Airien memasukkan separuh maggi paket ke dalam sebuah balang kaca bersaiz sederhana. Itu merupakan balang jam roti berperisa kacang dan coklat. Separuh lagi maggi diletakkan di dalam mangkuk bersama-sama sepaket maggi yang lain. Air panas dimasukkan ke dalam kedua-dua bekas berisi maggi tersebut. Perisa maggi dimasukkan ke mangkuk dan ditutup menggunakan buku log. Manakala, balang kaca itu ditutup menggunakan penutup. Kemudian, disimpan di rak pada tepi meja belajar.
Selepas maggi kembang dan siap untuk dimakan. Dia terus ambil semangkuk maggi dan angkat buku log yang berwap dan diletakkan di atas meja belajar. Garfu diambil dari atas tin minuman jenama Wonda Premium Coffee perisa mocha. Dia mula santap.
Seminggu selepas itu, Arif hairan melihat balang berisi maggi yang dia sudah lihat selama seminggu di rak tersebut sejak Airien makan maggi. "Rien. Kenapa kau tak buang lagi maggi tu. Nanti bau busuk bilik." Tegur Arif ketika rakannya itu sedang melukis di meja belajar.
Airien hanya menjeling ke arah balang tersebut. "Biarlah. Bukan aku punya. Nanti kacau, kena marah pula." Katanya sambil sambung melukis papan cerita komik.
"Airien punya?"
"Ha'ah. Kau tak perasan ke?"
"Tak. Bila kau dengan dia sama diam. Aku tak tahu nak beza. Dua-dua suka pakai hud."
"Tapi aku tak suka duduk dalam gelap. Tak suka menulis. Aku lebih suka melukis. Aku tak suka mocha. Aku suka kopi. Aku tak suka maggi tomyam. Aku suka maggi kari. Yang paling penting, aku tak menyanyi malam-malam buta." Bebelnya.
"O-okey. Aku faham."
"Dan aku tak suka main rambut."
"Kenapa tak potong rambut?"
"Aku pernah potong rambut masa sekolah dulu. Terus demam. Dan selalu pening kepala. Sebab tu, masuk tingkatan enam aku simpan je sambut." Jelasnya sambil melukis gambar mata pada kertas A4 putih.
Tepat jam 12 : 00 malam. Dalam suasana yang gelap hanya diterangi cahaya komputer riba dan lampu neon biru headphone, Airien sedang seronok menaip cerita. Wing yang terdengar bunyi papan kekunci komputer riba terus terjaga dari lena. Mata kanannya dipisat-pisat sebelum melihat ke arah Airien.
"Airien. Diam la. Aku nak tidur ni. Esok la sambung taip tu." Rungut Wing sambil peluk bantal golek.
"Okey." Jawabnya lalu menekan papan kekunci satu demi satu secara perlahan-lahan supaya tidak hasilkan bunyi.
"Terima kasih. Selamat malam." Ucap Wing dan kembali tidur.
Alunan suara kedengaran jelas dekat dengan Arif. Arif terjaga. Dia dongak ke atas di mana terletaknya meja belajar Airien. "Airiennnn. Diam la. Aku tak nak dengar kau nyanyi."
Airien pandang belakang melihat Arif. "Okey." Dia diam. Arif kembali tidur.
Sejam kemudian, bunyi papan kekunci dan nyanyian kedengaran di dalam bilik itu. Kelihatannya dia sudah lupa permintaan mereka berdua untuk diam. Wing dan Arif terjaga. Wing terus duduk atas katil. Arif melihat ke arah Wing dalam gelap.
Wing berdiri dari katil dan berjalan ke arah Airien. Komputer riba Airien ditutup oleh Wing. Hampir terkepit jari-jemari Airien. Airien melihat ke arah jejaka itu. Kelihatan marah. Airien hanya sengih.
"Tidur!" Tegas Wing dengan pandangan dinginnya.
Airien tersentak. "Okey." Dia kelihatan sedih.
Wing kembali ke arah katil. Arif pula pejam mata dan tidur semula. Manakala, Airien mengangkat komputer riba dan berdiri dari kerusi. Langkahnya menuju ke arah pintu bilik. Pintu dibuka. Dia keluar dan pintu ditutup kembali. Wing yang terkejut mendengar bunyi pintu bilik terus melihat ke arah pintu tersebut.
"Airien?" Dia bergegas memakai kasut dan buka pintu bilik. Airien sudah tiada di hadapan pintu. "Dia merajuk la pula. Bahaya la dia dekat luar waktu begini."
Wing berbegas mencari Airien selepas pintu ditutup. Dia mencari di merata-rata tempat dalam blok E. Tidak juga jumpa. Kecuali bilik-bilik yang lain. Setahu dia, Rien atau Airien tidak berminat melepak di bilik orang lain.
Sementara itu, Airien pula berada di bawah tangga yang gelap. Tangga yang baru sahaja diturun dan naik oleh Wing. Di bawah tangga tersebut ada stor yang kosong. Dia sedang seronok menaip dan menyanyi tetapi tidak didengari oleh Wing.
Semalaman Wing mencari Airien. Tidak jumpa. Dia terus rebah di atas katil selepas masuk ke dalam bilik. "Airien. Mana kau lari? Balik la, woi. Kau buat aku risau. Airien!" Dia jerit nama rakannya itu.
"Woi!" Sahut Arif yang terkejut mendengar jeritan Wing. Dia terjaga dari lena. Matanya dipisat-pisat.
"Airien hilang. Dia merajuk sebab aku marah dia malam tadi." Wing menangis sambil sembam wajah pada bantal.
"Hilang?" Jeritnya terkejut.
Pintu dibuka tanpa salam. Airien menonong masuk ke dalam bilik. Kasut dibuka sebelum memijak karpet. Langkahnya menuju ke arah meja belajar. Komputer riba diletakkan di atas meja. Dia bersin. Hud di atas kepala diturunkan. Headphone pada leher ambil dan diletakkan di dalam laci meja. Dia tarik langsir bilik dan merenung ke luar tingkap. Sekali lagi dia bersin.
"Kenapa kau masuk dalam stor pagi tadi, ha? Berhabuk." Bebelnya dalam hati.
"Wing marahkan aku sebab menaip. Aku cari la tempat lain. Situ saja yang aman." Jawab suara itu.
Airien bersin. Habis hidungnya merah. "Lain kali yang tekan papan kekunci kuat-kuat. Aku tahu la kau gembira. Tapi rosak la laptop aku. Ni kali ketiga aku beli yang baru. Yang sebelum ni semua masalah yang sama."
"Aku tak suruh pun kau beli." Suara itu ketawa.
"Airien! Mana pergi malam tadi, ha?" Soal Wing yang tiba-tiba bersuara di atas katilnya.
Airien merenung dengan mata dinginnya ke arah Wing. "Aku? Oh. Stor bawah tangga."
"Rien. Sorry, aku ingat Airien. Stor bawah tangga? Ah, apa dia fikir duduk bawah tu?" Wing tepuk dahi menggunakan tangan kanannya.
"Keamanan." Jawab Airien.
"....."
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...