Bab 27

5.6K 176 0
                                    

"Ktong......ktong....tong......."

Haiqal tersedar dari lena mendengar bunyi itu.. Dia melihat jam di dinding lantas bangun menuju ke bilik air membersihkan diri untuk ke masjid...

"Assalamualaikum sayang..bangun... abang nak pergi masjid ni..." Haiqal membisikkan di telinga Auni yang masih nyenyak tidur.... dia meniup-niup di telinga isterinya... Auni yang terasa di ganggu mengibas-ngibas tangan di telinganya seperti menghalau nyamuk yang sedang menyanyi ditelinganya... Haiqal ketawa kecil melihatnya dan mengulanginya lagi... Akhirnya Auni mengalah dan cuba mencelikkan matanya... Matanya terkebil-kebil melihat suaminya... Ohh... "nyamuk jantan" rupanya yang menganggu dia tidur....

"Ee....abang ni... kacau je Auni tengah syok-syok mimpi dengan putera raja tau... Dah pukul berapa ni bang?? Dah subuh ke?" Auni bertanya dalam keadaan mamai.. Matanya di pejam celik beberapa kali untuk melihat wajah suaminya dengan lebih jelas... Dia bangun lalu menyandarkan badannya di badan katil....

Dah pukul 5.15 pagi sayang. Amboi... kemain lagi mimpi dengan putera raja... Habis abang yang handsome ni nak letak mana? Haiqal berkata sambil menarik hidung isterinya...
Auni ketawa manja mendengar
kata-kata suaminya.. Tadikan masa abang bangun terdengar bunyi orang ketuk kantong.. Agaknya ada orang meninggal kot...Haiqal memberitahu kepada Auni... Auni hanya menganggukkan kepala mendengar cerita Haiqal... Matanya masih kantuk...Jadi sel-sel otaknya masih belum berhubung dengan baik...

Abang pergi dulula ye..Abang takut tergoda tengok sayang terlebih seksi pagi ni.. kalau ye pun nak goda abang tunggula abang balik sembahyang dulu..... Haiqal berkata sambil mengenyitkan matanya...Auni yang baru terperasan selimutnya terselak menampakkan pehanya yang putih itu segera membetulkannya.. Pipinya sudah merah kerana malu di usik begitu... Dia lantas menarik selimut untuk menutup seluruh wajahnya...
Haiqal ketawa melihat telatah isterinya..Dia kemudian mengatur langkah untuk ke masjid... sempat lagi dia berpesan di muka pintu supaya Auni jangan lupa untuk mandi wajib.. Auni yang mendengar dari dalam selimut hanya mempu mengetap bibirnya menahan rasa.... Dia terdengar ketawa suaminya dari luar...

Selepas Auni mendengar deruman kereta Haiqal berlalu pergi barulah dia berani membuka selimutnya.. Bibirnya tersenyum apabila teringatkan kembali apa yang terjadi semalam... "aduhhh... malunya.." Terasa bahang mukanya..Lantas dia bangun mengutip pakaian yang bersepah dan segera ke bilik air membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta.....

..................................................

Pagi itu hampir pukul 7.00 pagi barulah Haiqal pulang dari masjid.. Auni yang berada di dapur sedang sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka... Hari ini dia memasak mee goreng sotong basah dan telur mata makanan kegemaran suaminya...

"Assalamualaikum....."

"Waalaikumsalam... eh,lambat abang balik...?Ada orang meninggal ke?" Tanya Auni sambil meletakkan teh o' panas dia atas meja... Haiqal menuju di meja makan... Aroma bau mee goreng sotong membuatkan perutnya menjadi lapar.....

"Ummmm... sedapnya bau... Pandai dah isteri abang ni masak.... Dah, jom makan sama-sama... Abang dah tak sabar nk makan ni..." Haiqal menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya...

Auni tersenyum mendengar pujian suaminya.. Ini semua hasil dia belajar memasak dari emaknya. Dia lalu duduk di sebelah suaminya selepas selesai menyediakan semuanya... Dia memandang muka suaminya yang masih belum menjawab soalannya... Haiqal yang faham pandangan itu tersenyum.... Ok... lepas ni abang bagitahu tapi please... abang lapar sangat ni... tak kesian ke kat abang??? Sambil membuat muka comelnya memandang Auni.... Ee... yela-yela.. suka buat orang camtu tau.. ingat comel sangatla tu buat muka macamtu... Auni mencebik sambil mencedukkan mee goreng ke pinggan Haiqal.. Haiqal tersenyum bahagia.. Mereka menikmati sarapan dengan penuh berselera sekali....

Selepas Auni siap mengemas dapur, dia ke ruang tamu lalu duduk di sebelah suaminya yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon...

"Siapa tu bang?" Akhirnya Auni bertanya selepas pencakapan mereka berakhir...

"Sayang pergilah siap-siap... Jenazah dah nak sampai dah dekat masjid..." Kata Haiqal dengan tenang...

"Siapa yang meninggal bang?" Auni pelik Haiqal seperti bermain teka-teki dengannya.. Hatinya tiba-tiba berasa berdebar-debar...

"Sebenarnya Ustazah Sheila yang meninggal dunia. Dia terbabas dan melanggar pokok besar di jalan selekoh dekat kampung kita... Mungkin hujan agak lebat semalam membuatkan keretanya hilang kawalan...Ramai yang tidak tahu sampaila ada orang kampung yang ingin keluar bekerja awal pagi tadi melihat kemalangan itu dan segera menelefon ambulans. Dengarnya mereka akhirnya terpaksa menelefon bomba untuk memotong bahagian kereta tersebut kerana badannya tidak boleh di keluarkan kerana tersepit.. Mereka kata mukanya juga hancur...." Haiqal beristighfar selepas menceritakan segalanya pada Auni.... Auni yang mendengar cerita itu menangis teresak-esak... Dia kasihan mendengar nasib yang menimpa Ustazah Sheila... Pemergiannya terlalu tragis..... Haiqal menarik Auni di dalam pelukannya untuk menenangkan isterinya....

"Sayang maafkan arwah ye.. Biar dia tenang di sana..." Haiqal berbisik lembut di telinga isterinya...

Auni akhirnya meleraikan pelukan dari suaminya..."Bang... sayang tak berdendam pun dengan arwah.. Sayang dah lama maafkan dia...
sayang sebenarnya rasa bersalah sangat.. Kalau bukan sebab semalam.. mungkin dia masih hidup lagi.." Auni menangis sambil terhinjut-hinjut bahunya..

"Ehhh... sayang... tak baik cakap macamtu.. Bukan salah sayang pun.. Ini semua dah takdir... ketentuan Ilahi.. Ajal maut semua di tangannya... Mungkin semuanya ada hikmah apa yang berlaku... Dah... jangan salahkan diri sendiri lagi..." Haiqal mengelap air mata isterinya dengan jarinya... Auni kembali berasa tenang mendengar kata-kata suaminya dan dia beristighfar di dalam hati... Ye... ini bukan salah dirinya tapi takdir yang telah tertulis untuknya...
"Damaila dikau di sana...Aku ikhlas memaafkan mu...." bisiknya di dalam hati.... Lalu dia bangun untuk bersiap ke masjid melihat arwah buat kali terkahir....

...................................................

Jodoh...pertemuan..ajal maut semuanya di tangan Allah S.W.T....
Kita sebagai hambaNya harus percaya bahawa segala yang berlaku semuanya adalah atas kehendakNya.....

BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️Where stories live. Discover now