COFFEE 2 :

133 15 0
                                    

Selepas tamat belajar di tingkatan enam. Gadis yang terkenal dengan nama Airien mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya. Namun, dia sunyi. Sendirian tanpa sahabatnya di sisi. Dia sering duduk sendirian di bawah sebatang pokok rendang di hadapan kolej kediamannya. Tempat tersebut dikenali sebagai tanjung. Dia duduk termenung di situ sambil melihat bintang di langit malam. Pada tangannya terdapat sebuah majalah Kreko isu 23. Tidak dibaca. Hanya pengang sahaja.

Seseorang berjalan menghampiri Airien. Dia berdiri di belakang Airien. Airien berdiri dari kerusi batu dan pusing ke belakang. Airien melihat gadis tersebut dengan wajah polos. Dia berjalan berselisihan dengan gadis itu.

"Hei, awak." Panggil gadis itu. Airien berhenti berjalan.

Gadis itu pandang ke arah Airien. "Terima kasih pasal semalam. Terima kasih sebab sudi bantu saya jawab soalan daripada pensyarah tu." Katanya yang tersipu-sipu. Mungkin rasa gerun dengan wajah dingin Airien.

"Sama-sama." Jawabnya dan terus berjalan menapak naik anak tangga.

Keesokkan harinya. Gadis itu duduk lagi di sebelah Airien. Dia curi-curi lihat wajah Airien. Airien perasan perbuatan tersebut dan dia pandang ke arah gadis itu. Gadis itu tersengih. "Hai. Berjumpa lagi kita."

"Hai." Katanya dan terus pandang ke hadapan.

Selepas setengah jam pensyarah berceramah di hadapan. Airien kelihatan bosan. Ini sudah kali kelima dia makal coklat jenama halls supaya hilang mengantuk. Gadis di sebelahnya pula melihat ke arah Airien. Airien gadis itu dengan ekor matanya. "Kenapa? Dari tadi pandang aku."

"Tak... Tak ada apa." Dia terus melihat ke arah pensyarah di hadapan.

Airien menanggalkan cap yang dipakainya sejak datang ke kuliah pagi tadi. Cap diletakkan di atas meja yang bersambung dengan kerusi. Gadis itu memerhati rambut panjang paras bahu milik Airien dibuka ikatan dan dirapikan sebelum diikat kembali. Selepas itu, cap dipakai semula.

Sejam kemudian, kuliah tamat. Airien mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg silang jenama Nike berwarna hitam. Jaket hitam yang disangkup pada kerusi dicapainya selepas berdiri. Gadis di sebelahnya juga turut berdiri.

"Errr... Awak siapa nama?" Tanya dia kepada Airien.

"Nama aku panjang. Tapi orang panggil aku Rien."

"Saya Qasya."

"Okey." Dia terus menapak naik anak tangga menuju ke pintu dewan kuliah. Gadis tersebut pula terpinga-pinga dengan jawapan 'okey' itu.

Gadis itu berfikir seketika. "Dia perempuan? Tapi gaya dia sebiji macam lelaki. Tomboy?"

Setibanya dia di biliknya yang terletak di kolej kediaman. Dia melihat sekeliling bilik. Tiada orang. Tanpa membuang masa dia capai tuala merah selepas meletakkan beg silangnya di atas katil. Almari pakaian dibuka. Pakaianan salinan diambilnya. Akhir sekali, dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik mandi. Tuala merah diletakkan di atas kepalanya.

"Rien. Baru balik kelas ke?" Tegur seorang jejaka di hadapan pintu bilik yang terletak bertentangan dengan pintu utama ruangan bilik mandi yang dilengkapi dengan lima buah ruangan mandian, lima buah ruangan tandas, empat buah singki, dua buah meja basuh pakaian dan dua buah paip untuk ambil wuduk.

"Ha'ah. Baru habis kelas tadi. Lepas ni tak ada kelas dah. Ingat nak study." Jawabnya dengan nada slumber.

"Minggu depan ada Program Seni Lukis. Nak join tak?" Tanya jejaka tersebut sambil bersandar pada dinding sebelah pintu biliknya.

"Under Abang Dani ke?"

"Yup. Kau kan AJK. Tak akan tak tahu. Dalam group whatapps ada cakap, kan?"

"Bila? Semalam ke?"

"Minggu lepas. Tengah malam. Pukul 12 : 00." Jawabnya.

"Ooo... Saya dah tidur." Manakala dalam hatinya pula. "Dia tak beritahu aku pun pasal program tu. Ish, dia ni. Entah dia bintangkan atau tak mesej tu."

"Tak apalah. Saya nak pergi mandi dulu. Nanti saya tengok balik. Mungkin terlepas pandang."

"Okey."

Setelah perbualan tamat. Masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Airien ke bilik mandi dan Dani ke arah tangga menuju ke tingkat bawah.

Jelas dapat kita jangka bahawa Airien bukan seorang 'gadis' biarpun wajahnya seperti 'gadis'. Hakikatnya dia 'jejaka'. Mengapa dia berambut panjang paras bahu? Siapakah nama Airien sebenarnya? Mari kita selongkar rahsianya.

COFFEE VS MOCHAWhere stories live. Discover now