin Ahmad , alahai.. nama nya pun dah cantik apatah lagi empunya nama ya Allah !
" Muhammad Mukhlis Naufal dan Intan Medina . pehh memang padan la . confirm boleh jadi couple of the year ! kalah anugerah couple meletop tu kahkah " aku berbicara sendiri . di akhir kata aku ketawa kecil . sudah lama tidak mengalami perasaan suka terhadap kaum lelaki ni .
ok sekarang aku ada misi ! misi untuk memikat Mr.perfect berkopiah bernama Mukhlis . impian untuk mempunyai suami yang sempurna , beriman , dan mampu membimbing di dunia dan akhirat .
aku harap sangat yang Mukhlis juga ada perasaan yang sama . harapnya dia menghargai kad bisnes yang aku hulurkan tadi .
" dia ni taknak call aku ke ? busy sangat ke bakal suami aku ni ? tak fikir ke bakal isteri kat sini ? " alahai aku sudah dilanda angau ! baru pertama kali berjumpa , aku sudah berfikir untuk berumah tangga dengannya ? behave dee ! kalau dia tak suka kau , kau yang kecewa !
aku memerhati iphone 7 plus yang berada di sebelah ku . haih dia taknak call ke ? aku bangun dari baring ku lalu aku menuju ke tandas .
selasai keluar dari tandas , telinga ku menangkap satu lagu . ya , Gucci Gang by lil pump . kedengaran dari arah telefon ku . aku berlari lari anak menuju ke katil
" Mr.Perfect ❤ "
nama itu terpampang di atas skrin iphone 7 plus milikku . dia call woi ! woi dia call ! aku angkat panggilan itu dengan pantas sekali .
" assalammualaikum , dee "
' weh sedap gila suara eh takguna betul mamat ni ' bisik hati kecil ku .
" waalaikummussalam ye encik mukhlis ? ada apa eh call " aku cuba menahan untuk menjerit kegembiraan . weh bakal suami call weh agak a , ok aku dah bau nasi minyak .
" awak dah sampai rumah ke ? " soalnya
" dah " jawabku ringkas dan padat.
" nak tanya boleh tak ? "
" untuk awak semua boleh " dihujung kata aku ketawa kecil . heh gedik jugak aku ni .
" lusa awak free ? "
aku terkedu . aku tidak bersuara seketika . weh dia nak ajak aku keluar ke ? nak pergi cari baju kahwin ke ?
YOU ARE READING
PILIHAN
Teen Fiction[ON GOING] ' kalau dah jodoh , tak kemana ' aku bukan la yang dia impikan tapi aku cuba untuk jadi seperti yang dia impikan. kehidupan aku dan kehidupan dia sangat berbeza bagai langit dengan bumi bolehkah dia menerima aku sebagai teman sehidup se...