Bab 11

4.8K 173 0
                                    

  Ummi masih lagi di tahan di hospital. Dokter masih perlu mengawasi keadaan ummi kerana kesihatannya yang tidak stabil. Baru beberapa hari lepas umminya mengalami demam panas selama tiga hari tapi alhamdulilah sudah semakin pulih. Aunilah yang menjaganya setiap malam sekarang. Kebetulan cuti sekolah baru bermula. Haiqal pula akan menjaga di waktu siang sementara Auni pulang untuk merehatkan badannya buat seketika di rumah

   Petang itu seperti biasa Auni akan datang bersama Mak Leha dan Mak Leha akan balik bersama Haiqal setelah habis waktu melawat. Dia membawa makanan untuk mereka makan bersama-sama nanti

  "Assalamualaikum ummi..." Auni memberi salam sambil tersenyum manis selepas dia mengetuk pintu bilik umminya. Mak Leha di belakangnya juga tersenyum mesra

"Waalaikumsalam...ehh..Auni.. Kak Leha.. masukklah.." ummi menggamit tangannya memanggil mereka masuk

  Auni meletakkan makanan di meja yang di sediakan di tepi katil umminya. Dia tercari-cari kelibat Qal namum tiada. Ummi yang perasan seperti Auni mencari Haiqal memberitahu bahawa dokter ingin berjumpa dengan Haiqal tadi..Auni menganggukkan kepala tanda faham mendengar penjelasan umminya..

  "Kalsom...macam mana ko harini? Rasa ok tak dari semalam?" Tanya Mak Leha penuh prihatin

  "Alhamdulilah kak, rasa ok sikit dari semalam..ni dah rasa segar sikit badan ni.." ummi menjawab sambil tersenyum

  "Ummi nak makan tak? Auni ada masakkan bubur ayam dengan  kangkung goreng belacan. Kalau ummi nak.. Auni boleh siapkan." Auni berkira-kira untuk mengeluarkan bekalannya yang di bawanya tadi..

  "Auni yang masak? Mesti sedapkan.. Dah pandai dah anak dara ummi ni masak sekarang..." kata Ummi Kalsom sambil tersenyum melihat anak gadis yang semakin ayu itu. Walaupun kadang- kala perangai Auni kelihatan kasar tapi dia tahu di sebalik semua itu terselindung sifat kelembutan gadis itu. Gadis yang membesar di depan matanya.

  Ala...kan ummi yang ajar Auni haritu buat bubur yang sedap ni..Auni berkata sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk mendengar pujian umminya. Pipinya juga agak kemerahan menahan malu.. Mak Leha yang melihat tingkah anaknya hanya ketawa sambil menggelengkan kepala

  Entahla Som...jangan kita cirit birit  lepas makan bubur ni dahla. Nanti semua check in pula kat hospital ni.
Hahhahaha... Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Mak Leha. Auni sempat lagi mencubit lengan emaknya kerana suka menyakatnya. Suasana di dalam itu sungguh meriah sekali. Nasibla bilik asing dari orang lain. Kalau tidak mau kena halau mereka....hahahaha

   Setengah jam kemudian Haiqal kembali daripada berjumpa dengan dokter yang merawat emaknya. Wajahnya baru lepas menangis selepas mendengar berita yang terlalu pahit untuk di telan. Namun dia harus pasrah kerana semuanya telah tertulis untuknya. Dia menarik nafas dalam-dalam di depan pintu sebelum masuk dan cuba berlagak seperti biasa.

  Assalamualaikum... Haiqal memberi salam dan masuk di dalam bilik itu.
Mereka yang bergurau senda dan berceloteh terdiam dan memandang muka Haiqal..

  Waalaikumsalam... Haiqal, dokter cakap apa tadi nak? Ummi bertanya walaupun dia tahu apa yang akan anaknya sampaikan nanti. Dia telah lama redha semenjak dia tahu penyakit yang di hidapinya.
Sekurang-kurangnya dia tahu Allah menyayanginya dengan memberi dugaan yang hebat seperti itu.

  Haiqal yang duduk di kerusi sebelah katil umminya hanya mampu diam. Dia tidak sanggup untuk memberitahu kepada umminya. Dia tidak akan berputus asa. Baginya selagi ada jalan dia akan usahakan untuk merawat umminya walaupun terpaksa berhabis duit demi insan tersayang..

  "Tak ada apa ummi. Dokter cakap lagi dua hari ummi dah boleh keluar dah. Haiqal memaksa diri untuk senyum. Maafkan Haiqal ummi sebab terpaksa menipu ummii.."

  " Alhamdulilah..syukur. Ummi pun dah rindu sangat dekat rumah kita.." ummi ketawa untuk menutup segalanya. Dia tahu anaknya menipunya tapi dia tidak akan menyalahkan anaknya. Anaknya terlalu menyayanginya

   Auni dan Mak Leha yang tidak perasan situasi itu hanya ketawa mendengar kata-kata umminya. Mereka juga tumpang gembira  mendengar berita itu. Tak sabar rasanya hendak menunggu waktu itu..............

     ................................................

    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️Where stories live. Discover now