"Auni....Auni...bangun nak...." Mak Leha membasahkan muka Auni dengan air yang telah di bacakan dengan selawat dan ayat kursi...
Auni kemudiannya tersedar dan terkebil-kebil memandang wajah emaknya..."Apa dah jadi mak? Kenapa Auni pengsan???" Auni bertanya kepada Mak Leha dan perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan dan menyandarkan badannya di sofa.. Kepalanya berdenyut sedikit...
"Auni betul ke tak ingat apa yang berlaku????" Mak Leha bertanya soalan kembali kepada Auni..
Auni terdiam sebentar... Kemudian dia cuba mengingat semula apa yang berlaku...terngiang-ngiang kata-kata dari suara pemanggil yang menelefonnya sebelum dia pengsan... Tiba-tiba air matanya menitis ke pipi.. semakin lama semakin deras... Dia telah mengingati semuanya apa yang terjadi tadi....
Mak... betul ke abang buat semua tu?? Auni tak percaya... abang kata dia sayang dekat Auni sorang je... teresak-esak dia berkata sambil memandang wajah emaknya...
"Shh..... dah sayang.. mak percaya Haiqal bukan lelaki macamtu. Kita tak tahu perkara yang sebenar.. Bersangka baik pada suami... Dosa besar kalau kita memfitnah tanpa usul periksa. Tak pela, nanti lepas isyak, kita pergi masjid untuk selesaikan semua ni...sabar ye nak.." Mak Leha menarik Auni dalam pelukannya dan mengusap belakang Auni untuk menenangkan hati anaknya yang lara....
"Jom kita sembahyang maghrib sama-sama...waktu dah masuk tu.. kita berdoa semoga Allah tunjukkan kebenaran sebab doa orang-orang yang teraniaya ni mustajab..." Mak Leha memujuk Auni dan menariknya bangun...
Auni menganggukkan kepala dan mengesat air matanya...Tiada guna dia menangis air mata darah sekalipun.. Benda sudah berlaku.. Dia perlu kuat... Allah S.W.T ada bersamanya... Dia yakin suaminya teraniya.. Dia mengikuti emaknya mengambil wuduk dan mereka menunaikan kewajipan Ilahi dengan berjemaah bersama-sama dan penuh kusyuk....
...........................................................
Selepas isyak....
Di masjid Haiqal hanya menunduk wajahnya dan beristighfar di dalam hati di depan tok kadi... Dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membuktikan dia tidak bersalah.. Tiada saksi semasa kejadian.. Dia hanya mampu berdoa agar keajaiban berlaku.. Tok kadi dan ahli jawatan masjid jugak sudah ada untuk memulakan pernikahan ini... Pengetua dan ustaz yang lain jugak turut ada.. Ramai yang tidak percaya Ustaz Haiqal sanggup membuat perbuatan terkutuk itu... Mereka merasa pernikahanlah jalan penyelesaian....
Sekarang mereka menunggu Auni dan Mak Leha datang ke masjid untuk menerangkan hal ini..Di bahagian saff wanita pula, Ustazah Sheila sudah siap memakai baju yang cantik dan muka yang di mekapkan sendiri. Lipstiknya yang merah menyala dan mukanya yang putih macam opera cina membuat ustazah-ustazah dan beberapa orang kampung menggelengkan kepala melihat rupanya... Hantu cina pun boleh pengsan kalau tengok dia... Dia hanya tersenyum dari tadi.. sekejap lagi Haiqal akan menjadi miliknya!!! Arghh.. lambat betulla!!
"Aku dah tak sabar nak jadi bini Ustaz Haiqal ni dan aku akan pastikan bini dia yang buruk tu akan di ceraikan dengan talak tiga!!!" hahhaha...
ketawanya dalam hati sambil bibirnya tersenyum jahat..."Assalamualaikum...."
Akhirnya Mak Leha muncul dengan Auni... Semua yang berada di masjid terdiam dan memandang mereka dengan perasaan simpati... Mata Haiqal memandang tepat mata isterinya... bagaikan membicarakan sesuatu... Dia dapat melihat dengan jelas mata isterinya yang sembap dan merah.Hatinya rasa bersalah melihat kedukaan di wajah isterinya. Dia juga malu memandang wajah Mak Leha kerana memalukan nama keluarga mereka.
Pengetua menjelaskan apa yang berlaku.. Mak Leha dan Auni hanya mampu menangis mendengarnya... Haiqal yang berada di situ cuba menerangkan kebenaran namun tiada siapa yang ingin percaya... Mereka tetap bertegas dia perlu berkahwin dengan Ustazah Sheila.....
"Baikla tok kadi.. saya ikhlaskan suami saya bernikah dengan ustazah Sheila..." Auni cuba menguatkan hatinya sambil menahan air matanya dari mengalir lagi....Mak Leha mengenggam tangan Auni cuba memberikan kekuatan... Auni terpaksa merelakan suaminya berkahwin dengan Ustazah Sheila demi menyelamatkan maruah seorang perempaun walaupun dia yakin suaminya tidak bersalah..
Haiqal menitiskan air mata mendengar keputusan isterinya.... Dia tidak sanggup memadang wajah isterinya....
" Maafkan abang sayang...""Aku terima nikahhh..Nur Sheila Binti........"
Berhenti!!!!
Seseorang muncul di muka pintu masjid dengan termengah-mengah.... semua yang berada di situ terkejut mendengar jeritan itu................
..........................................
Cerita ni hampir ke penghujungnya.... sis akan tamatkan sebelum ramadhan yang lagi beberapa hari....😊
YOU ARE READING
BAKAL SUAMIKU BELAKANG RUMAH!! ☑️
Kurzgeschichten"Mak... Haiqal sebenarnya sudah lama sukakan Auni. Haiqal cintakan dia mak...... Haiqal memang tiada orang lain dan demi Allah Haiqal ikhlas menerimanya untuk menjadi suri hidup Haiqal......" -MUHAMMAD HAIQAL NURHAN Wasiat itu memeningkan kepalanya...