Keesokkannya, apabila tiba waktu tengah hari Haiqal menjemput Mak Leha dan Auni dari hospital.. Terpancar kegembiraan di wajah Auni apabila dia di benarkan pulang hari ini....
"Haiqal, kamu tak kerja ke hari ni?" Tanya Mak Leha selepas kereta mula bergerak keluar dari kawasan hospital.. Auni yang berada di sebelah Haiqal sibuk melayari internet...
"Kerja mak tapi Haiqal dah bagitahu pengetua masuk lambat sikit.." Haiqal menjawab sambil matanya fokus dengan pemanduannya. Jalan di pekan agak sibuk memandangkan waktu tengah hari. Ramai keluar mengisi perut. Mak Leha mengangguk kepala mendengar jawapan menantunya.. Perjalanan yang memakan masa hampir tiga puluh lima minit untuk sampai ke rumah mereka membuatkan Mak Leha akhirnya terlelap...
Ok...kita dah sampai dah... alhamdulilah... kata Haiqal lalu keluar dari kereta dan mengeluarkan beg yang berada di dalam bonet.. Auni pula mengejutkan Mak Leha dari tidur...
Auni keluar dari kereta dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya...
"Rumahku....syurgaku..."
Mak balik rumah dulu la ye... rindu sangat dah dekat rumah tu... Kata Mak Leha kepada mereka sambil mengambil beg bajunya dari tangan Haiqal....
Ala makk... mak rehat jela dekat sini..Auni memeluk emaknya dari belakang...
"Tak apalah... mak pun rindu jugak kat tilam mak.... lagipun bukan jauh pun nak jumpa mak...ishh...manjanya tak habis-habis.. kamu tu dah ada laki.. pergilah manja dengan si Haiqal tu.." usik Mak Leha sambil ketawa...
Auni hanya mencebikkan bibir.. Haiqal hanya ketawa melihat telatah anak beranak itu... dia mendekati Mak Leha..
"Mak...terima kasih ye jagakan isteri Haiqal.. Haiqal mintak maaf sangat sebab menyusahkan mak..." Haiqal berkata sambil menghulurkan tangan dan mencium tangan mak mertuanya...
Auni pun sama... terima kasih ye mak sebab jaga Auni.... Auni sayang makkk!!!! dia mencium tangan Mak Leha dan kedua-dua belah pipi emaknya...
Ishhh... apalah kamu berdua ni.. buat apalah nak berterima kasih dekat mak... bukannya orang lain... anak mak jugakkan yang mak jaga. Dah pergi masuk berehat.. Kamu tu Auni baru je nak sihat..Haiqal.. bawak Auni masuk. Panas luar ni... Mak balik dulu ye.. Assalamualaikum... Mak Leha berjalan balik ke rumahnya...
Waalaikumsalam...jawab mereka lalu masuk ke dalam rumah...
"Sayang.. sayang nak makan tak? Abang ada belikan lauk sikit tadi sebelum ambil sayang tadi.. kalau nak abang boleh panaskan.. Nanti sebelum abang pergi kerja.. abang hantarkan sikit untuk mak. Lupa pulak nak bagi dekat mak tadi... Mesti mak pun penat tu tak larat nak masak...Haiqal berkata..
Umm..boleh juga..perut Auni pun dah lapar ni.. jom Auni tolong abang.. Mereka sama-sama menuju ke dapur.. Tengah hari itu mereka makan penuh bahagia sekali.. Selepas memastikan Auni telah makan ubat, Haiqal pergi bekerja.. sebelum itu dia singgah menghantar makanan untuk emak mertuanya.....
.........................................
Lima bulan kemudian........
Petang itu selepas habis sesi persekolahan, Haiqal sudah siap mengemas barangnya untuk pulang ke rumah bagi meraikan hari jadi Auni... Dia ingin membawa Auni dan Mak Leha keluar makan hari ini...
Semasa dia ingin membuka pintu keretanya dia mendapati kunci keretanya tiada di dalam poket seluarnya..
"Ehhh... mana pulak kunci kereta ni??" Dia cuba mencari di dalam beg galasnya pula...
Ummmm... dalam bilik guru agaknya tertinggal... Dia segera menuju ke bilik guru dan pergi ke mejanya.Namun apa yang di cari tidak jugak berjumpa..
Dia kemudian pergi ke kelasnya takut-takut kuncinya tercicir semasa dia mengemas tadi.. Semasa dia menundukkan badan mencari di bawah meja tiba-tiba badannya di peluk dari belakang oleh seseorang. Dia tergamam!!!
"Ehh.. lepasla...lepas!!!Apa ni!!!!!"
"Ala ustaz..janganla malu-malu.. saya tahu ustaz sukakan..." kata ustazah Sheila dengan suara gediknya..dia menguatkan lagi pelukannya di badan Haiqal... Bau haruman dari minyak wangi ustaz Haiqal menusuk hidungnya....ummmmm....wangi!!!!
I like!!!!Terkejut Haiqal apabila mengetahui ustazah Sheila yang memeluknya... Dengan menggunakan tenaga lelakinya...dia menolak tangan Ustazah Sheila dari pinggangnya dengan sekuat hati... Ustazah Sheila yang tidak bersedia dengan tindakan itu terjatuh ke belakang dan terduduk di lantai...Punggungnya terhempas dengan kuat.....
'Auchhhh!!sakitnya punggung aku!!'
"Hei ustaz!berani ustaz tolak saya kan!! Nasib tak patah tulang punggung saya!!!! " jerit ustazah Sheila dengan nada marah
" Ustazah tu yang melampau! Dah tak tau dosa pahala!!! Maaf saya terpaksa menyakiti ustazah.." kata Haiqal dengan tegas walaupun rasa bersalah melakukan perempuan sebegitu....
Tiba-tiba ustazah Sheila melakukan sesuatu yang gila di luar jangkaan Haiqal.. Dia menarik kedua-dua belah bahu baju kurungnya dengan kuat sehingga terkoyak. Tudungnya juga di buang jauh. Lalu dia menjerit sekuat hati...
Tolong!!!! Tolong!!! Tolong!!!!! Ustazah Sheila menjerit sekuat hati... Kebetulan pengetua yang ingin pergi ke kereta mendengar jeritan tersebut.. Dia segera pergi ke arah suara tersebut yang datang dari arah kelas ustaz Haiqal...
Alangkah terkejutnya dia apabila menyaksikan semua itu...
Ustaz Haiqal, Ustazah Sheila apa semua ni!!!!!!!
.....................................................
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Nouvelles"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...