Petang itu, Auni dan Mak Leha duduk di pangkin di bawah pokok rambutannya sambil minum petang dan bersembang kosong. Sesekali tudung bawal Auni beralun-alun di tiup angin petang...."Seronokkan mak..sesekali lepak kat luar ni. Rasa tenang je hati ni.. ada pulak cekodok pisang dengan teh o panas. Perhhhh......Memang layan betul..." kata Auni sambil mengunyah cekodok pisangnya
"Yela.. angin pun kuat juga petang ni... seronok rasanya. Sesekali ubah mood makan kat luar ni seronok jugak" Mak Leha pula membalas
Sedang mereka asyik menghayati suasana petang yang meriah dengan bunyi kicauan burung dan kanak-kanak yang sedang bermain basikal tiba-tiba mereka terdengar seseorang memberi salam
"Assalamualaikum Mak Leha...Auni.."
Haiqal memberi salam penuh hormat."Waalaikumsalam...ehhh, Haiqal.. marilah duduk sini.. minum sama-sama kami. Mak ada buat cekodok pisang ni... ingat lepasni baru nak hantar dekat kamu... Auni, pergi masuk ambilkan cawan untuk Haiqal..." kata Mak Leha
Auni menganggukkan kepala dan segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil cawan untuk Haiqal
Haiqal duduk apabila di pelawa oleh Mak Leha. Terima kasih mak. Maafla kalau Haiqal menganggu mak dengan Auni. Haiqal sahaja datang sini.. bosan tak ada apa buat kat rumah... walaupun sebenarnya dia ada niat lain. Nampaknya langkah kaki kananla Haiqal ye. Cekodok pisang kegemaran Haiqal ni. Rindu pulak kat arwah ummi. Dulu ummi selalu buatkan bila Haiqal balik dari U dulu.... hummmm
Ehhh.. dahla tu.. tak baik sedih-sedih depan rezeki ini... Orang yang dah pergi tak mungkin akan kembali lagi tapi kita yang masih hidup ni kenala teruskan hidup. Yang penting kita jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Lagipun makkan ada. Haiqal cakap je nak apa. Selagi mak ada.. mak tahu buat.. mak masakkan.. tapi janganlah mintak mak masakkan makanan barat tu.. apa tu.. spghaeti..ehh apa eeti.. ke..bora..cebora..ehh, tak retila mak nak sebut...ketawa mak Leha...Haiqal yang mendengar juga tertawa dibuatnya.
Auni yang baru muncul dengan cawan di tangannya pelik melihat mak dan Qal tengah ketawa gembira.
Apa jela mereka sembangkan... katanya dalam hatiHa.. lamanya ambil cawan. Mak ingat pergi beli cawan kat pekan tadi.. hihi.... Mak Leha menyakat anaknya. Auni menjeling manja kepada emaknya. Haiqal hanya tersenyum mendengar usikkan anak beranak itu.. rindunya kepada umminya menerjah kembali.......
Mereka sama-sama menikmati suasana petang itu. Haiqal ada tujuan sebenarnya datang ke rumah Mak Leha... Dia menarik nafas dalam- dalam. Dia telah bersedia dengan sebarang kemungkinan..dengan lafaz bismillah dia memulakan bicaranya...
Ummm...Makkk...Auni.. Haiqal ada sesuatu nak tunjukkan pada mak dengan Auni. Lalu dia mengeluarkan surat yang berlipat dua tersebut dari kocek seluarnya lalu memberikan kepada Auni. Auni dengan keadaan terpinga-pinga mengambil surat tersebut. Lalu dengan perlahan dia membuka dan membacanya. Mak Leha yang berada di sebelah Auni turut membaca isi kandungan surat itu bersama-sama...
Haiqal hanya membisu dari tadi. Dia berdebar-debar menunggu reaksi mereka. Sesekali dia melihat Auni mengesat air matanya. Mak Leha juga begitu....
Selepas mereka habis membacanya.. Auni memulangkan kembali surat tersebut kepada Haiqal dengan tangan yang menggeletar....
"Bila Haiqal dapat surat ni"? Tanya Mak Leha kepada Haiqal dengan suara yang sedikit sebak.
"Haiqal dapat surat tu sehari sebelum ummi meninggal. Haiqal ingat nak abaikan je surat tu tapi hati Haiqal jadi tak tenang dari sehari ke sehari. Haiqal tak nak sebab surat ni Auni bermasam muka dengan Haiqal dan kita bersengketa. Haiqal tak paksa Auni untuk menerima. Cuma Haiqal mintak Auni pertimbangkan wasiat ni. Haiqal harap juga yang mak tak benci Haiqal lepas ni... Sesekali mata Haiqal melihat Auni yang seperti termenung jauh...
Takla Haiqal. Mak tak benci Haiqal pun.. Semuanya di luar jangkaan kita. Sebenarnya masa di hospital haritu, ummi kamu pernah cakap dengan mak suruh mak terima Haiqal macam anak mak sendiri dan kalau boleh dia nak Auni jadi isteri Haiqal kalau apa-apa jadi dekat dia... Cuma masa tu mak ingat dia cuma bergurau je....
"Hummm..Auni, macam mana nak?" Mak Leha bertanya kepada anaknya sambil menepuk bahu anaknya dengan lembut. Dia melihat Auni masih lagi terkejut dengan surat wasiat tersebut
"Ha..ummm.. entahla mak. Aunikan masih muda. Masih belajar lagi. Auni nak kejar cita - cita Auni dulu..." keluh Auni... otaknya tak mampu memikirkan apa-apa lagi. Mak.. Auni masuk dalam dulu. Auni meminta diri lalu dia bangun dan segera masuk ke dalam rumah. Biarlah... dia tiada jawapan untuk semua ini. Dia serabut!!!!
Tak apalah mak. Bagilah Auni masa untuk berfikir dulu. Lagipun dalam surat tu tak ada pula di beritahu umur berapa dia kena berkahwin dengah Haiqal... Haiqal terima apa juga keputusan Auni. Sekurang-kurangnya Haiqal rasa lega sangat lepas dah bagitahu semua ni... Kalau pasal kerja mak janganlah risau. Alhamdulilah mak, Haiqal dapat kerja jadi ustaz dekat sekolah agama rakyat kat kampung kita. Bolehla Haiqal menyara hidup Auni nanti... Duit arwah abi pun ada untuk kami mulakan hidup cuma tidakla mewah tapi cukupla untuk permulaan...
Ohhh...Alhamdulilah.. rezeki kamu. Bagusla... dapat jugak kamu berbakti dengan anak-anak kampung ni. Mak tak kisah kalau kamu jadi menantu mak. Mak memang suka. Lagipun dari dulu lagi mak anggap kamu macam anak mak sendiri. Cuma mak nak kamu jawab dengan jujur dengan mak.. kamu betul ke tiada pilihan hati?? Boleh ke kamu menerima Auni menjadi pilihan hidup kamu???
Haiqal memang sudah menjangkakan soalan itu dari Mak Leha. Biarla hari ini dia memberitahu rahsia yang dia simpan selama ini... Dia menarik nafas dalam-dalam dan seperti ada sesuatu kekuatan membuatkan dia berani untuk berterus terang....
Mak... Haiqal sebenarnya sudah dalam lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......Mak leha terdiam mendengarnya......
Dia tidak menyangka pemuda di depannya sudah lama menyimpan perasaan selama ini terhadap anaknya....dan tanpa mereka sedar.. ada seseorang di belakang pintu rumah yang lebih terkejut mendengar pengakuan lelaki itu........pengakuan berani mati itu..........................................................................
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Historia Corta"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...