"Astaghfirullahaladzim Ustaz Haiqal, ustazah Sheila apa semua ni!!! " Ustaz Syukor selaku pengetua di sekolah itu terkejut melihat situasi yang mengaibkan di depan matanya.... Ustaz Haiqal dan Ustazah Sheila tergamam di sergah oleh pengetua yang muncul secara tiba-tiba di hadapan pintu kelas tersebut....
"Pengetua, tolong saya!!!! Ustaz Haiqal cuba nak rogol saya....
uhukkkkk...uhukkkkkk....." Ustazah Sheila menangis teresak-esak sambil memeluk kedua-dua lengannya yang terdedah lalu menundukkan kepalanya antara dua lutut kerana malu..... (imaging sendiri la ye...hihi) Di dalam hati Ustazah Sheila dia sangat bersyukur kerana pengetua datang tepat masanya... Nampaknya rancangannya menjadi semakin hebat!!!Ustaz Haiqal!!!! Saya tak sangka awak sanggup buat perbuatan terkutuk ni! Awakkan sudah beristeri! Awak sebagai pendidik sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk murid-murid.. ini tidak!!!! Semua orang di sekolah ini mengenali awak dengan sifat yang terpuji tapi sebenarnya awak ni manusia bertopengkan syaitan!!!! Pengetua Syukor menghemburkan kemarahannya sambil menggelengkan kepalanya kerana tidak percaya dengan semua ini... Tidak penah lagi dalam sejarah sekolah ini terjadi hal seperti itu....
"Tidak pengetua... saya di fitnah!!! Ustazah Sheila yang cuba mengoda saya dengan memeluk saya dari belakang... baju itu dia sendiri yang koyakkan!!! " Haiqal cuba menegakkan keadilan...
" Tipu pengetua!!! Takkanla saya sanggup buat semua itu! Saya malu pengetua! Kalau pengetua tak ada tadi tak tahula apa jadi pada saya! Maruah saya!!!" Ustazah Sheila semakin menangis dengan kuat...
Ustaz masih nak menafikan dengan bukti semua ni.. Baju ustazah Sheila koyak! Rambut serabai! Menangis! Tak mungkin Ustazah Shiela tergamak buat semua ini! Ustaz Syukor tersenyum sinis..
Kebetulan ustazah Hidayah yang baru ingin pulang mendengar kekecohan yang berlaku...Pengetua yang melihat Ustazah Hidayah segera memanggilnya.."Ya Allah... kenapa ni???" Ustazah Hidayah juga terkejut melihat semua ini...
Nanti saya ceritakan. Sekarang Ustazah Hidayah tolong ambilkan kain untuk menutup badan Ustazah Sheila yang terdedah itu. Selepas itu Ustazah telefon isteri Ustaz Haiqal untuk datang ke masjid... Kita akan nikahkan Ustaz Haiqal dan Ustazah Sheila lepas isyak malam ini jugak!!! Kata Ustaz Syukor dengan tegas.
Ustazah Hidayah hanya menganggukkan kepala mendengar keputusan pengetua. Dia mengambil telekung di dalam beg galasnya dan di pakaikan ke Ustazah Sheila... Dia terlihat senyuman kepuasan di bibir ustazah Sheila..Geram pula dia melihatnya!!!! Dia melihat sekali imbas wajah Ustaz Haiqal yang keruh itu. Dia tahu pasti ini kerja Ustazah Sheila.. Dia mesti mencari keadilan... Dia kasihan melihat ustaz Haiqal di fitnah sebegitu. Dia tahu Ustazah Sheila tergila-gilakan Ustaz Haiqal dari dulu lagi....Tiba- tiba dia terpandangkan sesuatu...
"Yesss!!!! Mungkin ini mampu menjelaskan segalanya............."
..................................................
Di rumah Mak Leha, Auni asyik mundar mandir menunggu suaminya pulang...Mak Leha yang duduk di sofa menjadi pening melihat tingkah anaknya...
"Auni... cuba duduk, pening kepala mak di buatnya tengok kamu ke hulu ke hilir depan mak...cuba sabar ... kejap lagi balikla si haiqal tu. Agaknya ada hal penting di sekolah kot... itu yang dia lambat..." pujuk Mak Leha...
Akhirnya Auni duduk di sebelah emaknya dengan muka yang masam...
"Eee...tadi dia jugak suruh kita siap cepat-cepat lepastu dia yang balik lambat.orang telefon pun tak nak angkat! Huh! " Auni meluahkan perasaan hatinya sambil cuba mendail nombor telefon Haiqal tapi hanya deringan sahaja berbunyi tidak bersambut....Lalu di campakkan telefonnya di sofa... Nasib tidak jatuh ke lantai.. Mak Leha yang melihat perangai anaknya hanya menggelengkan kepala....Baru sahaja Auni ingin bangun untuk ke depan pintu melihat kelibat kereta Haiqal tiba - tiba telefonnya berbunyi....
Kring...kring....
Dia segera mencapai telefonnya... ehh... no siapa ni... katanya dalam hati dan tiba-tiba hatinya berdebar-debar... lalu dengan teragak-agak dia menjawab panggilan tersebut...
Assalamualaikum.. ye.. saya Auni... Ohh.. ustazah Hidayah.. kenapa ye???
Apaaaa!!!!!!!! Lalu Auni pengsan dan sempat di sambut Mak Leha dan di letakkan di sofa. Lalu Mak Leha mengambil telefon tersebut dan mendengar apa di perkatakan oleh pemanggil tersebut...
"Haiqal.... apa semua ni nakkk!!!!" Mak Leha mengurut dadanya...........
.............................................
Thanx yang sudi baca...vote nak komen cerita sis... sis harap korang teruskan support cerita sis ye...😘😘😘😘
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Short Story"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...