"Mak.. Haiqal.... Auni dah buat keputusan. Auni bersetuju untuk berkahwin dengan Haiqal tapi dengan tiga syarat..." Auni berkata sambil memandang dua pasang mata yang tergamam selepas mendengar keputusannya..."Auni sayang... Auni ok tak ni... kepala Auni ada terhentuk kat jalan ke tadi??? Kita pergi hospital nak buat x'ray???" Mak Leha bertanya kepada anaknya dengan perasaan risau.
Mak... Auni ok... Auni tak apa-apa..
Auni dalam keadaan sedar membuat keputusan ini.. Mak jangan risau ye.. Biarla Auni dengan Tuhan sahaja yang tahu kenapa Auni buat keputusan ini.... Mak Leha menganggukkan kepala tanda faham mendengar kata-kata Auni. Kalau itu keputusan anaknya dia menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.....Haiqal yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara..
"Baiklah... apa syarat-syarat awak??" Tanya Haiqal kepada Auni....Ok... dengar betul-betul ya... syarat-syaratnya ialah: -
1) kita akan berkahwin masa cuti sekolah hujung tahun ni. Biar aku lepas peperiksaan aku dahulu pastu baru kita akan uruskan pasal kahwin.
2) Aku taknak mengandung selagi aku belum capai cita-cita aku. Maksud aku..aku nak belajar sampi U... dah graduate baru pikir pasal anak
3) Akhir sekali aku tak boleh janji yang aku akan laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna. Harap kau faham dan tiada paksaan
Mak Leha terkejut mendengar syarat-syarat mengarut dari anaknya... Hatinya agak kecewa... Nampaknya, lambat lagilah dia dapat menimang cucu. Anaknya sudah gila agaknya.. Tergeleng- geleng kepalanya mendengar semua ini....
Haiqal pula hanya tenang mendengar syarat yang di berikan. Dia langsung tidak terkejut mendengar syarat-syarat tersebut. Dia dapat menjangkakan semua itu. Dia redha. Lagipun dia faham Auni masih muda dan masih jauh perjalanan hidupnya.
"Ummm...macam mana Qal??? Kau boleh ke tunaikan??" Auni bertanya sambil menjongket-jongketkan keningnya... sebenarnya idea syarat-syarat tersebut terlintas di kepalanya secara tiba-tiba. Dia pun tidak tahu macam mana dia boleh terpikir semua itu. Pengaruh drama melayu agaknya..hihihi
"Baiklah.. saya setuju. Saya juga ada syarat untuk awak tapi saya akan beritahu awak selepas kita nikah nanti..." Kata Haiqal sambil tersenyum.
"Haiiii...peningla kepala mak dengan korang berdua ni. Kahwin bersyarat bagai.. Jangan bila dah tiba masa nak kahwin... korang kata tak jadi dahla.
Mak kurung korang dalam reban ayam... Ingat tu!!!" Ugut Mak Leha sambil memicitkan kepalanya memikirkan tingkah mereka.Auni hanya menjongketkan bahu. Whateverlah!!!!... Dia kemudian meminta diri masuk ke bilik untuk berehat.Haiqal pula meminta diri untuk pulang setelah semuanya selesai. Dia tidak pergi mengajar hari ini selepas apa yang terjadi tetapi dia sempat memaklumkan kepada pengetua tentang ketidakhadirannya agar senang memberitahu kepada guru lain untuk menggantikannya...
Tengah malam itu Auni tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Tidurnya tidak lena malam ini. Mungkin jugak sebab lukanya kadang-kadang terasa berdenyut-denyut walaupun sudah makan ubat. Auni termenung sambil memandang syiling rumahnya.. Matanya segar seperti tidak mahu tidur kembali. Otaknya mula memikirkan apa yang terjadi petang tadi...Semuanya bagaikan mimpi ngeri. Allah melindungi dirinya... Dia terlupa untuk berterima kasih kepada Haiqal. Kalau tiada Haiqal tadi.. tah apa jadi pada dirinya.... Dia teringat perbincangan tadi. Betul ke keputusan aku ni????? Boleh ke aku nak hidup dengan dia???? Boleh percaya ke dia tu akan ikut semua syarat-syarat aku ni???? Arghhhh... serabut!!serabutttt!!!!!
Lalu Auni bangun dan pergi mengambil wuduk untuk melakukan solat istikharah dan solat hajat.. Di tengah malam yang penuh sunyi sepi... dia bersujud kepada Allah S.W.T agar di beri petunjuk dan memohon keputusan yang telah di buat adalah keputusan yang tepat... Dia juga memanjatkkan kesyukuran kerana dirinya di lindungi Allah dah maruahnya terselamat dari di noda manusia yang di rasuk syaitan
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Short Story"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...