Suasana yang sunyi di dalam bilik ini buatkan Arif senang lena di atas katilnya. Namun, itu sebelum dia mendengar bunyi papan kekunci komputer riba yang ditekan oleh Airien. Dia bingkas bangun selepas mendengarnya. Bilik gelap. Wing pula keluar makan dengan kawan-kawan dia. Belum balik lagi.
"Airien. Aku nak keluar kejap." Beritahunya seraya berdiri. Entah dengar entah tidak kerana Airien memakai handphone.
Arif terus keluar dari bilik selepas mencapai baju sejuk di atas kerusi berhampiran meja belajarnya. Pintu bilik ditutup dan dikunci sebelum meninggalkan Airien sendirian.
Dia melihat ke arah lorong bilik. Seseorang berhud hitam berjalan ke arah pintu utama di bahagian kanan bangunan ini. Pintu berhampiran bilik rawatan. "Hairan. Tadi aku perasan dia jalan ke sini. Nampak je aku keluar, terus pusing balik. Siapa tu?"
Sementara itu, Airien yang berada di dalam bilik rasa mahu ke tandas. Komputer riba ditutup. Dia berdiri dari kerusi. Pusing ke arah katil Arif. Tiada orang. Kaku seketika. Dia dapati dirinya sendirian. Kembali duduk atas kerusi. Kedengaran seseorang sedang masukkan kunci dalam lubang kunci. Airien terus melihat ke arah pintu tersebut. Bunyi tombol dipulas. Pintu dibuka. Sesosok tubuh lelaki berdiri masuk ke dalam bilik tersebut tanpa membuka luas pintu. Bilik itu gelap. Pintu ditutup kembali. Airien ketakutan apabila tidak dapat melihat wajah orang itu.
Ketika ini Arif baru sahaja tiba di sebuah kafe. Dia terus menuju ke arah kaunter minuman. Selepas itu, dia pergi ke tempat goreng burger untuk beli burger ayam dan burger daging.
"Arif."
Arif segera melihat ke arah seseorang yang memamggilnya. "Wing. Kau dekat sini rupanya. Aku ingat tak balik lagi."
Wing berjalan ke arah Arif. "Aku baru balik tadi. Lepak kejap tengok tv. Airien mana?"
"Bilik."
"Kenapa bawa dia sekali?" Soalnya yang berdiri disebelah kanan Arif.
"Malas ganggu. Dia tengah sibuk menaip. Lagi pun aku dah call, suruh Abang Dani jaga. Kunci bilik, aku letak celah pintu tadi." Kata Arif dengan selumber.
"Tak pe la. Ada orang jaga. Aku risau dia lari je. Puas mencari." Kata Wing.
Di dalam bilik pula. Pintu bilik dikunci. Lampu masih tidak ditekan suis. Cahaya yang samar-samar tidak membantunya untuk melihat wajah orang itu. Airien berlari panjat katil Wing. Rasa takut lebih kuat daripada rasa mahu terkencing tadi. Lelaki itu berjalan ke arah katil tersebut. Tangan kanannya mengeluarkan pisau lipat di sebalik poket baju sejuk berwarna hitam. Pisau itu diseret pada padalang katil. Sesekali dia mengetuk-ngetuk. Bunyi besi berlaga besi itu sangat menyeramkan. Tiba-tiba, terdengar suara ketawa dari hadapan blok. Lelaki itu pergi ke arah langsir. Tarik sedikit. Intai. Wing dan Arif berjalan kembali ke blok E. Lelaki itu geram. Dia tutup langsir dan terus keluar dari bilik itu.
Wing dan Arif masuk pintu utama. Mereka terlihat wajah Dani yang baru sahaja keluar dari bilik dalam keadaan menguap. Dani melihat ke arah maraka. Pintu bilik ditutup.
"La, dah balik ke? Baru nak pergi tengokkan Airien. Sorry la. Lepas Arif call tadi, tertidur semula." Katanya yang masih di hadapan pintu bilik.
"Tak apalah. Terima kasih. Maaflah sebab menyusahkan Abang Dani." Kata Arif sambil mencapai kunci bilik yang disorok pada celah pintu.
"Tak apalah. Abang masuk bilik dulu. Bye." Dia terus masuk masuk bilik.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik selepas pintu dibuka. Gelap. Wing tekan suis lampu. Masing-masing melihat ke arah katil Wing.
"Airien. Buat apa atas tu?" Tanya Arif sambil berjalan ke arah meja belajar. Plastik makanan dan minuman diletak di atas meja tersebut.
Airien campak bantal kepala panda tepat kepada kepala Arif. "Kenapa kau tinggalkan aku!" Jeritnya yang menangis.
"Aku keluar kejap je la. Beli makanan. Nak makan burger, tak?" Dia tunjuk sebungkus burger ayam kepada Airien selepas dikeluarkan dari plastik.
"Tak nak!" Jeritnya.
