Di bawah pangkin pokok rambutan yang baru hendak berputik, Auni sedang melayan perasan. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa menampar pipinya yang licin tanpa sebarang mrs.j aka mrs jerawat. hihi...
"Aduh, bosannya. Nak buat apa yek?" keluh Auni sambil menggaru-garu dagunya yang acah-acah ada janggut tu. Dia memikirkan apa yang ingin di lakukan petang ini.
"Hummm, pergi umah ummi nak?Auni mengomel sorang-sorang. Hummm,malasla. Nanti ganggu ummi pulak.
"Haii, berangan jela dekat sini. Mana tahu tiba-tiba nampak Wanns Ahmad lalu, bolehla aku muncul dalam rancangan aroma tradisi dia,hihihi"
gelaknya di dalam hati. Otaknya yang semakin senget semenjak habis sekolah ni membuatkan dia semakin mengarut. Terang-terang hos aroma tradisi tu tak akan ada kat kampung ni. Dia pun baring sambil tangan di bawah kepala dan kaki terjuntai-juntai menari-menari di bawah. Matanya melihat awan berkepul-kepul di dada langit.Teringat dia semasa zaman kecil- kecil dahulu. Ummi Kalsom merupakan jiran belakang rumahnya. Dia sudah menganggap ummi seperti mak kedua baginya. Yela, jarak rumah mereka hanya sepuluh langkah sahaja. Kalau kentut pun boleh dengar. Eh yeke?ke kentut aku je kot. hahha. Gelak Auni. Auni selalu pergi ke rumah Ummi. Bukan selalu, tetapi hari-hari sebenarnya. Tak pagi, tengah hari, tak tengah hari, malam. Kadang-kadang tu sampai tidur sana pun ada. Ummi kalsom dan arwah abi Ahmad sudah menganggap dirinya seperti anak perempuan mereka sendiri. Kebetulan ummi hanya ada seorang saja anak iaitu anak lelaki. Haiqal Nurhan namanya. Beza umur kitorang hanya empat tahun sahaja.. tapi Ya Allah, pemalu gila mamat tu. Tengok muka aku yang cun ni pun tak nak. Suara tak payah cakapla. Macam orang bisu. Kepala pulak tunduk je. Nak je aku letak tiang depan dia masa dia lalu. Lepastu mesti bertelur aka benjol di dahinya sebab terlanggar. haha..gelak Auni dalam hati..masa kecil-kecil Auni suka menyakatnya...
Muka dia hensamla aku tengok dari tepi..depan tak dapat kan.. dah macam serupa orang jepun je..bagi hormat menunduk.. mungkin jugak sebab dia sekolah agama...itu yang dia malu dan sangat hormat kepada orang... memadang orang yang bukan muhrim kan berdosa...pernah sekali dia bertanya kepada emaknya yang Haiqal tu spesis kunyit ke...?dan maknye menghadiahkan telur dua biji di atas kepalanya hasil ketukan senduk yang kebetulan maknya sedang masak..dan yang paling gerun... jelingan burung helang wiston... lari dia menyelamatkan diri sebelum maknya bertukar menjadi hulk.. semenjak itu..dia tak pernah lagi bertanyakan lagi soalan macamtu pada maknya.. lagi-lagi maknya pun sayang kepada Haiqal..anak laki dialah katakan....huhuhu
Bila teringatkan arwah abi... hatinya merasa sayu sangat...tak dapat lagi dia menumpang kasih dan merasai kasih sayang seorang ayah...arwah abah pula dah lama pergi...masa tu dia kecil lagi...tak faham apa-apa...Arwah abi meninggal dunia dua tahun yang lepas akibat serangan jantung... masa tu Auni tengah mengambil kertas akhir PMR tingkatan tiga..pulang saja dari sekolah dia melihat ramai orang di belakang rumah... tanpa sempat dia menyalin baju sekolah...dia segera pergi ke rumah ummi..di muka pintu dia terpandang muka ummi yang sembap akibat menangis terlalu teruk dan emak sedang menenangkannya..Auni masuk dan terlihat di suatu sudut
sekujur tubuh yang sudah siap di kapankan...Auni tergamam...Auni segera menerpa ke arah ummi.. ummi yang melihat dia terus memeluk dan berkata abi dah tak dah Auni...abi dah tinggalkan kita..aku memeluk ummi sambil mengusap belakang badannya..."sabar ye ummi..Auni kan ada..haiqal ada..mak ada.." hanya itu yang mampu aku luahkan sekarang sambil aku berzikir dalam hati untuk tabah menghadapi dugaan ini dan tanpa sedar air mataku menitis satu persatu dan semakin laju..
Di kejauhan Haiqal melihat Auni menangis...ye..gadis yang kasar.. tidak pernah menangis..tapi harini terlihat kelembutan hatinya sebenar..walaupan abi hanya ayah angkat..tapi dia tahu... keikhlasan kasih sayang Auni terhadap abinya sebagai anak tidak dapat di gambarkan...Dia memang kasihan dengan hidup Auni yang sangat dahagakan kasih sayang seorang ayah kerana kehilangan abahnya ketika masih kecil...
Haiqal mengesat air matanya dengan hujung baju melayunya... di segera pergi membantu mengangkat jenazah arwah abinya untuk di kebumikan...
kini..tinggalla dia berdua dengan umminya...dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjadi anak yang baik dan menjaga umminya sehingga ke akhir hayat...moga abi tenang di sana ya...aminn..
.............................P/s:bab ni sedih la sikit...harap sudi-sudilah korang baca cerita sis dan vote...t.q😙😙😙
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Short Story"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...