Airien merenung cincin berwarna silver pada jari tengah tangan kirinya. Itu ialah cincin tunang antar Airien dan Roslina sebulan yang lalu selepas sahaja tamat peperiksaan semesta pertama. Semua ini berlaku apabila Encik Azhar setuju dengan cadangan Roslina untuk bertunang awal. Ayahnya juga bercadang untuk kahwinkan mereka selepas tamat belajar di universiti. Dia mengeluh dan berguling di atas katil.
"Tahniah. Bertunang juga kau, akhirnya." Kata Arif yang melihat Airien sedari tadi.
"Jadi, macam mana? Kau dah boleh sesuaikan diri kau dengan keadaan sekarang?" Tanya Wing yang berada di atas katil tingkat atas sambil menaip pada telefon bimbitnya.
"Entahlah. Aku harap aku boleh buat. Rendahkan ego. Layan baik-baik. Tak ada istilah 'kau aku'. Ikut je dia nak apa selagi tak berada di luar batasan. Yang paling penting senyum."
Wing terus duduk atas katil apabila mendengar perkataan 'senyum'. "Rien. Biar betul kau? Kau nak senyum dekat dia?"
"Kenapa, Wing?" Tanya Arif yang tidak tahu apa-apa.
"Rien, cuba kau senyum sikit dekat Arif." Airien hanya menuruti.
Arif menjerit tengok senyuman maut itu. "Seram, siot. Kau dah kenapa? Senyum la elok-elok sikit. Ni kalau kau senyum dekat awek. Konfem semua lari."
Airien mengeluh. "Aku dah cuba yang terbaik. Dah berlatih senyum. Macam ni." Dia senyum.
Arif tutup mata. "Tak nak tengok."
"Habis tu, kau ambil gambar macam mana?" Tanya Wing kepada Airien.
"Tak senyum pun."
"Haih."
"Tapi ada satu gambar ni aku senyum masa bergambar dengan Roslina dalam kereta. Kejap aku tunjuk."Airien capai telefon bimbitnya di atas katil. Ikon galeri ditekan. Gambar dia dan kekasihnya dipilih.
Airien berdiri dari katil dan menunjukkan gambar tersebut kepada Wing. "Nah, tengok. Roslina ambil gambar masa hari pertama dia luahkan perasaan dekat aku."
Wing melihat dengan wajah terkejut. Arif pula segera berdiri dari katil dan sibuk mahu melihat gambar juga. Masing-masing kelihatan terkejut.
"Kenapa diam?"
Mata mereka siling berganti melihat gambar dan wajah Airien. Ada sesuatu yang tidak kena.
"Seram!" Jerit mereka berdua.
"Apa hal aku senyum macam pembunuh bersiri?" Tanya Arif kepada Airien.
"Aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Apakah benda yang boleh buat kau senyum? Aku tengok Airien boleh je senyum. Kenapa kau tak boleh?" Kata Wing.
Airien segera mencampak telefon bimbitnya di atas katil dan berbaring. Dia tidak puas hati. "Sebab aku dengan dia lain."
"Kalau kau merajuk. Kau dengan dia tak ada beza." Sakat Wing.
"Aku tak merajukla. Aku mengantuk."
"Rien. Airien tahu kau dah bertunang?" Tanya Arif tiba-tiba.
"Tahu. Dia yang beria-ia cerita dekat ibu pasal tema perkahwinan nanti. Aku tak tahu la kenapa dia gembira sangat. Ibu lagi gembira." Beritahunya.
"Bila kahwin?" Tanya mereka serentak.
"Lepas habis semesta tiga ni la. Ayah aku suruh kahwin. Roslina punya cadangan." Jawabnya dangan nada malas.
"Untungnya." Kata Arif dengan intonasi cemburu.
Wing melihat jari-jemari tangan kirinya. "Aku pun tak lama lagi nak kahwin. Tapi aku rasa, aku patut tangguh dulu. Sebab aku nak kumpul duit dulu." Katanya bersemangat.
"Ya la. Kau kahwin lepas belajar. Keluarga kau taja ke?" Tanya Arif kepada Airien.
"Ayah Roslina kata dia nak taja nanti. Ibu dengan ayah aku rasa serba salah. Tapi dah dia berkeras juga nak taja."
"Wow. Untungnya kau. Ayah dia mesti banyak duit, kan?" Kata Arif yang teruja.
"Ha'ah. Dia usahawan. Dapat pangkat dato' dah pun. Adik dia editor si Airien. Berminat dengan ibu aku sejak zaman sekolah lagi. Tapi ibu dah ada ayah." Katanya sambil pejam mata dan menguap.
"Untungnya kau." Puji Arif yang bergayut pada tangga katil.
"Aamin." Kata Airien.
"Rien. Arif." Panggil Wing yang berbaring di atas katil.
"Hurm?" Sahut Airien.
"Ya." Sahut Arif.
"Lepas belajar ni kau nak buat apa?" Tanya Wing.
"Aku nak kerja. Tak tahu lagi kerja apa." Jawab Arif.
"Aku mungkin siapkan komik aku dulu. Lepas tu nak buat debut. Kalau boleh nak jadikan anime." Katanya dengan penuh semangat. Mereka berdua ketawa.
"Kau dengan Airien sama-sama otaku ke?" Tanya Arif lalu ketawa lagi.
"Biarlah. Hal aku. Kau kesah buat apa? Lagi pun, Roslina otaku juga. Lagi power daripada aku. Kalau kau masuk bilik dia, kalau boleh tengok satu lagi bilik dalam tu penuh koleksi anime." Komplennya.
"Okey. Aku faham. Kau pun mesti minat Ken Kaneki dengan Kuroba Kaito, kan?" Wing cuba berhenti ketawa.
"Aku tak minat la. Tu Airien je minat. Aku minat Erza." Tegasnya.
"Agak-agak bilik kau dekat rumah macam mana ye?" Soal Arif.
Wajah Airien berona. Geram. Marah. Malu. Semua perasaan ada. "Dah la. Aku nak tidur. Tutup cerita." Dia mengiring menghadap dinding dan berselimut.
"Rien." Panggil Wing lagi. Arif pula kembali ke arah katilnya dan merebahkan diri.
"Apa?" Soalnya kasar.
"Aku pun suka anime juga. Aku suka Juvia." Kata Wing selamber. Dia senyum sendiri.
"Yeah! Aku suka waifu seksi. Sesiapa je." Kata Arif dengan bangganya.
Airien ketawa. "Playboy."
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...