COFFEE 4 :

94 14 0
                                    

Airien ralit memerhati sekumpulan gadis sedang bermain bola jaring di gelanggang bola jaring. Ketika ini dia berada di sebuah meja batu bersama-sama dengan satu plastik kertas A4 putih dan kotak pensil. Selepas memerhati, dia mula melukis. Dia lukis lakaran pergerakan permain bola jaring menggunakan pensil mekanikal berwarna merah yang memiliki mata bersaiz 0.5. Tanpa diduga, ketika dia sedang asyik melukis lakaran pada kertas A4. Sebiji bola tampar dari gelanggang sebelah telah melantun keluar dari pagar gelanggang dan terkena kepala Airien. Airien berang. Tangan kanannya yang memegang pensil mekanikal tadi, mengetuk meja batu tersebut. Habis hancur pensil mekanikal itu.

"Bro, sorry bro. Boleh baling bola tu dekat sini tak?" Laung seorang lelaki dari gelanggang bola tampar. Dia ialah orang yang sama mengejek Airien pada perjumpaan pertama dalam program orentasi.

Airien memegang belakang kepalanya yang ditutupi oleh hud hitam. Kemudian, dia melihat ke arah bola tampar tersebut. "Tak guna kau." Dia mengambil bola tampar yang berada di bawah meja batu. Dia berdiri dan melihat ke arah lelaki itu dengan perasaan amarahnya.

Dia tunjuk bola tersebut ke arah lelaki itu. "Nak ni?" Tanya Airien.

"Cepatlay baling sini. Kitaorang nak main." Laung lelaki itu dari pintu gelanggang bola tampar.

Airien melambung-lambung bola tampar ke udara sebelum dia menampar kuat dan terus melayang melepasi pagar gelanggang. Masuk dalam semak bersebelahan gelanggang bola tampar tersebut. Mereka terkejut.

"Hoi! Ambil balik!" Jerit lelaki itu kepada Airien.

Airien pekakkan telinganya. Peralatannya di atas meja batu dikemas. Lelaki yang tidak puas hati itu terus menuju ke arah Airien. Leher baju Airien dicengkamnya.

"Kau jangan nak berlagak hebat sangat la. Dah la muka macam perempuan. Mak nyah ke kau ni?" Makinya. Airien cuba bersabar walaupun hatinya panas membara.

"Kenapa? Cemburu dengan muka aku?" Tanya Airien dengan tenang.

"Hmph! Buat apa aku cemburu? Kau ni mesti gay kan?" Sesedap mulutnya berbicara dan sesedap itu juga kepalanya dihumban ke tanah.

Mereka yang melihat pergaduhan tersebut terkejut. Sudahlah si penyebab masalah itu cakap kuat dan lantang. Semua orang boleh dengar. Airien juga sudah tidak mampu tanah marah. Tambahan pula, dia seorang yang baran dan bekas gangster sekolah ketika zaman jahilnya. Tapi tidak pernah ditangkap guru disiplin. Tidak dapat dikenalpasti.

"Jaga sikit mulut kau! Mak ayah kau tak ajar hormat orang ke? Kau ingat kau sempurna sangat? Kau ingat kau siapa, nak nilai orang lain? Aku tak cari masalag dengan kau. Kau cari masalah dengan aku apa hal? Dari awal lagi kau memang tak puas-puas kutuk aku. Ingat aku tak dengar ke?" Jerkahnya.

Lelaki tersebut menahan sakit apabila Airien bertindak memijak kepalanya. "Kau... Lepaskan aku la. Kau tak guna."

"Ha? Tak guna, ya? Aku rasa kau lagi tak guna hidup dekat dunia ni!" Dia angkat kaki tinggi dan mahu bertindak memijak kuat kepala lelaki itu. Tetapi tindakannya terhenti apabila satu suara perempuan menjerit kepadanya. Tidak tahu suara siapa.

