MOCHA 11 :

74 16 1
                                    

Airien meletakkan kepalanya di atas meja belajar. Dia sedang memerhati wajah Wing yang khusyuk melihat skrin komputer riba sambil menaip menyiapkan tugasannya. Arif yang duduk di atas katil sedang makan pizza hairan melihat tingkah laku Airien. Tidak berhud dan hanya ada headphone di kepalanya. Dia diam sejak tadi. Tidak menaip. Komputer riba juga tidak dibuka.  Pelik. Rambutnya didendan dan dililit siput di belakang.

Wing melepaskan keluhan lalu bersandar pada kerusi. Otot-otot kedua-dua tangan dan kaki diranggangkan sebelum dia terkejut melihat wajah Airien yang memerhatinya. Merah. Airien senyum melihat Wing.

"Dah kenapa pula minah ni senyum-senyum tengok aku. Buang tabiat ke? Selalu tengok aku, muka masam je." Monolognya lalu melihat ke arah Arif katil. Makan pizza.

"Wing~" Panggil Airien.

"Ya." Sahut Wing seraya melihat ke arah Airien.

"Wing hensem la kalau tengok dekat-dekat." Pujinya yang selama ini tidak pernah berlaku selain dia kuat mengutuk jejaka itu.

"Aku rasa seram tiba-tiba. Apa masalah dia ni? Tak pernah-pernah pandang aku macam tu. Puji aku pula tu."

"Hahaha... Terima kasih. Aku nak makan pizza kejap." Wing terus bangun dari kerusi. Lari dari dipandang terus oleh Airien. Dia menuju ke arah katil Arif.

"Kenapa dengan minah tu? Semacam tu malam ni. Boleh pula berbual dengan kau." Bisik Arif ketika Wing duduk di hadapannya.

"Tak tahu. Seram la. Aku nak tidur bilik lain la malam ni. Kau nak ikut?" Balasnya dengan nada berbisik.

"Mestilah ikut."

Airien mengangkat kepalanya dari meja. Komputer riba dibuka. Jari-jemarinya pantas bekerja. Airien diam. Wajahnya serius. Microsoft word baru kosong dibuka.  Dia mula menaip, 'AKU BENCI KAU' dengan huruf dan tulisan yang besar. Arif dan Wing dapat melihatnya dari jauh.

"Dia benci aku tapi tadi..." Fikir Wing sambil mencapai pizza di atas kotak tetapi matanya melihat ke arah Airien. Maka, tidak tercapai pizza. Arif yang sambar dulu.

Airien mula senyum sambil menaip. Dia juga menyanyi lagu yang rancak. Tiba-tiba, telefon bimbit berdering. Airien hanya menjeling ke arah telefon bimbit yang berada di sebelah kiri komputer ribanya. Terpapar nama 'ROSLINA' pada skrin.

"Airien. Jawablah telefon tu." Tegur Wing.

Airien menurunkan headphone seraya mencapai telefon bimbitnya. Panggilan dijawab. "Hello?"

"Erk? Tak membantah pula? Pelik." Fikir mereka berdua yang tahu sikap degil Airien.

"Rien tak ada. Ni kawan Rien. Dia pergi jumpa kawan dia. Ada  hal penting. Dia balik esok." Kata Airien.

"Penipu!" Monolog mereka serentak.

"Siapa nama kamu?" Tanya Roslina.

"Nama? Oh, nama saya Wing.  Okey. Selamat malam." Panggilan ditamatkan.

"Woi! Apa hal kau sebut nama aku?" Jerkah Wing seraya berdiri.

Telefon bimbit diletak kembali ke tempat asal. "Tadi kau yang suruh aku jawab, kan? Jadi, aku jawablah sebagai wakil. Salah ke?" Katanya dengan lagak nakal.

"Salah la. Dah la tipu orang. Guna nama aku pula tu." Berangnya.

"Tipu? Ya. Menipu. Aku tipu sebab aku tak wujud di mata dia. Buat apa dia nak tahu." Ujarnya sedih. Airien berdiri. Komputer riba ditutup begitu sahaja.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Wing apabila Airien berjalan ke pintu bilik.

"Tandas. Kenapa? Nak ikut?" Suaranya mendatar.

COFFEE VS MOCHAWhere stories live. Discover now