Seorang gadis berambut panjang sedang khusyuk melukis mural graffiti pada dinding bangunan kelas tuisyen bekas guru Fizik kelas tuisyennya ketika tingkatan lima. Kemudian, dia merenung lama lukisan tersebut. Itu ialah sebuah lukisan logo otak yang memakai topi ijazah. Di bawahnya bertulis 'ILMU PENCETUS KEJAYAAN'.
Selepas puas melihat hasil mural yang belum siap itu, dia bercangkung. Tin cat dinding berwarna kuning dan putih dicapainya. Kedua-dua cat tersebut dituang ke dalam cawan minuman plastik yang dibawa dari rumahnya perlahan-lahan supaya tidak tumpah. Selepas itu, campuran cat dikacau rata.
Pada masa yang sama, matanya melihat ke arah tiga lagi cawan minuman plastik sama sai tetapi tidak sama warna. Terdap tiga warna yang berbeza iaitu kuning gelap, coklat dan kuning terang. Pada tangannya pula kuning pudar. Semuanya hanya menggunakan tiga warna sebagai asas iaitu hitam, putih dan kuning. Manakala, berus lukisan pula dia guna empat jenis iaitu saiz kecil, sederhana, besar dan berus kecil bermata tirus. Bukan iru sahaja, dua batang pensel kayu, empat pemadam, dua pembaris pendek, satu pembaris panjang, jangka sudut dan jangka lukis. Tidak lupa juga satu plastik kertas A4 dan lakaran asal.
Gadis itu mula mengecat pada bahagaian dalam gambar otak di tepi garisan hitam yang membentuk sebuah otak. Tanpa senyuman. Dia fokus mewarna mural tersebut sehinggalah seseorang menjerit cemas kepadanya.
"Airien! Apa kau buat dengan lukisan aku?" Dia berlari ke arah gadis itu bersama-sama dua plastik yang berisi makanan dan minuman.
Gadis yang bernama Airien itu menjawab tanpa melihat ke arah orang tersebut. "Aku nak kemaskan warna pada gambar ni. Kau punya to warna nampak pelik. Tak sama macam logo sebenar. Sini warna dia kuning pudar , bukan kuning biasa. Tengok yang lain pun sama. Sini sepatutnya kuning gelap. Kuning biasa dekat sini je. Biar aku cover dekat sini. Kau tolong warna daun pokok sana. Simple je. Kau dah tolong lukis otak pun dah cukup."
Plastik yang dibawanya diletakkan di atas kerusi plastik berwarna putih. Dia mengeluh."Yalah. Aku tak reti mewarna. Kau lain la. Suka mewarna. Selalu je masuk pertandingan melukis poster."
"Apa kaitannya? Sekarang ni aku lukis dinding. Bukan kertas. Kau tu pun pandai melukis. Cuba la belajar mewarna. Aku mewarna pun belajar sendiri. Ni guna cat bukan warna pensil. Okey." Bebelnya.
"Yalah, sahabatku." Dia mengeluh lemah.
Setin tin Wonda Premium Coffee Original dikeluarkan dari plastik tersebut. "Airien. Rehatlah dulu. Kejap lagi sambung. Dari tadi aku tengok kau mengecat tak berhenti. Dah tengah hari. Lepas ni kita balik solat." Kata gadis itu sambil membawa minuman tersebut kepada Airien.
Airien meletakkan cawan minuman plastik di atas lantai. Dia capai tin minuman yang diberikan oleh sahabatnya itu. "Aku solat dekat kelas je la. Malas la aku nak balik. Nanti aku rasa malas datang sini pula." Tin minuman dibuka. Air diteguknya.
"Ala, jom lah balik sama-sama. Takutlah balik seorang diri." Pujuknya.
Airien duduk di atas lantai berhadapan dengan lukisan mural tersebut. "Takut apanya siang-siang hari macam ni? Rumah bukan jauh pun. Aku nak stay sini. Kalau kau nak balik. Balik la dulu. Aku nak siapkan semua lukisa hari ni juga. Aku jangka pukul 7 : 00 petang baru siap. Lepas aku kemaskan cat pada lukisan kau, aku sambuang mengecat pada lukisan aku pula. Lukisan aku senang saja. Cat semua hijau macam kepala Adudu." Katanya sambil melihat tin minuman.
Roslina pandang ke arah Airien. "Krik krik. Krik krik."
Airien pandang menyampah ke arah sahabatnya itu. "Kau dah kenapa krik krik dekat aku?"
"Kau tak nak balik mandi ke? Busuk, doh." Dia kembali ke arah plastik makanan. Sebungkus roti jenama Samudra perisa keju dikeluarkan. Kemudian, dia serahkan kepada Airien.
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...