PROLOG

344 21 1
                                    

Seorang gadis sedang merenung melihat langit menundung. Tangan kanannya bermain dengan pen biru. Pantas dia menutar-mutar pen tersebut tanpa melihatnya. Manakala, di atas kertas bersaiz A4 pula terdapat sebuah lakaran komik yang tidak kemas. Pelbagai nota dia tulis di atas lakaran tersebut. Di sebelah kanan kertas A4 itu, terdapat beberapa helai kertas A4 yang lain. Semuanya sama saja seperti kertas A4 yang dilakarnya itu, penuh contengan nota di atas lakaran. Boleh dikatakan bahawa meja batu yang bulat di bawah pokok itu dipenuhi dengan kertas A4 miliknya. Bukan itu sahaja, Di hadapannya juga terdapat sebuah komputer riba yang memaparkan senarai anime. Ada tulisan berwarna merah, biru dan hitam.

"Apa pendapat kau, kalau aku berhenti jadi mangaka? Kau setuju?"

Dia bertanya kepada seseorang tetapi di mana orangnya?

Tangan kanannya yang bermain pen biru tadi terus meletakkan pen tersebut di atas meja. Komputer riba dicapai. Microsoft word bertajuk COFFEE VS MAOCHA ditekan selepas senarai dokumen dibuka. Pantas dia menaip sesuatu di dalam muka surat kosong yang memaparkan muka surat 32.

"Kenapa nak berhanti? Kau dah bosan ke? Aku tak kesah. Tapi kenapa tiba-tiba? Bukan ke selama ni kau kata kau nak capai impian kau sebagai mangaka. Teringin nak jumpa mangaka di Jepun juga. Jadi..."

"Impian. Ya, betul. Tapi aku rasa aku tak mampu. Setakat ini, aku hanya mampu buat cerita pendek untuk hantar pada majalah saja. Aku nak juga buat cerita bersiri. Macam novel kau punya. Tapi aku tak ada idea." Katanya dengan nada tidak bersemangat.

Pantas jari-jemarinya menaip selepas berkata sedemikian. "Kau dah mula putus asa. Kenapa? Cubalah dulu. Aku yakin kau boleh. Sebab aku pun macam kau. Bermula dari bawah."

Gadis itu senyum melihat kata-kata itu. "Baiklah. Aku cuba. Terima kasih."

"Sama-sama."

"Hei, tengok tu. Dia cakap sorang-sorang lagi la. Seram siot." Bisik seorang gadis yang duduk di tempat duduk belakang gadis tersebut. Dia dan kawannya melihat ke arah gadis itu.

"Ya la. Dia ni mesti dah gila." Sokong kawannya.

Gadis yang terdengar ungkapan itu terus menggenggam buku lima. Dia tahan marah. Kemudian, tangan kanannya menaip. "Kawal kemarahan tu. Aku tahu, kau panas hati dengar kata-kata mereka. Manusia, memang macam tu. Lebih baik kau bercakap dengan kucing depan tu. Kesian dia tak ada kawan."

"Meow."

Gadis tersebut tengok ke arah seekor kucing berwarna oren keputihan. Dia senyum. "Ya. Manusia memang macam tu. Lebih baik aku kawan dengan kucing daripada kawan dengan manusia." Biacara hatinya.

Note :
Nama watak (Airien) yang digunakan ialah nama yang terkenal dari zaman sekolahnya berbanding dengan nama (Rien) yang dia mahu dikenali. Jadi, saya harap anda dapat bezakan mereka dalam kisah merepek ini XD

COFFEE VS MOCHAWhere stories live. Discover now