Wing duduk di atas kerusi di sebelah kanan katil Airien. Wing melihat Airien sedang sibuk baca buku nota. Tidak tahu nota apa. Airien yang dia kenal selepas keluar dari hospital ialah Airien yang berbeza. Dia hairan. Airien langsung tidak berbuap dengannya walaupun dia selalu datang melawat di wad dahulu. Arif pun termenung melihat perubahan Airien. Bila dipanggil, tiada jawapan. Lebih pendiam daripada biasa. Pada waktu malam pula, Airien selalu mengigau. Dia menangis. Menjerit. Bila keluar bilik, diam-diam. Wing bangun, sudah hilang. Puas mencari. Esoknya baru pulang. Bila ajak makan, Airien buat tak dengar.
"Rien." Panggil Wing di atas kerusi. Airien abaikan. Tidak dengar? Headphone tidak pakai pun.
Wing mengeluh. Dia bangun dan duduk atas katil Airien. Airien terkejut. Dia terus undur ke penjuru katil. Ketakutan. Mereka pelik melihatnya.
"Rien. Ni aku la. Wing. Kenapa kau takut pula ni? Kita dah lama kawan la." Katanya yang duduk bersila di hadapan Airien.
Arif yang berada di atas katil terus bangun dan duduk di atas lantai hadapan katil Airien. "Ya la. Kitaorang risau tengok kau berubah macam ni. Kau okey ke?"
Airien diam. Bantal dicapai dan tutup muka. "Pergi. Jangan ganggu aku."
"Rien?" Tanya Wing untuk kepastian.
"Nama aku Airien la. Aku benci lelaki. Jangan dekat dengan aku." Jeritnya lalu campak bantal pada muka Wing dan sepak muka Arif yang duduk di lantai. Dia melarikan diri.
"Airien!" Wing bergegas kejar rakannya. Arif pula terlentang mengaduh sakit hidung sebab ditendang.
Airien berlari ke arah tangga. Langkahnya terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki berpakaian suka berjalan ke arah tangga. Dia ketakutan.
"Hai, Rien. Nak pergi mana? Dah senja ni." Tanya AG sambil menpak naik anak tangga.
Airien terus melarikan diri. Dia naik semula ke tingkat atas. Dia terlanggar Wing. "Nak pergi mana?" Tanya Wing dengan wajah serius.
Airien berundur dan tersandar pada dinding. "Jangan... Jangan apa-apakah aku. Aku tak nak." Dia bercangkung tepi dinding. Menangis.
"Wing. Kenapa tu?" Tanya AG yang menapak naik anak tangga beramai-ramai.
"Entah. Sejak balik hospital tu makin pelik." Jawabnya sambil melihat Airien. Semua melihat ke arah Airien.
"Airien." Panggil seseorang dari tingkat dua. Dia menjenguk kepala dari koridor tangga di atas.
"Abang Dani?" Masing-masing melihat ke situ. Dia menapak turun anak tangga menuju ke tingkat satu.
Airien segera berlari ke arah Dani. Menyorok belakang Dani. Wing rasa hairan. "Nak pula dia dengan Abang Dani. Dengan saya, dia lari. Muka Arif pun kena tendang."
"Eh? Kenapa?" Tanya AG.
"Airien. Kenapa ni?" Tanya Dani kepada Airien.
"Saya takut."
"Takut apa? Aku tak buat apa pun. Ajak berbual je. Tu pun takut ke?" Wing berang. Dia terus pergi ke pintu utama dan masuk ke dalam.
"La, dia pula yang merajuk. Selalu Airien merajuk." Kata AG yang melihat kelakukan Wing tadi.
Airien merenung lama ke arah pintu itu. Tangan kanannya menggenggam belakang baju Dani. "Kenapa dia marah saya?"
"Sebab dia sayang Airien. Airien kawan dia. Dia mesti sunyi sebab Airien abaikan dia. Lagipun, selama ni dia yang jaga Airien dan Rien dekat sini. Janganla takut dekat dia walaupun Airien tengok dia tu tunggi macam bangunan." Dani ketawa.
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...