Cuti yang masih berbaki dua hari akan aku gunakan untuk pujuk Fea. Salah aku juga sebenarnya. Terasa diri jahat pula, aduh!
Aku memandu kereta ke rumah Fea. Ha! Kereta dia ada. Harap-harap tuan punya ketera pun ada jugalah.
Loceng ditekan. Tak lama kemudian pintu pagar terbuka. Aku masuk.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam.
Tangan Puan Nina dicapai. Dari dulu aku memanggilnya Umi. Lebih mesra.
"Waalaikumsalam. Lama betul tak jumpa Syira. Dah makin cantik, ya," pujinya.
Aku tersenyum malu sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga.
"Masuklah. Nak jumpa Sofea ke?" soalnya.
"Ha'ah. Ada sesi pujuk memujuk sikit. Dia merajuk." Aku berbisik perlahan agar tiada orang lain yang dengar.
Umi tergelak perlahan.
"Jom ikut Umi. Biar Umi test dia dulu." Umi mengenyitkan mata.
Aku tersenyum kecil dan mengikut langkahnya.
Tok! Tok! Tok!
Tiada jawapan.
"Fea sayang. Ni ada kawan kamu nak jumpa ni," jerit Umi.
"Tak nakkk..." balasnya meleret.
"Turunlah. Kesian dia datang nak jumpa Fea ni." Umi masih tak putus asa memujuk.
"Tak naklah, Umi. Cakap je Fea keluar!" laungnya kuat.
Aku terdiam di situ. Sampai macam tu sekali dia benci aku rupanya. Yalah, mana tak benci kalau aku dah rosakkan hubungan dia dengan Ayden. Jahatnya kau, Syira. Kalau aku, aku pun marah.
Aku memberi isyarat kepada Umi agar izinkan aku masuk. Umi mengangguk dan berlalu dari situ. Dengan lafaz bismillah, aku pusing tombol pintu.
Mata mengintaikan sedikit. Kelihatan Fea sedang berselubung di dalam selimut tebal. Mata meliar memerhati segenap bilik. Peralatan bersolek jatuh berterabur di lantai. Sah mengamuk teruk ni. Laptop yang tertayang drama Korea dibiarkan di tepi katil. Fea kalau stress memang suka layan drama. Sama lah macam diri dia tu.
DRAMA.
Di lantai pula ada beberapa keping gambar. Aku mencapai dan lihat satu persatu.
Ada gambar aku dengam Fea. Banyak juga. Mata aku terancap pada sekeping gambar yang menarik perhatian aku. Gambar Fea dengan Ayden. Nampak mesra. Lengan Ayden diletakkan di bahu Fea dan mereka berdua tergelak bahagia.
Aku tersenyum tanpa sedar. Tergamaknya aku buat kawan sendiri macam tu.
"Fea..." panggil aku.
Fea masih kaku di situ.
"Iris Sofea." Kali ni nama penuh menjadi pilihan.
Tak puas hati kerana panggilan tak disahut, aku tarik selimut. Mata Fea masih terpejam.
"Weh! Dah dahlah tu merajuk. Mengadalah kau! Yelah aku 'izinkan' kau dengan Ayden. Sorry, memang salah aku," pinta aku meluat.
YOU ARE READING
Thousand Years [AKAN DITERBITKAN]
Romance[STATUS: ONGOING ▶] AMARAN: Bergula dan berkopi, mainan perasaan. --- Penantian, kesetiaan dan pengorbanan menjadi satu dalam jutaan kisah cinta. "I love you too." 'Sekarang,' arah satu suara melalui walkie talkies. BANG! Jika dulu aku yang dinanti...