Bingit telinga mereka. Wing tutup pintu dan kunci. Dia berjalan menghampiri meja belajar. Telefon bimbit diletakkan di atas meja tersebut. "Bau apa ni?" Tanya Wing.
"Entah. Macam bau kencing." Jawab Arif.
Wing pandang Airien. "Airien."
"Ya. Kenapa?" Soalnya manja.
"Kau turun dari katil aku sekarang!" Arahnya dengan tegas.
Lambat-lambat Airien turun. Wing jenguk atas katil. Bantal alas kepala berwarna biru basah. "Apa hal kau ni? Tak ada tempat lain ke nak kencing? Bantal aku juga yang kena. Tandas dekat luar tu banyak." Jerkahnya.
Airien berdiri tercekat. Tengok lantai. Menggigil. Menangis. "Tadi... Tadi ada orang masuk bilik. Dia acu pisau dekat aku. Aku takut. Aku nak pergi tandas. Arif tak ada." Jelasnya tergegap-gagap.
"Orang masuk bilik? Tapi pintu aku kunci la."
"Aku dengar orang buka kunci tadi. Aku ingat kau atau Wing balik. Aku jadi takut bila dia masuk tapi tak buka lampu. Korang selalu masuk, buka lampu."
"Dah la. Hal dah jadi. Jom, aku teman." Kata Wing yang kembali tenang.
"Wing. Aku minta maaf. Tak sengaja. Tak tahan. Takut sangat." Airien melihat wajah Wing.
Wing capai bantal yang menjadi mangsa keadaan dengan berhati-hati. "Ya la. Dengan syarat. Kau basuh balik sarung bantal aku. Bantal tu nanti aku buang. Beli lain." Wing buka pintu dan keluar dari bilik.
Airien berlari ke arah Wing dan peluk belakang Wing. "Terima kasih." Dia gembira.
"Woi, basah la seluar aku." Lentingnya seraya tolak Airien jauh darinya.
Airien lihat belakang seluar Wing. Ada kesan basah ketika Wing terpusing-pusing mahu memastikan keadaan seluarnya.
"Sorry." Airien kelihatan sedih.
Arif ketawa. "Macam-macam hal la korang ni. Hari - hari buat aku ketawa."
"Diam la kau. Aku campak bantal ni, nak?" Ugut Wing sambil angkat bantal tu.
"Tak nak! Okey. Aku diam." Makan burger daging.
Dani yang berada di dalam bilik pula sedang tikam-tikam gambar di atas sebuah buku. "Nanti kau. Aku cuba sekali lagi."
Pintu bilik dibuka. AG buka lampu. "Eh? Dani. Kau tak tidur lagi."
"Aku nak tidur la ni. Baru lepas layan whatapps." Katanya seraya menutup langsir.
AG berjalan ke arah katil. Dani cepat-cepat sorok gambar dan pisau lipat dalam laci. AG diam memerhati. Buat-buat tidak nampak. Dia letak beg sandang di atas kerusi di hadapan katilnya. Dia terus baring atas katil.
"Kau makin hari makin pelik perangai. Boleh pula kau baca buku bercahayakan lampu luar. Setahu aku, kau tak suka duduk dalam gelap kalau baca buku. Kalau boleh, buka lampu seterang-terang alam." Kritiknya di atas katil.
Dani diam. Terus bangun dari kerusi dan pergi ke arah katil. Baring. Selimut. "Aku tak baca buku la. Aku whatapps dengan kawan aku.
"Oooo... Tak nampak pula telefon." Bidasnya. "Aku rabun jauh, agaknya."
Dani menetap gigi. Geram dengan kata-kata AG. Dia tidak mahu AG tahu tentang rancangannya. Mereka nampak saja macam kawan baik, tapi Dani tidak angkap AG sebagai kawan. Mereka pernah bergaduh. Ed yang menghalang. Dani takut kepada Ed. Jenis yang kasar dan mudah layang kaki kepada kepala sesiapa saja. Kerana itu Dani berkawan dengan AG. Dia risau kalau-kalau AG mengadu kepada Ed sekirsngar mereka bergaduh lagi. Tetapi mulut AG yang buatkan mereka cari gaduh. Kritik terang-terangan.
Ini ialah kejadian selepas Airien keluar dari hospital. Sejak itu, Dani asyik memerhati dengan niat yang berbeza. Tujuan asalnya. Sudah sekian lama dia cuba jejak waris Prof. Darwish. Akhirnya, dia jumpa juga. Sudah lama. Tetapi dia baru sedar tentang kebenaran, siapakah Airien sebenarnya selepas puas mencari maklumat tentang Airien.
YOU ARE READING
COFFEE VS MOCHA
Mystery / ThrillerIni bukan cerita cinta antara Coffe (lelaki) dan Mocha (perempuan) tetapi ini ialah sebuah cerita tentang identiti seseorang. Siapakah dia? Cerita ini merupakan sebuah cerpen. Mungkin. Temanya ialah 'Personaliti' atau lebih kepada 'Kecelaruan Ident...