COFFEE 7 :

86 14 1
                                    

Selepas tamat program kesenian selama selama lima hari, masih ada dua hari lagi yang berbaki. Airien telah kembali ke rumahnya yang terletak di Selangor tanpa memberitahu ibu bapanya dan Roslina. Puan Manisah dan Encik Azhar terkejut melihat Airien duduk di atas pokok rambutan, sedang makan rambutan. Bagasinya pula berada di bawah pokok tersebut. Hal ini demikian kerana Airien tidak dapat masuk ke dalam rumah. Ibu bapanya pula baru sahaja pulang dari membeli-belah di pasaraya.

Pada malam itu, Airien termenung melihat setiap mesej yang diberi oleh Roslina dalam aplikasi whatapps sebelum ini. Dia melepaskan keluhan berat. Tubuhnya direbahkam di atas katil. Telefon bimbit dicampak atas selimut. Mata dipejamkan.

"Cinta? Dia serius ke? Urmmm... Aku pun serius ke?" Monolognya sambil mencapai bantal golek gambar Kaito Kid. Dia peluk dan hidu sebelum terbersin.

Dia buka mata dan melihat ke arah bantal golek tersebut. "The Hackkk! Salah bantal." Dia campak bantal golek tersebut pada dinding bilik. Kemudian, dia capai bantal golek berwarna putih lengkap gambar Erza Scarlet yang seksi. Hanya berbalut pada tubuh dan berseluar panjang.

"Hoi! Berani kau campak kekasih gelap aku!" Tengking suara dalam mindanya.

"Kekasih kau busuk. Bau apa benda tah. Sakit hidung aku." Balas Airien kepada suara itu.

"Wangi la. Aku sembur minyak wangi safi. Kau punya bantal lagi busuk. Bau ketiak hangit."

"Haaaa? Kejap aku nak siat-siat kekasih gelap kau tu." Airien duduk atas katil.

"Tidak!!! Okey. Aku tarik balik. Bantal kau wangi even ada bau kentut,"

Airien berdiri dari katil. "Mana pula gunting kesayangan aku ni."

"TAK! JANGAN! Bantal kau wangi. Tak busuk. Someone! Selamatkan Kaito aku!"

"Diam la, Airien! Bingit telinga aku, kau menjerit." Jerkah Airien kepada suara dalam mindanya itu. Diam.

Pintu bilik diketuk. "Rien! Rien kenapa?"

"Tak ada apalah, ibu." Airien kembali baring atas katil.

"Rien, betul okey ni? Nak ibu ambilkan ubat?"

"Tak payah la. Rien nak tidur. Rien okey je. Selamat malam, ibu." Katanya seraya pejam matanya.

Sementara itu, Encik Azhar yang berada di ruang tamu menegur isterinya ketika melihat isterinya menapak turun anak tangga ke ruang tamu. "Kenapa dengan Rien?"

Puan Manisah mengeluh berat. "Entahlah, abang. Saya pun kadang-kadang tak faham dengan anak kita tu. Sekejap okey. Sekejap tak."

"Bergaduh dengan Airien lagi la tu. Ni mesti ada benda tak kena yang berlaku. Tak apalah. Biarlah. Dia dah besar pun." Kata Encik Azhar.

Puan Manisah berjalan ke arah sofa di mana suaminya berada. Dia mengambil tempat di sebelah kanan suaminya. "Abang, tak apa ke kita biarkan macam tu? Saya rasa macam tak ada perubahan pun lepas bagi ubat dan jumpa dengan doktor. Sampai bila nak jadi macam ni? Kesian anak kita."

"Sabarlah, sayang." Tangan kanannya dilabuhkan di atas kepala isterinya lalu rambut hitam isterinya dibelai manja.

"Abang yakin. Semua yang berlaku kepada kita dan anak kita ada sebabnya. Tengok sekarang ni. Sejak Airien wujud dalam diri Rien, dia dah tak balik rumah waktu malam. Tak lepak dengan budak-budak nakal tak tentu pasal. Tak terlibat dengan gengsterism sampai abang kena pergi balai ambil Rien balik. Dia dah banyak berubah. Sayang pun tengok sendiri, kan? Airien pun baik. Pandai memasak macam sayang. Cantik pun macam sayang juga." Hujung hidung isterinya dicuit manja menggunakan tangan kirinya.

Puan Manisah ketawa kecil sebab rasa geli terhadap perbuatan suaminya itu. "Apa ni, main hidung pula. Geli la."

Encik Azhar ketawa. "Kan dah senyum tu. Barulah nampak cantik isteri abang malam ni."

"Apa? Selama ni saya tak cantiklah, ya?" Soalnya dengan nada tidak puas hati.

"Cantiklah. Mana ada orang lain yang lagi cantik daripada awak." Pujinya sambil membelai rambut isterinya.

"Ya ke? Abang ni mencurigakan." Dia tenung mata suaminya.

"See, sayang dah terikut-ikut nada Airien." Encik Azhar ketawa lagi.

Puan Manisah terkedu. Dia diam seketika sebelum berkata. "Sebab dia anak kita." Wajahnya dditundukkan. Pandangannya melihat ke arah perutnya sambil mengosok-gosok perut yang kempes itu.

Encik Azhar hanya senyum. "Sabar ya, sayang. Nanti kita beri Rien adik. Dia mesti sunyi." Dikucupnya dahi isteri kesayangannya.

"Tapi... Saya takut saya dah tak boleh..." Air mata mula mengalir keluar dari tubir matanya.

"Shuuuu... Sayang. Sayang sabar, ya. Kita fikir cara lain. Sayang kena kuat. Jangan macam ni. Nanti kita pergi hospital. Buat pemeriksaan dan tanya doktor lagi. Mudah-mudahan, sayang boleh mengandung lagi." Pujuk si suami kepada isterinya.

Ketika ini, Airien berdiri di sebalik dinding yang terdapat berhampiran tangga menuju ke ruang tamu. Dia mendengar segala perbualan ibu dan ayahnya di ruang tamu. Dia tersendar pada dinding. Air matanya mengalir dan menitis ke lantai. "Adik? Aku tak nak adik kalau nyawa ibu dalam bahaya. Aku tak sanggup hilang insan yang aku sayang. Cukuplah hanya sekali masa tu. Dan aku kehilangan bakal adik aku dalam kandungan."


COFFEE VS MOCHAWhere stories live. Discover now