"Rien. Apa kau buat ni? Kau ingat, kau bunuh diri semuanya selesai ke?"
Suara seorang lelaki yang kesakitan telah memeranjatkan Airien. Lehernya terasa dipegang oleh seseorang. Airien buka mata. Dia melihat wajah Wing berada di hadapannya. Gunting yang dipegangnya pula terbenam pada belakang tapak tangan kiri Wing dan tangan kanannya memegang muncung gunting itu. Kedua-duanya berdarah kerana digenggam erat. Leher Airien terselamat. Airien jatuh terduduk ke lantai. Gunting terlepas dari tangannya, melekat pada belakang tapak tangan Wing. Wing memegang tangannya yang kesakitan itu. Dibiarkan gunting sedemikian. Jika dicabut, mungkin darah mengalir banyak.
"Maafkan aku, Wing." Dia menangis. Rambutnya digenggam erat oleh kedua-dua tangannya.
Wing mendekati Airien. Dia duduk atas lantai. Ibu dan ayah Airien menerpa ke arah mereka. Ibunya menangis. Ayahnya pula menahan air mata daripada mengalir ke pipi.
Puan Manisah menangis lalu memeluk anaknya. "Rien! Kenapa buat macam ni? Dah tak sayang nyawa ke? Tak nak tengok ibu dengan ayah lagi ke? Rien janganlah macam ni. Ibu risau."
Encik Azhar mengosok-gosok bahu isterinya supaya tenang. "Rien. Jangan buat lagi. Berdosa kalau bunuh diri. Tak masuk syurga."
"Maafkan Rien. Rien tertekan." Katanya dalam esakan. Dia sudah tidak mampu menahan tangisannya.
"Rien. Tenang, okey. Aku cuba tolong kau. Jangan macam ni. Kau kawan aku. Kalau kau tak ada, aku sedih. Lagi pun, aku dah anggap kau macam adik aku sendiri." Pujuknya lalu senyum mesra kepada Airien.
Airien melihat ke arah tangan Wing yang berdarah. "Aku dah buat kau terluka. Maafkan aku."
"Aku maafkan kau. Jangan risau. Luka sikit je."
Selepas kejadian tersebut, mereka semua pergi ke hospital untuk beri rawatan kepada Wing dan Airien. Airien dibawa ke wad isolasi selepas mendengar cerita jujur daripada Airien sendiri. Dia ditahan untuk sementara waktu. Doktor mahu mendapatkan kepastian dan menyemak semula rekod sebelum ini. Wing juga ditahan di wad pesakit biasa. Bukan disebabkan oleh kecederaan pada tangannya sahaja. Malah, disebabkan penyakit darah tinggi yang sudah lama dialaminya. Nasib sahaja dia tiada sakit jantung.
Pada malam itu, Airien kepeningan. Entah kenapa kepalanya rasa macam mahu pecah. Mindanya terdengar-dengar suara yang ramai dan pelbagai imej bermain dalam mindanya. Jeritan. Tangisan. Kemarahan. Percikan darah. Kebakaran. Bunyi gelas jatuh. Bunyi besi berlaga besi. Tembakan. Balingan pisau pada kayu. Bunyi kereta yang dibrek secara mengejut. Letupan. Perkara itu berakhir dengan jeritan panggilan nama. "AIRIEN!".
Airien tercungap-cungap mengambil nafas seraya membuka mata. Dia melihat sekeliling. Ruangan yang serba putih. Dia bingkas bangun. Dilihatnya pada pergelangan tangan kanan. Diikat kemas pada besi katil. "Aku dekat mana? Hospital? Kenapa dekat sini?"
Bunyi desingan yang bingit buatkan dia tertunduk memegang kepalanya. Dia berbaring kembali. "Kenapa dengan aku? Kenapa dekat sini? Apa dah berlaku? Kenapa aku tak ingat? Sakitnya."
Pintu wad dibuka. Seorang doktor masuk ke dalam wad tersebut diikuti oleh seorang jururawat wanita yang menolak troli ubat-ubatan. Doktor tersebut melihat ke arah Airien. Tertera pada kanan baju kot putih miliknya nama Ramish Khan.
"Selamat malam, Encik Syazrien. Saya Dr. Khan yang akan uruskan Encik Syazrien di sini. Bagaimana rasanya lepas lima jam dicucuk ubat penenang? Ada rasa mual-mual?" Dr. Khan berdiri di sisi kanan katil.
Airien duduk di atas katil. "Lima jam? Oh. Tak ada rasa mual. Cuma rasa pening. Kenapa saya ada dekat sini?"
Rekod pada tangan kanan Dr. Khan disemak. "Pagi tadi ibu bapa Encik Syazrien bawa encik ke sini." Rekod ditutup kembali. "Sekejap. Bukan pagi tadi Encik Syazrien yang jelaskan semuanya dan sanggup terima tawaran saya untuk ditahan sementara waktu di sini?"
Airien keliru. "Eh? Saya ke?" Dia terpinga-pinga, keliru.
"Ya. Encik sendiri kata encik cuba bunuh diri tetapi tertikam tangan kawan sendiri."
"Kawan? Siapa?"
"Encik Alex. Dia ada di wad pesakit biasa." Rekod diserahkan kepada jururawat di sebelah kirinya.
"Alex?"
"Encik Syazrien tak ingat ke? Ibu bapa encik cakap, dia kawan baik encik di universiti. Kalian tinggal sebilik. Oh ya. Encik selalu panggil nama dia Wing. Patutlah bila sebut nama Alex, encik tak kenal." Jelasnya panjang lebar.
"... Cuba ulang sekali lagi... Saya masih tak faham." Pintanya.
Dr. Khan lopong. "Biar betul dia ni? Hilang ingatan ke? Aku bagi ubat penenag ikut dos biasa je. Tak akan la sampai Alzhimer?"
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...