" Ummiii... bangunlah... dah lama sangat ummi tidur. Auni rindu sangat dekat ummi tau. Rindu nak dengar suara ummi...senyuman ummi... Ummi tak rindu dekat Auni ke ? " Auni mengelap tangan ummi Kalsom dengan kain basah sambil meluahkan perasaan. Dia tahu umminya mendengar walaupun tidak memberi tindak balas. Sesekali dia mengesat air matanya yang menitis setiap kali memandang wajah umminya... Sudah dua minggu dia menjadi tetamu setia di bilik itu. Setiap kali dia balik daripada sekolah dia akan bersiap-siap ke hospital pula. Apabila hari cuti dia akan bergilir-bergilir dengan Qal untuk menjaga umminya. Jadi bolehla Haiqal pulang ke rumahnya sebentar untuk merehatkan badan dan mengambil keperluannya. Dia tahu Qal tidak selesa tidur di situ walaupun di sediakan sofa panjang di di dalam bilik itu.
Tokk...tokk...tokkk
Haiqal memberi salam dan masuk... Dia melihat Auni sedang mengelap badan umminya. Dia berkira-kira untuk keluar semula kerana rasa tidak manis mereka berdua-duan di dalam bilik itu tapi sempat di halang oleh Auni...
" Ehhh.. Qal masuk jela. Awak nak pergi mana tu? Awak jangan risaula.. mak saya ada dalam bilik air tu" Auni memuncungkan mulutnya dengan menunjukkan arah bilik air sambil memandang kepada Haiqal. Dia faham mesti Haiqal tidak selesa. Dia pun rasa janggal kalau mereka berdua sahaja di dalam bilik itu... Ummi Kalsom sudah dua minggu di pindahkan di bilik wad Vip ini selepas melepasi tahap kriktikalnya. Cuma dia masih dalam keadaan koma. Dokter meminta kami bersabar dan berdoa semoga ummi cepat sedar dari komanya...
Haiqal berasa lega mendengar penjelasan Auni... Dia menganggukkan kepala dan mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan Auni. Dia hanya melihat sekilas gadis itu lalu memandang ke tempat lain. Dia sebenarnya baru balik dari kantin tadi. Perutnya pedih kerana dari pagi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Dia pun tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Dia memang sudah mengagak Auni sudah sampai ke hospital kerana sudah sampai waktu untuk melawat pesakit...
Mak Leha kemudian keluar dari bilik air selepas mencuci buah-buahan yang di bawanya tadi. Dia melihat Haiqal sudah ada di dalam bilik itu..
"Haiqal pergi mana tadi? Solat di surau ke?" tanya Mak Leha sambil meletakkan buah- buahan di tepi meja di sebelah katil pesakit..
" Eh..tak la mak. Haiqal pergi ke kantin tadi mak. Perut ni pedih pulak mintak di isi." jawab Haiqal dengan penuh sopan
" La...yeke. Ni mak ada bawakan makanan untuk Haiqal. Buah ni pun. Haiqal makan ye nanti. Haiqal...
kesihatan tu kenalah jaga. Jangan abaikan. Nanti kalau dapat gastrik kan ke susah. " nasihat Mak Leha dengan wajah yang agak risau" Ye mak. Haiqal mintak maaf. Lepasni Haiqal takkan buat macam ni lagi. Terima kasih mak sebab ambil berat sangat dekat Haiqal dan susah-susah bawakan Haiqal makanan." Kata Haiqal dengan hati penuh terharu
Mak Leha menganggukkan kepala sambil tersenyum.. Auni hanya mendengar perbualan mereka sambil menghabiskan kerjanya. Dalam hatinya dia kasihan melihat Haiqal yang sangat risau memikirkan umminya sampaikan dia lupa tentang dirinya sendiri
...........................
Hari ini merupakan hari sabtu. Sudah sebulan lebih ummi koma. Malam tadi giliran Auni menjaga umminya... Pagi itu selepas dokter datang membuat pemeriksaan seperti biasa, dia mengelap badan umminya seperti biasa. Mulutnya sentiasa berceloteh seolah-olah ummi sedang bersembang dengannya. Dokter sudah berpesan kepada mereka semua agar sentiasa berinteraksi dengan umminya kerana umminya dapat mendengar walaupun dalam keadaan koma. Semasa Auni sedang mengelap tangan umminya tiba-tiba dia terasa jari umminya bergerak. Mulanya dia ingat hanya imaginasinya sahaja tapi lama kelamaan makin kuat gerakan itu. Dia terdengar suara umminya sedikit. Auni segera menekan loceng kecemasan di tepi katil umminya. Seketika kemudian dokter dan jururawat datang.
Dokter...jari ummi saya bergerak... ummi saya dah sedar ke dokter??? Saya dengar suara dia tadi.. Auni berkata sambil mengalirkan air mata.
Jururawat itu menyuruhnya keluar sebentar dan menunggu di luar untuk mereka membuat pemeriksaan lebih lanjut pada umminya.
Semasa dia keluar dari bilik itu kebetulan Haiqal sampai bersama Mak Leha..
"Makkk...Qal.... ummi dah sedar!!! Jarinya bergerak-gerak tadi. Sekarang dokter tengah cek kat dalam" kata Auni dengan penuh teruja
Ya Allah.. alhamdulilah. Mak Leha dan Qal yang mendengar perkembangan itu memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi.. Auni tergamam melihat senyuman yang paling manis di wajah Qal.. Selama ini dia tidak pernah melihat Qal senyum sebegitu manis... Hummm... hensemnye dia... terserlah lesung pipitnya bila dia senyum..(sempat lagi ye kau Auni😑)
Lima belas minit kemudian dokter dan jururawat pun keluar...
Macam mana dokter dengan ummi saya?? Tanya Haiqal. Auni dan Mak Leha juga tidak sabar mendengar keputusan dari dokter
Alhamdulilah.. mak awak dah sedar sepenuhnya. Cuma dia perlukan pemantauan yang lebih lagi dalam beberapa hari ni.. kata dokter Syakir yang merawat umminya dulu. Okla...kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu..
Terima kasih dokter... Haiqal bersalam dengan dokter tersebut sebelum dokter itu berlalu pergi. Dia bersyukur sangat mendengar berita itu. Mereka tidak sabar untuk masuk dan berjumpa dengan ummi.
Haiqal....Auni.....Leha...... terdengar suara ummi dan terlihat senyuman manis dari bibir pucat ummi Kalsom....senyuman dan suara yang terlalu mereka rindukan........................
................................................
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Storie brevi"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...