"Rien! Berhenti! Jangan bunuh anak orang la! Kau janji dengan aku, kau tak nak belasah orang lagi. Kenapa kau ulang lagi?"

Tapak kasutnya tidak sempat mencecah kepala mangsanya. Dia terundur ke belakang dan terduduk atas kerusi batu. Kedua-dua tangannya memegang kepalanya. Dia menangis. "Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tak buat lagi. Aku tak nak belasah orang lagi."

Pada malam itu, mangsanya di masukkan ke hospital untuk rawat luka kecil di kepala. Airien pula duduk meneluk lutut di dalam bilik mandi sambil dihujani air pancut dari atas kepalanya. Dia masih menangis. "Airien. Maafkan aku. Aku tak buat dah. Aku akan cuba bersabar."

"Jadi, janganlah menangis. Rehatkan minda. Jangan terlalu tertekan." Nasihat suara tenang seorang gadis yang entah di mana keberadaannya.

Airien masuk ke dalam bilik. Dia terus rebah di atas lantai yang berlapik karpet berbulu gambar harimau milik Wing. Arif terkejut melihat kejadian itu di tepi katilnya. Dia bergegas ke arah Airien.

"Rien! Hei, bangunlah." Dia terlentangkan Airien lalu digongcangnya. Wajah Airien kelihatan pucat. Mungkin terlalu lama dia mandi tadi.

"Assalamualaikum." Wing beri salam seraya masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat Airien sedemikian.

Dia menerpa ke arah mereka. "Arif. Apa hal ni?"

"Aku tak tahu. Dia masuk, terus pengsan."

Wing memegang pergelangan tangan kanan Airien pada bahagian nadi. "Okey je. Tapi. Sejukanya tangan dia." Tapak tangan kanan dilabuhkan atas dahi Airien. "Sejuk."

"Dia baru lepas mandi. Memang la sejuk."

"Berapa lama dia mandi?" Soal Wing kepada Arif sambil cuba memapah Airien ke katilnya.

Arif membantu Wing memapah Airien."Masa aku balik dalam pukul 6:00 petang tadi, dia dah tak ada dalam bilik. Sekarang ni dah pukul 7:30 malam. Uish, lama betul dia mandi."

Airien dibaringkan di atas katil Wing. Wing mencapai selimutnya lalu dia selimutkan tubuh Airien. Kemudian,selimut Airien dicapainya dari katil tingkat atas dan selimutkan Airien. Arif pula mengutip tuala Airien dan disangkut pada kerusi plastik warna merah di hadapan meja belajar Airien.

"Malam ni kau nak tidur mana?" Tanya Arif kepada Wing.

"Aku tidur atas lantai. Panaslah. Dekat katil aku bukannya kena angin pun." Bebelnya lalu menanggal baju rasmi korporat milik kelab fakultinya. Tuala dicapai dari kepala katil.

"Wing. Aku dengar cerita, Rien belasah budak berlagak hebat tu petang tadi dekat kawasan gelanggan belakang." Beritahu Arif lalu mencapai telefon bimbit di atas katilnya.

"Budak berlagak hebat? Oh, si poyo Kamil tu ke? Mana kau tahu?" Dia berjalan ke arah almari pakaian. Baju busuk dicampak masuk dalam bakul tepi almari. Almari dibuka dah pakaian wangi dicapainya.

"Ha'ah. Ada info dalam kumpulan ketiga. Kau tak baca ke?"

"Aku kumpulan ketujuh."

Arif garu kepala yang tidak gatal dan ketawa janggal. "Hihihi... Terlupa pula."

"Apa sebabnya?"

"Deorang kata budak tu memang dah lama cari pasal. Tadi pun dia ejek Airien. Kata orang-orang yang tengok tu la. Aku tak tahu pun."

Wing melihat ke arah Airien yang berada di atas katilnya. "Kesiannya kau. Macam mana agaknya selama ni kau hidup dengan wajah tu?" Menolongnya.

COFFEE VS MOCHAWhere stories live. Discover now